Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Alang-alang dah mai Taiping, jomlah kita explore banyak
sikit. Dah dua kali aku datang sini tapi tak dapat nak merasa kuey teow doli
ni…selalu aku baca review dan dengar orang cakap akan kesedapan kuey teow ni.
Kali ini aku nekad nak kena cari jugak restoran ini. Pencarian menjadi lebih
mudah bila trainee aku yang jugak merupakan rakyat jati Bandar Taiping ini sudi
tunjukkan jalan dari Zoo Taiping. Bukan paksa dia datang semata-mata nak
tunjukkan jalan ye..no..no..no..aku tak sezalim itu..actually ada urusan kerja
yang aku mintak dia pass pada aku..so dengan innocentnya aku nyatakan keinginan
aku nak gi makan kuey teow doli..so die pun volunteerkan diri menunjuk
arah…hehehhehe..aku tak pakse yer.. (ok ke statement nih…ahaks!)
So, here we are..excited ni…aku ajak joint makan sekali, tak
mau plak…anyway thanx to Akif…
Kami pun orderlah…
Makanan pun sampai…
Banyak juga bagi saiz sorang makan. Tanpa lengah, jemputlah makan ye tuan puan sekalian...
Aku pandang muka Incik Daus ,
cuba mencari kepastian…
“Ok, sepatutnya kita nak kena rasa apa ek…”
This my verdict: Pada kami berdua, rasa kuey teow ini biasa
saja, taklah sampai ke tahap terasa extraordinary…yang menghantar effect ‘WOW’
ke otak…tak sampai ke tahap itu maka tidak tepatlah dengan ekspektasi
aku…rasanye biase, tapi bukanlah tak sedap langsung.
Selain kuey teow, ini di antara menu lain yang turut
disajikan di sini…
Balik office, aku cakaplah ngan si Akif, hmmm kenapa saya
rasa biasa je kuey teow itu..dan yang bestnya die menjawab..
“Itulah, saya pun pelik bila puan kata nak makan kat
situ..sebab dia dah tak sedap macam dulu dah. Dulu time kat gerai biasa,
sedaplah, bila dah bukak restoran, tak sedap sangat…”
Aissshhh..sopan yer..kenapalah tak dibilang pada aku
awal-awal..hmmm…tapi takpe, aku paham niatnya..bahawa sesungguhnya citarasa
setiap individu itu adalah berbeza…Sedap atau tidak tertakluk kepada deria rasa
dan anak tekak masing-masing…pada yang ingin menikmati kuey teow doly ini..ini
alamatnya…
Sedap juge..sape dtg taiping kalu x singgah cni x cmpletelah tour..
ReplyDeleteYep..silelah singgah yer...
ReplyDeleteBaru sampai & nak cuba...
ReplyDelete