Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, October 13, 2016

Jom Terokai Perak: Menjejaki bangunan bersejarah di Birch Memorial Clock Tower dan Ipoh Town Hall

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Rasanya ramai yang dah tahu bahawa 2017 merupakan Tahun Melawat Negeri Perak, #Visit Perak 2017. World of wonders telah terpilih sebagai tema bagi tahun berkenaan. Kenapa World of Wonders? Negeri Perak merupakan sebuah negeri yang mempunyai pelbagai tarikan pelancongan dari lokasi yang terpelihara flora dan faunanya seperti Royale Belum, keindahan pantai di Pulau Pangkor dan Negeri Perak juga gemar dikunjungi bagi mereka yang ingin meneroka sejarah lama. Contohnya Kota Tampan di Lenggong, Kota Belanda di Pulau Pangkor, Kellies Castle di Batu Gajah dan banyak lagi.

Bersempena dengan kempen #VisitPerak2017, aku dan kawan-kawan telah diberi peluang untuk meneroka negeri kelahiran kami ini (tapi ada juga yang dalam group tu memang bukan anak Perak…heehehhe..so real touristlah..ahaks!). Aku akui sebagai anak jati Perak pun terlalu banyak tempat yang aku tak tahu akan kewujudannya. Nampak tak? Nampak tak yang aku kena gi berjalan-jalan meneroka Negeri Perak ini dengan lebih jayanya…hahahha….

Destinasi pertama kami pada pagi itu ialah Ipoh Town Hall atau dikenali sebagai Dewan Bandaraya Ipoh. Disebabkan kami belagak TOURIST, maka gambar kami posing haruslah banyak…heheheh…bertabahlah ya mengadap beberapa siri entry ini…


Serba ringkas berkaitan Ipoh Town Hall ini, bangunan ini merupakan pusat pentadbiran kerajaan pada zaman pemerintahan British di Perak. Lokasinya sangat strategik kerana terletak di tengah pusat bandaraya Ipoh yang kini lebih dikenali sebagai Pekan Lama, Ipoh.


Ciri bangunan yang sangat klasik dengan mainan warna putih polos sangat menaikkan lagi seri bangunan ini pada aku secara peribadi. Ipoh Town Hall bukan sahaja sesuai dilawati bagi mereka yang sukakan monument lama dengan ciri rekaan berteraskan rekaan Moghul tetapi sangat indah lanskapnya untuk sesi fotografi. Banyak juga fotografi perkahwinan dilakukan di sini….




Antaranya of courselah pemilik blog ini sendiri..hahaha..akulah tu. Ya, aku memang suka dengan bangunan yang bercirikan klasik ini. Biasan lighting semulajadi dari luar bangunan, cantik kan…. Ditambah pula dengan seri pengantin…eh..eh..tetiba kan..hehhee….tapi tu bukan aksi yang diinspirasikan dari aksi viral Che-Ta dan Zain Saidin mahupun Scha dan Awal ye...harap maklum...hehehhe

Selain daripada itu, Ipoh Town Hall ini juga sering dijadikan lokasi untuk diadakan Majlis Perkahwinan….

Kemudian, dari sini, kami berjalan kaki untuk ke Birch Memorial Clock Tower yang lokasinya di belakang Ipoh Town Hall ini. Anda boleh berjalan dari sini menghala ke Masjid Negeri Perak (Ipoh).


Menara Jam ini telah siap dibina sekitar tahun 1909 dengan ketinggian 6 kaki 6 inci. Menara ini juga mempunyai satu loceng besar dan empat lagi loceng kecil mengelilinginya. Di tengah Menara ini juga terdapat ukiran ‘terracotta figures’ yang melambangkan empat era pemerintahan British di negeri Perak.


Berhadapan Menara ini juga disediakan serba ringkas sejarah berkaitan Birch Memorial Clock Tower untuk dijadikan bahan pembacaan yang dating berkunjung.
Bagi anda yang ingin ke sini, berikut adalah alamatnya…

Birch Memorial Clock Tower
31650 Ipoh Perak

Anda boleh juga melayari laman sesawang Perak Tourism ini untuk informasi yang lebih jelas dan tepat…


Ini dulu untuk hari ini, nanti aku sambung lagi entry menjelajah ke negeri sendiri ini ya… ;-) 

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)