Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, August 25, 2016

Sambutan Pra-Kemerdekaan Tadika Kakak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Alllooowww semua..apa khabar u all arini….kasi senyum sikit..hari ni dah khamis, esok last..then marilah berhujung minggu…heheheh…tapi aku dah start cuti pun esok…hehhehe…

Minggu ni memang minggu lemau. Semua dokumen aku baca pun Nampak bintang-bintang berkerlipan…

Semalam, kakak ada merdeka parade dekat tadika. So the kids kena pakai pakaian beragam. Peninglah aku memikir idea apa lepas dapat wassap dari teacher isnin tu. Penat sebab tak cukup tidur beberapa hari masih bersaki-baki. Time kita nak yang selalunya barang-barang tu kita xjumpa. So aku beli je apa yang ada dan dengan secebis konon-konon kreativiti yang aku ada..hahhaa….kreatiflah sangat kan… maka ini hasilnya….


Aku asalnya nak carikan kakak sari ke, cheong sam ke…tapi taka da plak saiz kanak-kanak. Dah sampai malam aku memusing. Nak cari riben saiz besar pun tak jumpa. Maka akhirnya terpaksalah aku jahit tiga riben tu. Sekali mak aku tanya, warna putih mana? Kan bendera Malaysia ada warna putih? Haahhhahah…boleh plak aku terlupa kaler putih….aduiii, xpelah…buat sajalah dengan apa yang ada. Itulah hasil kerja selama empat jam. Nampak sangat amatur kan.

Jadinya, inilah penampilan kakak untuk perarakan merdeka. 


Simple. Kebetulan kakak ada baju kurung yang warnanya adalah seakan warna bendera, jadi aku pakaikan je.

Tiba-tiba kat pejabat… kawan aku inform kata Little Caliph tempat kakak buat pertandingan plak, voting system. Kebetulan sebab ada jirannya tag dekat FB….


mujurlah, kalau tak…mahu sampai ke sudah pun aku tak tahu. Competition end 31 Ogos. 

Calon-calon semua hebat belaka. Saja suka-suka nak semarakkan lagi semangat kemerdekaan negara kita. ;-)

Meh tengok gambar parade yang teacher hantar..comel semuanya, macam nak babap aje geram...hahahha...



Dear all, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan. Meskipun kebelakangan ini terlalu banyak perkara yang berlaku sampai sukar untuk dihadam...tapi harap dapatlah kita sama-sama mengekalkan keharmonian sesama kita. Tak usah bergaduh sana sini, lebih baik kita berbaik sesama kita dari bergaduh yang berkesudahan negara kita jatuh dan kita kembali dijajah.... 

Selamat Hari Merdeka in advance ya sahabat sekalian... ;-) 


2 comments:

  1. Seronoknya tengok anak2 kecil ni semangat sambut merdeka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sis...meriah sangat..bila nyanyi Negaraku tu bersungguh betul... ;-)

      Delete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)