Assalamualaikum & Salam Sejahtera….
29 September 2013
Genap 10 tahun abah meninggalkan kami…
Kalau mahu diingat kembali waktu itu…aku rasa
bagaikan baru semalam segalanya berlaku…
Berlaku dengan pantas, tanpa sedar kini sudah
10tahun segalanya ku lewati…
Aku masih ingat, waktu menerima panggilan telefon
dari angah
Aku waktu itu dalam perjalanan mahu ke tempat
praktikal, di NTV 7..
Awal pagi, ya masih awal..
Dan daripada ke pejabat, aku yang sedia menunggu di
Seksyen 2, Shah Alam waktu itu..
Terus laju saja menahan bas ke stesen komuter…
Hanya mampu SMS sahaja memaklumkan hal berkenaan
kepada Abg Zainal & Azizul (boss aku waktu itu..)
Aku masih ingat lagi..jelas-sejelasnya aku menangis
semahunya tatkala aku menelefon adik aku yang bongsu..
Sepanjang perjalanan, aku mengharapkan bas itu
segera sampai. Dan aku juga ingat empati pak cik bas yang menenangkan aku
sepanjang perjalanan..
Dan setibanya di Ipoh, sebaik saja turun dari bas,
aku sudah layu dan longlai..
Tetapi aku harus tabah…cuba sedaya upaya mengumpul
segala kekuatan untuk berhadapan dengan mak dan adik-adik..
Aku ingat lagi, sepanjang setahun abah terlantar
teruk, itulah satu-satunya minggu yang aku tak pulang menziarahinya..itulah
satu-satunya minggu yang abah tak benarkan aku pulang..kata abah, duduk saja di
Shah Alam, ulangkaji pelajaran..abah bukan nak mati lagi…ya, itulah kata-kata
akhir satu malam sebelum abah nazak…
Dan selama bertahun-tahun, aku masih merasakan yang
abah masih ada…setia menemani..aku masih lagi menjadi pengunjung setia
pusaranya, tiap kali aku terasa ingin berbual..hingga aku merasakan, bukan
mudah bergelar abah, ayah, bapa atau walid…tanggungjawab yang payah dipikul
tetapi amat besar erti kepuasannya..
Al-fatihah..buat abah…semoga damai di sana…
Amin.
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)