Weeehooo!!! As I said, weekend baru ni memang aku khususkan untuk bermalas-malasan saja bersama family, tapi bukanlah malas sampai tak makan..hehehhe..makan itu wajib! Tanpa makanan, bateri akan jadik weak, tak gitu kengkawan? ;p
Ok, since dah berminggu aku abaikan tanggungjawab dalam masak memasak ni, so tetibe timbullah idea...
PERBUALAN SABTU LEPAS
Aku: Jom bakar ikan nak Ahad ni... (sambil teringat ikan pari yang dah dibeli Jumaat baru ni..ya, aku ambik replacement leave Jumaat tu...)
Incik Daus: Cantekkk la tu..cicah air asam... (ape lagi, gegas p carik arang..)
Tak payah pergi jauh2 nak buat aktiviti bakor-membakor ni..kat depan laman umah pun jadikkkk...teruja plak rasenye..siap Incik Daus beli ikan kembung lemak dan daging...
Aku marinate lain-lain, resipi ikut suka hati aku mereka ciptnya..perasan 'MASTERCHEF' sat...ahaks!
Untuk IKAN :
Aku kisar cili kering, serai (1 batang, dihiris nipis) ngan bawang sikit. Then adunan yang dikisar tadi, aku campurkan dengan sedikit serbuk kunyit dan juga garam. Perap dalam satu jam gitu. Kalau nak lebih umppphhh, perap semalaman, maksudnya, lepas lumur ikan tu, dusssshhhh!!! Masuk peti sejuk semalaman...
Ok, before ready to bakar...
Aku lapik daun pisang..saja buat gini, bagi ikan tu walaupun bakar tapi xgelap sgt...heheh...buleh gitu?Belasah sajalah! |
Balut dan sematkan lidi cam gini... |
Untuk DAGING:
Aku lumur dengan meat tenderizer (nak bagi mudah empuk), then aku tambahkan dengan satu sudu besar serbuk kari, blackpepper sauce, serbuk lada hitam, dan garam secukup rasa. Siap!!! Perap sama macam ikan ya...
Senjata paling ampuh dalam aktiviti membakor..atau omputeh cakap 'grilled'...taraaaa!!!!
Ketuk serai ni skit...senang nak 'titik' minyak bila membakor... |
Kemain declare diri Chef De Partie..Iyolah sangat... ;p |
Tapi kesungguhan mu amat ku hargai...heheheh... |
Asst. Chef yang omeyyyy...sibuk sungguhlah... |
Abis tangan hitam...memang mengundang jeritan Opah...jawab die.. 'Opah,kakak nak olonggg..." |
Ini plak sos sejati bagi orang kiter..hehhehehe...
Senang ajer buat air asam ni...cara aku adalah seperti ini..
1. Cili Hijau, Bawang merah, Cili Merah, Tomato (semua ni hiris nipis atau potong dadu).
2.Asam jawa dan satu cawan air masak (Ramas asam jawa di dalam air, kemudian toskan untuk buang bijik). Masukkan sedikit belacan dan secubit garam, tekan2 dengan sudu bagi belacan tu hancur dan larut dalam air).
3.Kahwinkan bahan 1 dan 2. Siap!!!!
Dan Seterusnya...bolehlah dimakan. Memang nampak agak renyah, sebab nak kena peraplah, sediakan bara apilah..tapi aktiviti inilah yang kami sekeluarga selalu buat bagi memeriahkan lagi hujung minggu. Kadang2 kalau terlebih rajin, boleh pergi ke mana-mana kawasan lata untuk berkelah terus. Pada aku, meluangkan masa berkualiti bersama keluarga tak semestinya perlu jauh atau melibatkan kos yang mahal..apa yang penting, just enjoy the momment walaupun sekadar menonton TV...betul tak?
Wokey dear frenz...tatatititutu... ;-)
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)