Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Sunday, January 20, 2013

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Makkkkk...serius sungguh bunyi tajuknya kan...takde, takde isu serius pun nak dikupas...saja nak share tentang aktviti aku dan 'my kakak'...sure ada yang pelik, aku ni ada anak berapa..yg 'kakak' ni yang sulung ke...hehehhe...dulu aku pernah sensitif bila org tanya dan Incik Daus, anak ada berapa org dan dia jawab sorang..

Aku: Lain kali jawab anak kita dah 2..! (marah ngan penuh emosi)

Ya, anak aku dua orang...seorang meninggal waktu nak masuk 7bulan...aku hamil anak kembar..tapi aku diberikan ujian yang adil, seorang diambil Allah kembali untuk menunggu aku insya-Allah..dan seorang menemani aku sekarang...my Saffiya Arissa..

Citer tentang my Saffiya ini...dalam usia memasuki 2tahun 3 bulan...boleh dikatakan memang tengah seronok membebel..pot..pet..pot pet..sampai kadang2 bila angin kekejaman aku datang...

"Kakak..ibu mintak tolong kakak senyap dalam 30 saat je, boleh tak..."

Dan kakak akan angguk sambil jawab.."ok..." tapi ermmmm...5saat pun tak sampai. Dia akan terus bertanya itu dan ini dan boleh ulang satu soalan berkali2...

Sekarang ini kosa kata dah bertambah, dan sedang giat membina ayat plak..contoh..

"Ibu...angah..nya..keta..." (Ibu, angah punya kereta).

Sebut pasal kereta, kakak punya daya ngatan yang kuat..bayangkan kalau sepanjang jalan..tiap kali nampak kereta wira, dia akan tunjuk, dan ulang dialog di atas ya..begitu juga kalau nampak keta aku dan motor bapak dia.

Tiap malam balik, kakak sure akan mintak aku ajar 'A,B,C..' gigih dia sebut walaupun pelat. Yang tak tahan kalau aku ajar kira, 1,2,3,4..dah ok..tapi lepas 4...sure terus jadik 8...hahahha...kakak2...ohhh ya, panggilan 'kakak' ni pun actually mula dari dia sendiri...bukan kami..kalau macam aku, aku selalu panggil dia Saffiya..manakala mak aku and Incik Daus suka panggil dia Icha..tapi dia sendiri bahasakan diri dia 'Kakak'..mungkin naluri dia dapat merasakan bahawasanya dia memiliki adik...

So, inilah aktiviti wajb aku tiap kali balik keja atau ujung minggu. Aku tetap pastikan aku akan ada masa melayan dia berbual, main atau jalan2..sambil tengok pemandangan dan try untuk ajar kakak bina ayat mudah...macam contoh...

"Bird..fly"

"Butterfly.."

Tapi ayat kakak paling syok adalah bila dia nampak kucing dengan anjing..(kami tinggal di kawasan kampung..xpayah p zoo kalau nk tengok binatang petang2...heheheh)

"Bu...ucinnnggg...kakak akut..." sambil mengurut dadanya...hahahha (Ibu, kucing, kakak takut)

atau

"Bapak..nak mau..anjing..anyakkkk!!" (ini kalau dia naik motor dan bapak dia nak lalu kawasan banyak anjing...

Kalau aku tanya dia..

"Kakak, ayam bunyi macam mana?"

Jawab dia,

"Ko..kokko..." hahaha...

My sweetheart had grown up...

suka menulis tangan kiri ya..ini memang genetik Incik Daus...kidal..org kata kalau kidal, kreatif...insya-Allah...amiiinnn...

slalunya mmg alergik ngan kamera..hehehhe...

memang xsama langsung mcm yg ibu ajar...ahaks!..tapi tetap cakap"Bu..kakak andaiii kan..."..yer anak ibu...pandai...motivasi2..! ;p

Pada aku, minda anak2 paling efektif waktu2 macam nila..so, banyakkan bercakap dengan mereka.Usaha untuk cakap ayat yang betul satu persatu. Walaupun, ayat anak bunyinya pelat, tapi kita usahakan untuk xajuk pelat dieorang tu.

Aku memang nak antar 'kakak' ke pra-sekolah..tapi Incik Daus dan opahnya tak sampai hati..kecik lagi katanya..heheh..so sekarang tengah cari kelas yang kami boleh hantar untuk ujung minggu dalam satu atau dua jam..let say music class ke..tapi susahlah nak cari kat Ipoh ni..so at the momment..akulah gurunya..hehehe....

Saya suka..saya suka! ;-)

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)