Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, April 5, 2013

Kuiz Kesihatan: ‘Food-Knowledge Quotient’



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah semakin 'matang' usia..(cewahhh, matang kununnn, tak nak ngaku dah 3series..ahaks!),aku rasa kita perlu lebih prihatin dengan kesihatan diri, apa yang kita makan dan tentu sekali memastikan stamina kita kekal pada tahap optima. 

Secara peribadinya, aku sendiri mengalami masalah di mana kadang-kadang terlalu sibuk dengan kerja dan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri membuatkan soal kesihatan ditolak ke tepi. Jangan kata hal yang sukar, hal yang mudah umpamanya memastikan waktu makan yang teratur pun selalunya gagal. Apatah lagi nak memikir menu yang nak dimakan. Pada aku bila sibuk sangat, main belasah je apa yang sempat depan mata, janji tak lapar...really not good people!

Anyway, kali ni aku nak ajak kawan-kawan, tuan puan sekalian..kita uji pengetahuan kita tentang beberapa komponen penting dalam menjalani kaedah pemakanan seimbang...jom tengok sejauh mana kita prihatin....


VITAMIN DAN NUTRISI

  1. Apakah cara terbaik memasak sayuran agar dapat mengekalkan kandungan vitamin di dalamnya?

  1. Rebus
  2. Stim
  3. Goreng (sedikit minyak)

Jawapan: C. Sayur-sayuran boleh hilang 70% dari vitamin larut air terdiri dari Vitamin B dan C apabila direbus dalam air penuh. Jadi bagi mengurangkan risiko kekurangan ini, gunakanlah hanya sedikit air dan rebus hanya seketika iaitu sehingga empuk sedikit. Namun bagi sayuran berdaun hijau, hanya celurkan sahaja dalam air mendidih dan terus angkat. Stim pula akan menghilangkan 30% dari kandungan kedua vitamin tadi. Kaedah menggoreng sahaja yang dapat membantu mengekalkan kedua mineral tadi tetapi gunakan sedikit minyak sahaja. Satu lagi ingatan buat anda, sayur hendaklah digoreng sebaik sahaja dipotong. Mengapa? Ini kerana sayuran juga cenderung untuk kehilangan kandungan Vitamin C secara perlahan-lahan sebaik sahaja dipotong.

  1. Mana satu di antara makanan berikut mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi?

  1. Beri biru
  2. Biji koko
  3. Beri goji

Jawapan: B. Biji koko (yang digunakan untuk menghasilkan coklat dan minuman) mengandungi 10gram antioksidan dalam setiap 100gram manakala beri biru pula mengandungi 0.016gram antioksidan dalam kuantiti yang sama.Selain itu, biji koko juga kaya dengan kandungan magnesium dan ‘agen mood’ yang baik iaitu serotonin. Bagi mendapatkan manfaat ini, pilihlah coklat hitam yang dibuat dari sekurang-kurangnya 70% kandungan koko asli.

  1. Makanan yang manakah mengandungi sumber Vitamin C paling tinggi?

  1. Oren
  2. Jambu batu
  3. Cili merah

Jawapan: B. Jambu batu yang terdiri dari kumpulan buah-buahan tropika ini mengandungi 230mg Vitamin C dalam setiap 100gram berbanding cili merah yang hanya mengandungi 225mg manakala oren pula hanya sekadar mengandungi 54mg. Mengikut saranan RDA, keperluan Vitamin C bagi dewasa adalah 60mg setiap hari tetapi anda memerlukannya dalam nisbah yang lebih ketika stres atau jika anda merokok dan minum minuman beralkohol.

  1. Mana satu yang benar tentang fungsi Vitamin A?

  1. Untuk penglihatan
  2. Penyerapan kalsium
  3. Untuk sistem imunisasi tubuh

Jawapan: A. Vitamin A baik untuk penglihatan atau lebih tepat lagi retinol. Selain itu, Vitamin A juga baik untuk tumbesaran dan kesihatan kulit. Kekurangan vitamin ini boleh mendedahkan anda kepada risiko kepada buta secara perlahan-lahan atau gangguan penglihatan terutamanya di waktu malam. Bagaimanapun jika anda mengambilnya secara berlebihan pula, ia akan mendedahkan anda kepada risiko tulang dan fungsi hati rosak. Jadi, berapa yang selamat? Mengikut saranan RDA, pengambilan 600mcg sehari sudah mencukupi. Vitamin A boleh diperolehi di dalam telur, hati minyak ikan kod.

