Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Monday, March 4, 2013

Peristiwa Berdarah Lahad Datu


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, hari ini terlepas sudah segala yang terbuku selama ini. Rasa lega dan ringan sikit segala beban yang terpikul di bahu. Luahan dilakukan bukan bertujuan nak raih simpati tapi sekadar inginkan justifikasi yang jelas. Aku hanya inginkan jawapan yang berteras prinsip dan fakta. Hmmm…sebab tulah bukan mudah sebenarnya menjadi ketua. Setiap keputusan dan tindakan perlu atas timbang tara yang jelas. Ketua ibarat dacing, menjaga keseimbangan adalah sangat penting dalam menerajui sesebuah organisasi..kalau takut berdepan tanggungjawab atas setiap keputusan yang dibuat, lupakanlah hajat nakkan jawatan…org kata setiap satu jawatan di peringkat tertinggi…apatah lagi kalau gaji pun tinggi, tanggungjawab haruslah sama tinggi jugak, yes, it come with the price! Tapi untuk mengatakan staff tu betul semua pun taklah jugak…Cuma ketua itu akan dihormati bila dia tahu untuk menghormati…

Wokey…mekasih kerana sudi membaca luahan yang panjang di atas….aku tawakal yang selebihnya…sekarang cuba bertenang dan kosongkan minda, ada reeki adalah, tapi bila mana Allah mengkehendaki itu bukan rezeki kami, maka tabahlah menerima ketentuan-NYA…Insya-Allah…

Sebenarnya, hari ini aku terpanggil nak menulis mengenai peristiwa berdarah di Lahad Datu…hari-hari mendengar kisah dan melihatkan terkorbannya pejuang negara aku rasa sangat sedih. Apatah lagi salah seorang dari sahabat kami juga terlibat di sana…masa berita kematian dua anggota Vat 69 tempoh hari, Incik Daus terus call sahabatnya itu, talian tiada dalam kawasan liputan, SMS pun tak berjawab..sahlah, kalau cam gitu keadaannya, dia memang tengah operasi. Then, dapat tau memang sah kawan kami tu di sana. Aku plak yang berdebar, cuba membayangkan perasaan isterinya melepaskan suami pergi berjuang…

Aku memang marah betul bila ada pihak yang tak bertanggungjawab kata serangan pertama dan seterusnya itu satu sandiwara politik.Gila! Rasa nak penampar je mangkuk ayun tu. Ingat ni drama sebabak ke..yang ko boleh nak cakap kat anak arwah yang baru umur 4 tahun tu..”Takpe..abah awak mati kejap jer…esok2 dia bangunlah..saja kami soh orang bom dia…” Ko ingat gitu ke gayanya???? Apa punya oranglah..aku masa tengok media interview anak arwah, bila dia cakap..”Ayah kena bom..kena tinggal kat kubur…” Cuba bayangkan betapa naifnya anak itu…tak faham dan tak mengerti apa yang berlaku. Ko ingat, esok lusa dia takkan tanya kat mak dia, ayah mana? Bayangkan pulak perasaan isteri dia untuk berdepan dengan soalan si anak…dalam masa yang sama harus berjuang dengan anak di dalam kandungan. Cubalah orang yang bercakap dan menuduh itu yang ‘DIAMBIL BERLAKON’…cubalah pi rasa macam mana kena bom sampai mati..seronok ke tidak?? Ishhhh…marah sungguh aku…kesian pada anak dan isteri mereka..memang betul, ajal maut di tangan Allah..dan mereka gugur syahid sebagai pejuang negara..jadi janganlah ikut sedap mulut je pada yang ada kepentingan politik ni…

Aku hampir menitiskan airmata bila dengar interview TV 3 dengan Kamal Affendi dan bila dia cakap “Mereka berjuang atas tiga perkara..Demi Agama, Demi Bangsa dan Demi Negara…” Terharu aku mendengar..tahu tak bahawa setiap kali mereka pergi berjuang, isteri dan anak-anak mereka juga berjuang..meskipun hanya dengan doa…itu semua pada aku bukan sandiwara sebaliknya satu realiti pengorbanan…bersyukurlah yang negara kita selama ini aman damai, tanpa peperangan..kita nikmati kesan pembangunan…pada orang-orang yang suka sebar spekulasi dan mengkucar-kacir keamanan negara ini, aku rasa macam nak pergi bomkan aje kepala otak dieorang tu…sakit hati sungguh!! Politik politiklah jugak, this is your country, the place you living in..kalau asyik perang jer memanjang, takde wira-wira tanahair ni, ko pun tak leh nak berkempen kan..sape plak nak dengar ko berkempen kalau asyik bom sana sini..tembak sana sini…sendiri pikirlah!
 
 "Saya bangga dia gugur sebagai pejuang. Dia berjuang untuk kedaulatan negara. Dia sanggup mempertaruhkan nyawanya. Sebagai isteri, saya bangga," . 
Kata-kata yang aku petik dari Balu kepada Koperal Salam yang juga gugur dalam peristiwa serangan hendap kumpulan bersenjata di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna Sabtu lepas dari Utusan Malaysia. Bagi aku semua wanita yang berada teguh di belakang semua pejuang negara yang syahid di dalam peristiwa berdarah Lahad Datu adalah wanita yang utuh dan sangat kental jiwanya...

Al-Fatihah....semoga roh para pejuang kita ini dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para solihin.....






No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)