Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera….
Perak
sememangnya sangat terkenal dengan pelbagai kisah sejarah daripada penjajahan
British sehinggalah ke era kemasyuran pelombongan bijih timah. Bagi sesiapa
yang pernah berkunjung ke Perak, pasti anda akan lihat banyak bangunan lama
khususnya di kawasan Pekan Lama Ipoh. Tahukah anda bahawa di setiap bangunan
lama ini terkandung pelbagai kisah sejarah lampau? Jika anda lalui
lorong-lorong di celahan bangunan ini juga, anda akan temui pelbagai kisah
tersembunyi.
Di
antaranya adalah Concubine Lane ini. Lorong yang dahulunya juga dikenali
sebagai ‘The Mistresses Lane’. Pasti tertanya-tanya bukan kenapa gelaran lorong
ini sebegitu? Concubine Lane ini telah dibuka oleh salah seorang ‘tycoon’ bijih
timah pada tahun 1892. Kawasan ini dibina semula selepas berlakunya satu
kebakaran di Pekan Lama Ipoh pada waktu itu. Menurut sejarah, lorong ini
dibinakan rumah yang diserahkan sebagai kediaman untuk ‘perempuan simpanan’, bagi
‘tycoon’ bijih timah itu. So, here we go the asal usul of this lane…
Kini,
Concubine Lane ini telah dijadikan tempat tumpuan pelancong luar dan tempatan
dalam sebahagian dari ‘Jejak Warisan Ipoh’.
Di
sepanjang laluan ini, terdapat pelbagai aktiviti perniagaan dengan masih
mengekalkan sebahagian besar dari ciri binaan asal bangunan di sini.
Lepas ni tak perlu ke Cameron Highland dah kalau nak memborong pokok kaktus. Di sini pun banyak ni....pilih..pilih...
Pelbagai barangan hiasan yang sangat unik dan klasik boleh didapati di sepanjang jalan ini. Koleksi 'rare' sebegini sangat sesuai untuk disimpan sebagai kenangan atau sebagai cenderahati kepada keluarga dan taulan.
Terdapat
juga pelbagai tarikan lain seperti kenderaan yang sering digunakan oleh peniaga
makanan di tepian jalan…
Syok
betul Nampak…hehehe..tinggi juga okay..jenuh nak panjat naik….
Salah
satu tarikan lain yang sangat best untuk dicuba adalah ini…
Ya,
anda harus mencuba keenakan aiskrim gaharu ini….
Terdapat
pelbagai produk makanan berasaskan gaharu di sini termasuklah teh ini.
Aku cuba
juga teh ini, tapi pahit pada aku..hehehhe…kawan aku cakap sedap je..agaknya
sebab aku tak tahan pahit kot…Tak usah risau kerana produk di sini adalah halal.
Tapi
berbeza pula dengan rasa aiskrim dia…
Haaa…tengok
muka aku je dah tau kan keterujaan rasa aiskrim ini…Sedap berlemak…rasa dia
ringan je, tak terlalu manis. Memang aku suka sangatlah!
Ok,
kami dah tiba di penghujung jalan dan diberi penerangan seterusnya oleh pemandu
pelancong kami yang berkemaja pink lembut itu…mana lagi nak pergi ya…
Oh,
before that, ada di antara gambar-gambar di dalam entry ini terpaksa aku
kaburkan untuk mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari…harap maklum ya
wahai sahabat pembacaku sekalian….
Lokasi Concubine Lane ini adalah seperti berikut:
Concubine
Lane
30000
Ipoh
Perak
Malaysia
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)