Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, January 15, 2013

Cuti-Cuti Malaysia: Cherating-Kemaman-Kijal Part 2- Awana Kijal Golf Beach & Spa Resort

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..



Ok, seperti yang dijanjikan, kita akan menyambung kisah cuti-cuti Malaysia ke Terengganu kali ini. Kalau disimpan lagi dalam arkib otakku ini nescaya aku akan semakin lupa..hehehe…

So setelah kami bye2 dengan seisi sedara-mara, maka kami pun membawalah diri kami bertiga beranak ke destinasi yang seterusnya iaitu Kijal. Kami stay di Awana Kijal. Kalau ikutkan dari Cherating ke Kemaman tu taklah jauh tapi disebabkan hujan, dekat 1 jam lebih baru kami sampai ke Awana Kijal. Rasa excited sangat since kami memang dh lama xbercuti. Semenjak ‘kakak’ lahir, kami limitkan hobi kami yang suka berjalan2 ni kepada jalan dekat2 saja. Sebab dulu, ‘kakak’ tak boleh ke tempat yang ramai orang, terdedah kepada asap rokok dan sebagainya. Kalau stay hotel pun, aku akan pastikan segala kelengkapan dia complete. Bila outstation, itulah dikira aktiviti berjalan2 kami sebab ‘kakak’ breastfeed sampailah die umur 1tahun 7 bulan, jadik memanglah berangkut. Alhamdulillah, bos dulu memahami, so xjadi masalah sangat asalkan kerja jalan mcm biasa. Dan Incik Daus pun banyak tolak-ansur dengan ambil cuti.

Jadik, bila ‘kakak’ dah melepasi segala tempoh kritikal selama setahun, barulah kami bawak jalan jauh2 skit. Yang pertama ke Langkawi awal tahun lepas..errr..nt aku update pasal vacation itu iya…

So, bila sampai, kami kena tunggu untuk check-in jam 3p.m. Guess banyak, so kebanyakan bilik tak clear lagi..hmmmm…so, marilah kita menghayati keindahan lobi dan segenap ruang Awana Kijal dulu ya, sambil tinjau2 apa aktiviti syiok untuk dilakukan….

Ohhhh...nak buat pe ni... ;-)

Lobi



Tempat lepak2, pekena teh tarik..pehhh!!!

View dari atas...

Sape suke main golf...sila2...

Ini view dari bilik aku...

Sesi menghabiskan masa..'Kakak vs Bapak'..hehehe...

Kakak tetap suka aksi tak mau pandang kamera..ibu yang over as usual..muahahah!

dah lama xfeeling2 ambik gambor sorang...

chakkkkkk!!!



Setelah check in, inilah bilik kami..ini deluxe room. Semua bilik deluxe room dia mengadap laut yang terbentang luas. Memandangkan ini musim hujan, aku berdoa supaya dijauhkan segala perkara2 yang tak baik….ammmmiiiiinnnnnn…



walaupun di toilet,, tetap mau enter frame..kih..kih..

perasan hebat nak shoot interior.. ahaks!



 Selesai kisah check in, barulah terasa nak lapar. Ikutkan Incik Daus dia nak room service jerk tapi ikutkan aku yang memang kaki jalan..dan Alhamdulillah, ‘my kakak’ pun sama gak mcm ibunya, maka dengan gigihnya aku menggoogle, apakah yang terhebat di sini..then we come across Mesra Mall. Kat mana ek, macam mana nak pergi, jauh ke tak..so call Recept. Dan dapatkan direction..ooo, hanya 7minit perjalanan sahaja dari Awana. Kuar entrance Awana terus ke sebelah kanan. Sebabkan lapar, xsempat ambik gambor pun apatah lagi si ‘kakak’ dah terkulai pun…zzzzzz…so ibu ngan bapak kasik isi perut dulu @ Burger King. Oklah, the mall building dia macam ada nilai senibina sikit dank at sini ada TGV u alls. Tapi disebabkan kami telah berjanji bahawasanya vacation ini memang untuk RILEKS..so kami takdelah p nengok wayang tu..kat Ipoh pun leh nengok wayang, ye tak…

