Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, March 5, 2013

Jom Terokai Perak: Taiping Golf Resort

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Ampunkan aku ya tuan puan sekalian..lama rupanya masa yang diambik nak sampai ke Taiping ni…heheheh..punyelah lama terperap story ni..ok, gi taiping ni actually sebelum cuti raya cina yang lepas. Sebab aku dapat baucar time annual dinner company. Kami sampai Taiping pun dah petang, terus check in di Taiping Golf Resort. Kali terakhir aku ke sini adalah 4 tahun yang lepas, time tu kami stay bilik yang view menghadap padang golf. Kali ni kami dapat bilik yang view menghadap hutan, so tak berapa seronok sangatlah especially bila bawak anak kecik.

Bilik dia ok, pada aku luas jugaklah kalau bawak family. Masih ada ruang yang selesa walaupun ada sofa di sisi katil. Pendek kata, masih boleh muat kalau lebih dari dua orang dewasalah. Sesuailah dengan harganya di antara RM 120-RM 140 semalam. Jom tengok sendiri keadaan biliknya…




Bilik air dia bersih walaupun tanpa bath tub. Keluasan bilik dia pun sangat selesa untuk yang membawa keluarga.

Macam biasa, disebabkan kaunter daftar masuknya bersebelahan dengan kolam mandi, so ‘kakak’ dah tak senang duduk. Asyik ajak mandi dari tadi. Jadi, marilah mari, kitalah mandi!!! Inilah view swimming pool di Taiping Golf Resort ini. Bilik-bilik di sini secara umumnya terdiri dari beberapa blok. Dan di setiap blok, ada poolnya sendiri. Ini yang tempat aku stay punya pool.





Dah mandi-manda, tentulah lapar. Lepas maghrib, kami pun keluar mencari makan tapi tak pergi jauh pun, kami singgah di kedai makan berhampiran hotel. Kalau keluar dari hotel, jumpa jalan besar, ke kiri, terus, nampak deretan kedai di sebelah kanan jalan, kat hujung sekali, inilah tempat makan yang kami singgah.
 

Incik Daus teringin nak makan Tom Yam…aku order kuey teow ladna..memang sedap, kuah pekat, isi-isi tambahan pun banyak, dihidang dalam sampan ngan cili padi kat tepi. Aku suka sangat, tekak aku puji kata sedap!! Air plak tembikai laici, pekat jugak, membuatkan rasa puas menikmatinya. 

Nampak itu sotong, udang, ayam..sume pun ade..kuah pekat, suke2!
Inilah wajah keletihan..sampai jer..terus...bummmmmmm!




Sekejap jer, dah pun pagi. Kami breakfast di hotel. Yang tak bestnya, breakfast kena pergi blok lagi satu, yang mengadap padang golf tu. Mula masuk ke ruang café, aku rasa macam tak meriah je breakfast dia. Makanan tak berapa banyak pilihan tapi aku faham what to expect dengan room rate yang sangat affordable itu. Cuma pada pandangan aku, bila pilihan makanan tak banyak, jadi tak perlulah nak susun satu makanan ke satu makanan tu jauh-jauh. Aku faham, mungkin chefnya nak buat ala-ala stesyen2..tapi kaedah itu menyukarkan pengunjung. Better letakkan saja di kawasan berhampiran. Macam stesyen telur, jauh hujung di sebelah luar…tapi satu je pun pilihan masakan telurnya, scramble egg semata-mata. Kalau dikumpulkan di satu kawasan, mungkin tak nampak sangatlah kekurangan pilihan makanan. Tapi ini pandangan aku saja…jangan marah yer pihak pengurusan TGR… ;p

Tapi anak-beranak ni rileks jerk..janji dpt makan...isk..isk...

Lagi satu kepantangan aku bila makan kat hotel adalah apabila nampak Bread Butter Pudding..heheheh..one of my favourite. So di sini, kelainannya adalah bread butter pudding dia bewarna hijau…tapi rasenye…ermmmm….

tak best, sgt plain...aku masih suke bread butter pudding holiday villa subang...tp this one, way too far to compare..sorry dear chef...

Cuma bestnya breakfast di sini adalah apabila anda dapat menikmati hembusan angin pagi sambil menyaksikan pemandangan hijau sebegini…


Gitulah kisahnye percutian pendek kami di Taiping Golf Resort ini...memandangkan kate Golf Resort kan..so kakak pun dapatlah hadiah mainan die...bagi menepati tema stay kali ini..hehhehe

Menangis iyer nakkan mainan ni...aishhh!
Lepas check out kami ke mana pula? tunggguuuuuuuu....in next entry wokeyyyy!




No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)