Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera…
Lama
sungguh tak memasak beria kat rumah…dan actually memang lama jugak x masak..ada
dalam dua minggu kot… 6 hari je last week dah bertapa kat Pulau Langkawi…bertapa
u all..mencari ketenangan…hehhehehhe…selebihnya minggu sebelum tu out station…see..see..ahkak
bukan malas masak..Cuma xsempat… *tutup muka skittt..*
So
weekend baru ni, mehla memasak…sabtu tu teman mak pi makan kenduri..diaorang
ada hidang masak lemak ikan masin..aishhh..macam sodappp plak..tapi dieorng
letak nenas..aku tak leh makan nenas..gatal…gatal tau..bukan menggatal..ahaks!
Ya..itulah
dua menu aku Ahad baru ni..udang goreng kunyit simple tu menu permintaan si
kakak. Aku masa kakak mintak masakkan tu ada sedikit musykil sebab kakak memang
tak suka makan udang. Bertanyalah aku pada kakak banyak kali…so kakak kata
firm..dia nak makan udang…so aku pun buatlah..mujur senang aje requestnya..
Dan
untuk tekak ibu dan bapaknya..meh kita masak..Masak Lemak Cili Padi Ikan Masin
Duri…peeewwwwiiiitttt….
Jom
aku share bahan-bahan dia…ni bahan-bahan ikut kaedah aku la ya…
2
biji bawang besar
5
biji bawang Putih
2
tangkai serai (satu tangkai aku kisar manakala satu lagi aku masukkan dalam
masakan)
Daun
Kunyit (satu helai aku racik dan kisar bersama, manakala satu helai lagi aku
carikkan masuk di dalam masakan nanti..bagi lebih harum)
Sedikit
kunyit hidup
30
biji cili padi (anggaran ikut tahap pedas masing-masing ya…)
·
Kesemua
bahan di atas perlu dikisar)
Ok..memandangkan
aku tak boleh makan nenas, jadinya aku gantikan dengan dua bahan ini iaitu
terung dan petai.
Mulanya petai tu konon nak buat sambal ikan bilis..sebabkan
macam banyak pula lauk so kita masukkan je sekali dalam masak lemak ini.
Ikan,
aku guna ikan masin duri. Kalau nak guna ikan masin lain pun boleh, ikan masin
kurau misalnya. Basuh dulu ikan ni ya. Ikan ni aku guna tiga ekor, dan dipotong
sederhana. Kemudiannya aku goreng sedikit bagi nampak garing sedikit..tak perlu
garing sangat ya. Aku goreng dulu sebab nak bagi ikan ni tak mudah pecah, nanti
isi dia kalau dipanas ulang kali dah jadi sebati dengan kuah. Kalau goreng tu,
dia oklah.
Santan-
Aku guna ½ kg santan.
2 biji cili merah (hiris tengah)
Asam Keping (aku letak dalam 3 keping)
Cara
memasak dia pula sangat mudah…
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar.
- Gaulkan sehingga tumisan naik bau dan kekuningan sedikit.
- Kemudian, masukkan air. Agak-agaklah ya… Biarkan mendidih.
- Masukkan pula terung dan juga petai. Perisakan bersama sedikit garam dan gula. Tak perlu banyak sebab ikan masin pun dah masin. Biarkan sehingga terung empuk sedikit. Kemudian masukkan asam keping.
- Masukkan santan, dan serai. Masukkan juga ikan masin tadi.
- Racikkan daun kunyit dan masukkan bersama dengan cili/cabai merah. Kacau seketika sehingga mendidih sedikit dan terus padamkan api.
Hasilnya….taaadddaaaa….
Makanlah
bersama nasi panas dan ikan goreng garing jangan dilupa..ewahhhh!!
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)