Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, January 25, 2013

Cuti-Cuti Malaysia: Pulau Langkawi Part 1



Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Hari ini hari yang agak lemau, masih berbaki rasa letih dari penangan sibuk back to back sepanjang bulan Disember yang lalu. Ingatkan dah masuk January 2013 ni, berkurangla sikit sibuknya. Rupanya..tetttt!! salah ye tuan puan..sama saja. Kejar sana, kejar sini, Ngalahkan orang yg berkempen nak pilihanraya lagaknya..heheheh...sepanjang minggu ni plak berhempas pulas untuk audit...alhamdulillah, settle audit hari ni, rasa legalah sikit..next week start bz balik...aduiduidui...Ditambah plak semalam si kecik sgt2 meragam..alhamdulllah pagi ni 'kakak' ok...bangun tido, nampak ibu tengah siap2..terus bertanya 'kakak' kepada ibu...

"Bu...bu nak pergi jaaaa?" (Ibu...ibu nak pergi kerja?)

Aduii, sayu plak rasa...tapi sebagai 'Supermum' ibu kena jawab juga..iya, mak aku selalu cakap, walaupun kadang2 kita letih nak melayan tapi cuba sehabis daya untuk menjawab setiap soalan anak, terutamanya dalam proses mereka nak membesar ni..

So, ibu pun jawab..

"Ya kakak, ibu nak pergi kerja..kalau ibu tak kerja, macam mana nak beli susu, pampers, makan, minum untuk kakak..."

Sambung kakak,

"Hmmm...beli ipsstick, pipi, baju..tuar..." (Beli lipstick, pipi tu blusher yang dimaksudkan ya...baju, seluar...)

Terkedu..speechless!..hahahha...macam mana dia boleh faham begitu pun aku tak pasti. Mungkin sebab selalu tengok aku bersiap pergi kerja kot...hehehe...bak kata Incik Daus, "Exactly like Ibu..." of coz, my daughter, ok!!! ;p

.
Tengah melayan mata yang antara ngantuk dan tidak ini, hati yang meronta-ronta nak update blog ini ku layan juga..ini kisah percutian kami ke pulau lagenda PULAU LANGKAWI awal tahun 2012, dalam bulan April gitu. Ya, lama ya tuan puan sekalian masa yang aku ambik untuk update kisah percutian ini. Mujur isi penting aku dh tulis siap2, kalau tak mau jenuh nak recall segala hal. Al-kisahnya mak aku memang teringin benar hatinya mau ke pulau lagenda itu. Dulu arwah abah pernah nak bawak mak ke sana tapi hajat hatinya tak sampai sebab arwah sakit dan terlantar kat hospital. Aku pun asalnya nak bawak mak lama dah, then terpaksa tangguh sebab mengandung, then lepas bersalin, anak plak kena dipantau doktor selama setahun. Jadinya selama setahun jugaklah memang kami tak berjalan jauh. Rancang baik punya, ingat nak bawak end of last year. Ditangguhkan jugak sebab berpindah kerja baru di Ipoh dan tak boleh bercuti. Akhirnya aku cakap pada Incik Suami:

AKU: Kali ini apa jadi pun, kita kena usahakan sampai jadi. Selagi janji tak tertunai, hati rasa tak sedap sangat.

INCIK DAUS: Ok, baik. (ringkas macam selalulah.. ;p )

Dan aku pun mulalah merangka jadual perjalanan dan juga of course u alls, bajetnyalah. Hmm, bagai nak buat rombongan lagaknya perancangan itu. Biaselah, Cik Puan Erny memang agak perfectionist skit.

Di sana, kami stay di Chogm Villa. Aku memang awal2 dah pesan pada Incik Firdaus agar tempat penginapan itu bersih dan selesa hendaknya kerana kami membawa anak2 kecik dan juga ‘warga emas’ kesayangan hati. Alhamdulillah, aku sangat berpuas hati dengan rumah ini. Bila aku memberikan riak wajah positif, barulah mampu tersenyum Incik Firdaus. Dia pun sedia maklum betapa cerewetnya isterinya yang satu ini. Siap menarik nafas legalah! Umah yang kami pilih ini ada 3 bilik, master bed yang besar dan juga bilik-bilik lain. Meh kengkawan, kita hayati panorama dalaman Chogm Villa ini.

Ini ruang tamu da..memang besar dan selesa..

Ini dapur...lengkap jugaklah...

Katil dalam master bed da King Size..3org pun leh tido..ada total 3bilik termasuk yang ni..

Pandangan luar rumah yang kami sewa..Nissan MPV hitam tu plak our transport di sini...


