Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera…
Salam
Maal Hijrah buat anda semua….Semoga dipermudahkan kita untuk hijrah ke arah kebaikan
dengan niat kerana Allah…Insya-Allah…
Apa
projek u all hari ini? Kalau tak tahu nak buat apa, meh aku suggest, baking
bersama anak-anak. Tapi memang kesabaran akan diujilah..hehehhe..especially
untuk memastikan taka da sesiapa yang bermandikan tepung…hahahah!
Kakak
lama dah asyik ajak aku baking. Cuma mood nak baking memang hilang ke mana tak
tau lately. Maka jadinya, ada satu weekend tu bila kami hanya tinggal berdua…so
jomlah baking. Kesian pula kakak bosan duduk rumah dan aku pula malas sungguh
nak keluar. Incik Daus kena kerja pula minggu itu.
Aku
guna resipi asas buat muffin yang sangat mudah, dari blog NINA MIRZA
Vanilla Muffin dengan Kismis dan Coklat Cip
Resipi
Asal: http://ninamirza.com/
Resipi:
http://ernyfirdaus.blogspot.my/
Bahan
A
1
biji telur
1/2
cawan minyak jagung
11/4
cawan susu segar
1
sudu kecil esen vanilla
Bahan
B
2
cawan tepung gandum
3
sudu kecil baking powder
1
cawan gula
secubit
garam
Bahan
C
Kismis
/Coklat Cip (Kalau resipi Nina, dia letak di atas sahaja. Aku pula sendukkan
adunan sedikit, dan kemudian aku taburkan kismis/coklat cip. Aku sendukkan lagi
adunan di atasnya, sebelum aku taburkan sekali lagi kismis/coklat cip). Aku
buat separuh kismis dan separuh lagi coklat cip. Satu adunan boleh dapat dalam
12 biji muffin kesemuanya.
Cara-caranya:
Panaskan
oven pada suhu 180c-190c
Ayak
Bahan B dan satukan dalam mangkuk
Buatkan
lubang di tengah-tengahnya
Dalam
mangkuk yang lain, masukkan bahan A kacau rata. (masukkan telur pukul rata,
masukkan esen vanilla pukul lagi, masukkan minyak pukul rata dan masukkan susu
pukul lagi hingga kesemuanya rata dan sebati).
Lalu
tuangkan Bahan A ditengah-tengah ludang mangkuk yang berisi tepung tadi
Kacau
rata kaup balik TIDAK lebih 20kali guna senduk ajer (Adunan akan nampak
berketul-ketul sedikit – tak mengapa)
Biarkan
seketika adunan tadi lebih kurang 5minit. Kacau bulatan dalam 2kali.
Tuangkan
adunan ke dalam muffin cup 3/4 muffin cup
Letakkan
kismis kat atas & dalam muffin tadi.
Bakar
muffin selama 15-20 minit atau hingga kekuning-kuningan. (bergantung pada oven
masing-masing).
Akhir sekali..tadddaaa....
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)