Malam Day 1, kami dinner steamboat di Waterfalls CafĂ©, Awana di aras bawah berhadapan dengan swimming pool. Steamboat buffet dinner memang favourite Incik Daus. Harganya ok, RM 37++ per person, dengan kira-kira 20 jenis pilihan. Ada juga disediakan nasi goreng cina dengan mee/meehon sup kalau-kalau ada yang masih tak kenyang…hehehe…sambil makan sambil layan lagu…dan sambil main kejar2 ngan ‘kakak’..semua pun dia nak buat…aduiii, jenuh jaga jangan terbalik periuk steamboat tu sudaaaahhhhh…

sebahagian dari pilihan yang ada...yummy!!!

sebelah sup sebelah tom yam

makk aiiii anak ibu..luasnye mulut...

Balik bilik, zzzzzzzzzzzzzzz…….kenyang tu...alhamdulillah....

DAY 2

Morning view…subhanallah….


Ini plak breakfast kami di sini…

Menu aku : Tuna Quiche...western sgtt...muahhhks!

Menu Incik Daus...fuyyoooo!!!

Menu our 'kakak'..honeystars without milk..dia xsuka kalau campur susu...macam2 style la 'kakak'...

Pilihan variasi jugaklah terutamanya roti….mungkin sebab banyak mat2 salih org minyak yang keja kat sini kot…
Awal pagi hujan, dah mula nak rasa frust sebab ingat nak jalan2 pantai. Alhamdulillah, dalam kul 10 a.m, hujan pun reda. Kami pun bawaklah ‘kakak’ yang dah excited sgt nak ke beach..tapi dah sampai, tak nak cecah kaki dlm air pun sebab takutkan ombak..hehehe..tapi memang ombak deras pun…

 Last2, inilah aktiviti kami…sand arts…huh, kemain namanya ya… ;-)

Misi membuat menara peninjau Angry Bird utk 'kakak'

Gigih berusaha ya bapak..hehehe...

muka serius...silent please..under construction mode.. ;p


sempat ya kami berdua..konon abis manjalah ni..hahaha...jgn muntah ya tuan puan...kas chancela kat kami..hahaha!


so much in love with this pic..suka sangat!


dapat rasa angin bayu menghembus lembut...pewwiiittt, syok sangat!!

Ini pic Incik Daus..tiap kali p pantai sure suka sangat nak pose merenung masa depan..so aku kasiklah effect melankolik skit sama ini gambar…adusss….ohhh Incik Daus…

Gaya Seniman Jalanan... ;p
 Abis suka suki di beach, bawak plak kakak g Smarty Club, Awana yang terletak di aras bawah, bersebelahan dengan pool area.

aduii, sama je cara menonggeng bapak ngan anak...aishhh!

teringat zaman kecik2, dam ular..dolu2 mana nak ada PS 3 bagai...time aku ler...yg hebat pun brick game tu.. ;p

errrrr,,anak sapa yg tercicir ni....hehehe...

‘Kakak’ lepas main kat ball room, sibuk nak coloring…hmm..nilah hasilnya..








Sebab apa sangat cantik bagi budak yang baru berusia 2 tahun 2 bulan? Sebab last2 ibu yang kena kaler manakala ‘kakak’ sibuk memasak kat play house die yer..

tu..tengok tu..busy kot masak...


bertanya ibu kpd kakak: Masak ape tu kakak..jawab kakak kpd ibu: acak ayam kicap..hahahahha..ok, kreatif2...



Siap masak, siap bawak pinggan hidang kat Bapak, "Bapak..makan...kakak acak..."..makanlah bapak pun...hahahha..kakak, jatuh la macho jambang bapak kakak ajak main masak2..hahaha...

Ok..letih sudaaa..ini budak kecik sudah meragam...sambung Part 3 soooonnn...insya-Allah...

tatatititutu...

PART 1: PART 1: CHERATING BAY RESORT


No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)