Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Hai u alls..hari ni ahkak nak share resipi
lagilah..hehehe..mood tengah rajin kan…untung siapa dapat ahkak jadi
isteri..mithali sangat…ahaks! Takdelah, gurau-gurau je…btw, ahkak cuti hari ni..balik Kedah...ada engagement u alls... ;-)
Ok..menu kali ni simple je, masak untuk si kakak.
Mula-mula kenal menu ni masa pergi makan dengan Restoran Hj. Sharin Low Grand
tu..leh refer entry ini..Jom Makan Best di Ipoh: Makanan Cina Muslim di Restoran Sharin Low Grand
Nama menu ni asal namanya adalah Marmite Chicken...
Tapi version aku, Ayam Masak Kicap Bijan udahle..tak
usah glamer sangat nama menunya berbanding nama tuan kan…hehehe..resipinya pun
bukanlah aku dapat dari menemuramah Chef dia..sekadar aku reka cipta aje
berdasarkan apa yang aku rasa di lidah…
Bahan-Bahan dia..
Ayam, ambil bahagian isi jugaklah..potong
kecik-kecik..lumurkan garam kunyit, sedikit serbuk paprika, lada sulah, dengan satu sudu besar tepung jagung..asingkan.
Kemudian jangan dilupa dua bahan utama ini...
Sedikit minyak bijan, kicap pekat dengan sos tiram..sos tiram takde dalam gambar tapi tetap ditambah juga..anggaran 1 sudu besar. Begitu juga sukatan bagi minyak bijan adalah 1 sudu besar. Kicap pekat tu, kuantiti adalah mengikut kuantiti ayam. Aku tambah juga 1 sudu besar gula. Kalau ikut resipi asal tu, dia masak memang agak kering, ngam-ngam je ayam tu bersalut kicap..tapi aku punya ni aku buat bagi ada kuah sikit.

Bijan, untuk ditabur di atas hidangan. Bijan ni sedikit aja gunanya..sebelum ditabur, goreng dulu tanpa minyak. Goreng kejap aje..bagi kuning-kuning tu..
Ok, cara membuatnya, mudah aje..
1. Ayam yang telah digaul perap, digoreng garing dengan minyak panas. Asingkan.
2. Kemudian, masukkan 1 cawan air, diikuti dengan kicap pekat, sos tiram, gula dan minyak bijan. Aku dah tak tambah garam, sebab perisa dari bahan-bahan sos dan kicap dah cukup.
3. Bila dah agak pekat sedikit, masukkan ayam. Gaul sebati seketika. Padamkan api.
4. Sedia dihidang dengan taburan daun parsley dan cili merah yang dihiris nipis.
Mudah je kan, ayam masak kicap minyak bijan aku ni kan..hehehhehe..
Inilah hasilnya...
Selamat Mencuba!!!
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)