KALORI

  1. Pembahagian makanan yang manakah bakal memberikan kesempurnaan dalam jumlah pengambilan kalori harian anda?

  1. 70% karbohidarat, 25% protein, dan 5% lemak.
  2. 50% karbohidrat, 15% protein dan 35% lemak.
  3. 25% karbohidrat, 60% protein dan 15% lemak.

Jawapan: B. Ini adalah saranan dari Jabatan Kesihatan United Kingdom yang mana sedikit berbeza dengan apa yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang mencadangkan pengambilan karbohidrat sehingga 75% sehari dan hanya 25% dari lemak. Memang sesuatu yang sukar untuk anda mengira jumlah kalori makanan. Jadi, bayangkan pinggan saiz sederhana yang selalu anda gunakan dan lakukan pembahagian tersebut. Menurut Dr. Carrie Ruxton dari Jabatan Kesihatan United Kingdom, secara kasarnya bahagikan bahagian dalam pinggan anda kepada dua bahagian iaitu dipisahkan di tengah. Separuh bahagian tadi diisi dengan sumber karbohidrat, buah dan sayuran. Separuh lagi bahagian di pinggan anda, isikan dengan sumber protein seperti ikan atau ayam (tanpa kulit). Kemudian, tambahkan sedikit kuah atau sos yang mengandungi lemak dalam sukatan dua sudu besar sahaja.

  1. Berapa keperluan kalori yang perlu dikurangkan setiap lima tahun setelah menginjak usia 30 tahun?

  1. Tiada.
  2. 50.
  3. 100.

Jawapan: B. Kadar metabolisme anda akan kekal sehingga usia anda menginjak usia 30 tetapi ia akan mula menurun setelah itu. Jadi, setiap lima tahun selepas itu anda perlu memotong 50 kalori dari jumlah pengambilan harian. Ini bermakna sehingga usia 45 tahun, anda sudah mengurangkan 150 kalori.

GARAM DAN GULA

  1. Berapakah jumlah kasar pengambilan gula yang diambil oleh punduduk Malaysia khususnya yang sudah berkeluarga (bilangan anak di antara 4-6 orang) setiap bulan?

  1. 23lb
  2. 38lb
  3. 52lb

Jawapan: C. Tahukah anda bahawa jumlah tersebut hampir sama dengan 24 pek gula dengan isian 1kg bagi setiap pek. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan pengambilan gula hendaklah tidak melebihi 10% dari diet harian anda jika anda sedang berdiet atau mengalami masalah diabetis dan obesiti. Bagaimanapun jika anda sihat dan mempunyai jisim tubuh yang ideal, pengambilan gula harian masih boleh menjangkau 30%.  Kebanyakan individu mudah untuk mengambil makanan yang mengandungi ‘gula tersembunyi’ seperti di dalam roti, kuih-muih dan sebagainya.

  1. Berapa purata pengambilan garam bagi penduduk Malaysia?

  1. 6 gram
  2. 9 gram
  3. 11 gram

Jawapan: C. Anda perlu ingat yang garam tersembunyi banyak terkandung di dalam roti dan keju. Jadi, siapa kata ini saja makanan paling tepat saat mahu melangsingkan tubuh? Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan jumlah pengambilan garam harian hendaklah tidak melebihi 6gram sehari iaitu anggaran satu sudu kecil sahaja. Produk yang dilabel ‘KURANG GARAM’ hendaklah mengandungi 0.3gram garam bagi setiap 100gram manakala produk tinggi kandungan garam adalah yang mengandungi 1.5gram garam bagi 100gram.

 Amacam? Terror tak menjawab? heheheh.... ;-)

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)