Chogm Vlilla ni satu malam dalam RM 350 gitulah...ni no contactnyer...



DAY 1

Kami tiba di Jeti Langkawi sekitar jam 3 petang. Keberangkatan kami dari Jeti Kuala Kedah, kul 12.15 tengahari macam tu.

Harga tiket (sehingga April 2012)
Dari K.Kedah = RM 23 (satu hala)
Dari K.Perlis = RM 18 (satu hala).

Kami naik dari Kuala Kedah…  ;-) Inilah kami yang sempat melayan roti canai banjir sebelum naik feri.

Kakak tomey2...makan roti jagung peberet dier...

Incik Daus posing maut sama Mak Long.. ;p



Setibanya di Jeti Langkawi, kami pun seperti biasalah mencari makanan untuk mengisi perut yang bukan lagi dah berkeroncong tapi agaknya dah buat protes sambil bunyi2kan hon aku rasa. Kami makan di kedai mamak kat dalam tu je sementara Incik Firdaus dapatkan kereta sewa kami.

Kereta = RM 100 / per hari. Kereta Nissan ape ntah... ;p

alhamdulillah, dah sampai!!! passaipaaa skema posing nih...???


Kami menghala ke Chogm Villa sambil pemandu arah gagal menjumpai arah beberapa kali. Setelah dibantu oleh wanita2 besi iaitu aku dan angah..hehhe, akhirnya kami pun jumpalah rumahnya. Petang itu sekadar berehat di rumah dan malam baru kami ke luar. Ke mana? Kami ke Pantai Chenang, menyusuri kehidupan malam, ewah! Sudah penat, kami menjamu selera di sini…..


muka manis walaupun lapor...

taraaaaa....lazzatttt!!!


MENU: Ikan Siakap 3 Rasa, Tom Yam Seafood, Butter Prawn, Sotong goreng tepung, Kerabu Mangga, Kailan Goreng Ikan Masin dan juga telur dadar.
KOS : RM 220 (7 orang makan + 2 orang budak kecik)

Setelah masing2 kekenyangan, mana lagi nak pergi..selain balik umah dan zzzzzzzzzzzzzzzzzz…..


DAY 2

Ketua rombongan telah memastikan perjalanan perlu bermula jam 9.00 pagi. Siapa yang dilantik menjadi ketua rombongan itu?

----

----

----

----

----

-----

Taraaaa....

hehehhe...time ni 'kakak' baru setahun 6 bulan...

Ke manakah? Kami kembali ke Pantai Chenang dan pergi terjah Under Water World. Seronok si ‘tomeitomeito’ tu tengok ikan2 dan penguin..Layankan keterujaan ini…


Pose jangan tak pose..weehuuu!


Kakak with Mak Ngah..and the birds too..heheh


tengok mata 'kakak', sibuk tengok nengok binatang...ibu je sibuk pandang kamera..ahaks!

How do we actually arrived to Malaysia? heheheh...

Puffer Fish...sshhhhh...hehehehe

Lepas tu acara bebas, sesaper nak menderma kepada deretan kedai yang ada silalah berbuat demikian…hehehe… tetiba aku terbeli lukisan batik tangan untuk digantung didinding umah baru kami nanti.. (yang errrr…xtau bila nak siap tu…)

sape tak suka shopping? biar betullll!!!aku suke jer!


Ohhh lupa, sebelum ke sana, kami ada singgah tempat jual produk2 gamat dan herba. 


Gitulah rupa minyak gamat tengah mendidih tu....fuhhh...


Jeng..jeng..jeng..desakan suka membeli-belah itu telah berjaya mempengaruhi aku, angah dan juga mak..siap mak telah berjaya mempengaruhi aku membeli ‘Kopi Dara’..marketing strategy mak, “Ini dia tulis kat sini elok untuk kesihatan dalaman wanita dan kesuburan rahim”..hehehe…Tauke kedai tu patut berterima kasih bukan sedikit kat mak…huhuhuhu…
Dalam perjalanan balik kami singgah ke kawasan ‘Beras Terbakar’ yang dah tinggal beberapa butir beras saja, yang bukan lagi terletak di atas tanah sebaliknya sudah diselamatkan dan diletakkan di dalam pinggan.

Nampak x pinggan kat tengah tu..itu je yg tinggal yer...


Inilah dier...
Lewat petang kami pun sampai ke Villa. Aktiviti di petang hari adalah.. ‘SWIMMING!!!!’ hoyeiiii!




muka xpuas ati sebab kena paksa balik..huhu..nt kita swimmng lagi ok...
ok...sign off dulu..c u on part 2 soon..insya-Allah....

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)