Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Sunday, April 7, 2013

Macaroni and salmon bake with mix vegetables

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Wow! Macam tajuk resipi dari Martha Stewart tak? Heheheh..perasan sekejap...

Ntahlah, weekend ni tekak terasa teringin sangat nak makan pasta dan salmon..dua benda ni dok bermain-main di minda..

Jadinya semalam selepasa dua jam aku habiskan untuk 'ME TIME', so berjaya memujuk Incik Daus untuk singgah di AEON Station 18, Ipoh membeli bahan-bahan yang perlu. Sambil kepala ligat berfikir apa nak masak. Aku pun google dan menemui link ini, http://www.taste.com.au

Dengan menggunakan sedikit kreativiti, aku olah dari beberapa resipi pasta bake yang ada di dalam laman web tersebut. Maka terilhamlah resipi yang menggunakan bahan-bahan seperti berikut...

Bahan-bahan:

500 gm makaroni
2 keping ikan salmon
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
1 cawan mix vegetables
2 peket serbuk krim asparagus
Sedikit keju parut (grated cheese)
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit garam
Sedikit serbuk oregano



Cara Membuat:

1. Makaroni direbus dan ditos kemudiannya.
2. Sementara itu, salmon dilumur sedikit garam dan dibiarkan seketika. Sapukan mentega pada dulang pembakar manakala ketuhar dipanaskan pada suhu 180'C.Bakar salmon seketika.
3. Setelah salmon tadi masak, sejukkan sebentar. Kemudian, leraikan isinya sehingga menjadi kepingan halus.
4. Sementara itu, dalam dua mug, bancuhkan serbuk krim asparagus dengan air panas. (satu peket dalam satu mug atau ikut sukatan).
5. Semua bahan-bahan selesai, so sekarang jom kita menumis. Panaskan dua sudu besar mentega,tumiskan bawang bersama cili merah. Biar hingga naik bau. Masukkan mix vegetables.
6. Masukkan pula isi ikan salmon, sedikit serbuk lada sulah dan garam.
7. Masukkan makaroni, diikuti dengan sup krim asparagus tadi. Kacau seketika.
8. Pastikan dulang pembakar sudah sedia. Sapukan mentega di kelililing dulang pembakar. Masukkan semua bahan yang telah dimasak tadi. Taburkan keju dan oregano di atasnya.
9. Bakar selama 20 minit.

Dan inilah hasilnya....




Ok, sedia dihidang..jom makan...


No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)