Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, January 17, 2013

Resipi: Ikan Siakap Stim cepat dimasak!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ok, sahabat dan rakan, sila pakai apron masing2..cooking time!!!! ;p

Aku akui bila menjadi wanita bekerjaya, memang susah sgt nak dapat masa memasak hari2. kalau keja dapat balik sharp 5.30pm, ok gak.tapi bayangkan kalau keja lewat baru balik, memang selamatlah.

Tapi kali ni aku nak share resipi mudah yang sediakan bahan dan silalah tinggalkan je atas dapur tu. Pilah nak mandi ke buat ape ke. Tak pedas jugak kalau ada anak2 kecik nak makan. Boleh jugak dihidang dgn cili jeruk atau sambal kicap cili padi  untuk yang nak rasa pedas.

Mari2, kita lihat apakah bahan2 yang perlu....

Watak Utama: Ikan Siakap..kelar2 skit..biar garam larut sebati sampai ke isi ya. tuan puan sekalian.



1 ekor ikan siakap
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
Halia (kalau rasa nak buang angin dlm badan, bubuhle banyak skit..hehe)
2 biji limau nipis (ni pun ikut sedap tekak masing2 ya...)
Serai (dihiris nipis)
Lobak Merah, Tomato dan Seleri (nak masuk sayur apa pun ikut5yt sukalah ye kengkawan..)
Garam secukup rasa.

Ini plak watak sampingan:



Langkah Seterusnya: Kahwinkan semua bahan2 seperti di bawah. Jangan lupa lumurkan garam kat ikan ya...kalau ada yg nak taburkan lada sulah pun boleh, nak tambah cili dalam ni pun buleh..sila gunakan kreativiti masing2 ya...

Ikan siakap ni aku terpaksa potong dua sebab dapur kukus aku saiiz kecik...tapi kukus sekali gakla, pepandailah susun ya tuan puan...

Kemudian, kukus dalam 15-20 minit. Silalah pergi mandi dulu.Sempat punya!!! ;p

Dan taraaaa....sedia dihidang.....

Ikan Siakap Stim


Selamat mencuba ya...

INFO KESIHATAN: Ikan juga sangat tinggi kandungan protein yang baik untuk tumbesaran kanak-kanak. Ikan juga tinggi kandungan Omega-3 yang baik untuk otak. Kaedah memasak secara stim paling baik untuk mereka yang mementingkan diet seimbang.

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)