Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Jangan pernah walau sekali
Melabel diri sebagai sempurna
Kerana KESEMPURNAAN itu hanya milik ALLAH yang hakiki
Jangan pernah walau sekali
Mendabik dada dengan segala amalan yang dilakukan
Kerana kesempurnaan sesuatu amalan itu juga
Bukan hak mutlak kita untuk memberikan ganjaran
Jangan pernah walau sekali
Merasa tidak bersyukur dengan nikmat Tuhan
Kerana DIA memberi hanya pada yang bertawakal
Dan apabila diri dilimpahi nikmat dari-NYA
Jangan pula angkuh menyendiri
Allah itu maha adil
Mungkin hari ini kita di atas
Barangkali esok kita di bawah...
Soalnya hanya masa...
Semakin usia melewati kematangan..
Aku belajar banyak perkara
SABAR..SYUKUR DAN TAWAKAL
Perisai aku kini....
Ya Allah, aku mohon
Semoga segala ketakutan aku hanya padamu.....
Aku bersyukur atas segala kelebihan dan kekurangan
Yang telah dianugerahkan buat aku jalani hidup...
Mohon dipermudahkan segala urusan hamba-MU ini...
Di dunia dan akhirat...
Aku: Mencoret segala dari hati/Ipoh
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)