Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Ok, seperti yang dijanjikan, ini resipi seterusnya iaitu
Ayam Masak Merah…selain nasi briyani, ayam masak merah ini juga sangat padan
kalau kita nikmati dengan nasi tomato…yummy!
Silalah cuba
resipi ini…
Ayam Masak Merah
1 ekor ayam (1-1.5kg)
4 biji bawang besar
8 biji bawang putih
10 tangkai cili kering (kalau tak nak pedas, pakai cili
kering yang saiznya besar atau lebar)
2 biji tomato segar
2 biji buah keras
Halia (dalam dua inci)
(Bawang, bawang putih, tomato dan halia dikisar)
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan sos tomato
1 cawan sos cili
(Sos tomato dan sos cili ini kuantitinya ikut selera
masing-masing)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 batang serai (dititik)
Sedikit garam penambah perisa.
TAMBAHAN:
- 1 tin kecil kacang pis
- 1 biji bawang besar (dihiris bulat)
Cara Membuatnya:
- Ayam digoreng terlebih dahulu. Tak payah sampai garing, memadai separuh masak. Setelah siap, asingkan.
- Panaskan minyak. Tumis semua bahan yang dimesin tadi. Kacau dan biarkan sehingga naik bau atau sehingga cili masak.
- Masukkan susu cair, air, sos tomato dan sos cili. Kacau dan biarkan mendidih.
- Masukkan ayam, serai, bunga lawang dan kulit kayu manis. Biarkan sehingga mendidih sekali lagi. Jangan lupa masukkan sedikit garam.
- Akhir sekali, masukkan kacang pis dan juga bawang yang dihiris bulat.
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)