Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, May 3, 2016

Cuti-Cuti Penang 2016: Meneroka Penang menerusi Time Tunnel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Ok, next location kami di Penang adalah Time Tunnel. Ini mak ngah yang gedik-gedik nak pergi…hahahha….so we all pun carilah sampai jumpa. Asalnya nak terjah kawasan mural-mural tu tetapi sebab bawa mak kan..jadi kami cari tempat yang lebih selesa untuk berposing…eh..eh..untuk dilawati…hehehhe…

Time Tunnel ni kami jejaki menggunakan perkhidmatan waze..sebab letaknya di celah bangunan-bangunan ini….


Alamat dan maklumat berkaitan adalah seperti berikut:


39, Jalan Green Hall, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Phone: +60 4-261 9181
Waktu Operasi:        9:15AM–7PM
Waktu Operasi (Sabtu-Ahad dan Cuti Umum): 9.15am – 8.00pm
Harga Tiket:
Dewasa (My Kad): RM 16
Kanak-Kanak (My Kid: 5-12 tahun): RM 8


Rindu kan dengan basikal roti ni…penuh roti dia…pilih aje…


Ok, pakcik ini setia menyambut kedatangan semua pengunjung ke sini…



Apa pun kita beli tiket dulu. Satu yang aku sangat salute adalah semua kakitangan di sini sangat ramah dan memberikan panduan dengan tepat. Kalau u all masuk ke tempat bergambar tu, setia je staff dia offer diri untuk tolong ambikkan gambar.

Muzium ini terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu Time Tunnel, 3D Mural-Art Gallery dengan Anti-Gravity World.

Konsep time tunnel ini adalah untuk membawa pengunjung mengembara ke zaman 400 tahun yang lalu di Penang. Segalanya bermula dari tahun 1592. Aku kagum dengan usaha mereka mengumpulkan sebegitu banyak memori sejarah di dalam muzium ini. Pada yang xsuka sejarah, mungkin di laluan pertama ini akan terasa sedikit bosan.


Let’s go…kakak as usual. Energetic sentiasa…


Barisan tentera pengawal menyambut ketibaan kami…hehhee…




Bacaan sejarah pun bermula. Aku suka juga sejarah tapi Incik Daus paling suka…see the misailah…hehhehe…


Permainan tradisional zaman dahulu..sepak takraw dan congkak. Siapa sini suka main congkak..angkat tangan!! Yeayyyy..kita geng!


Baiiiyaaaa…mau pergi mana…kasi satu guni tepung gandum juga…mau balik bikin lempeng cicah sambal ikan bilis…Ya Allah..tetiba kecur liur dengan ayat sendiri…hehehe…


Kakak dengan Sir Francis Light….bukan main lagi…

Then kita boleh lihat semua kelengkapan dapur dan alatan rumah zaman dahulu di pamerkan…



Siapa pernah merasa guna seterika arang batu ni…. Arwah Opah dulu ada simpan satu.. ;-)


Almari lauk ni pun sama..arwah Opah pernah ada satu masa kami stay di rumah Taiping. Epik sangat…


See…yang paling lama di satu-satu bahagian adalah Incik Daus…sanggup membaca penuh kusyuk…


Si kakak mula bosa sebab banyak yang dia tak paham.


Ini video tayangan zaman Jepun menyerang Penang dulu…



Jangan kacau..kami tengah berbincang untuk memetrai perjanjian…


Era kebangkitan Dr Sun Yat Sen's atau dikenali juga sebagai kebangkitan nasionalisme Asia di Penang sekitar tahun 1910. Dr. Sun Yat sangat berpengaruh di kalangan golongan intelektual pribumi di Hindia Belanda. 


Cuba tengok kasut ni..inilah kasut yang pada zaman dahulu masyarakat cina pakaikan pada anak mereka untuk ensure size kaki kecik molek. Tapi memang sakit je aku rasa..hehehhe…


Bukan main lagi muka keganasan posing si kakak…




Ingat lagi tak u all botol-botol minuman ni…. ;p


Then taaaarrrraaaa…

Tiba-tiba singgah minum kopi secawan…hehehe…ini menunjukkan anda dah memasuki Zon 2 iaitu 3D Mural Art Gallery.


Tiba-tiba ada orang tu sibuk nak ambik gambor sorang sambil minum kopi…perasan bujang la tu…sabor jelah..takpe, kita layankan aje…


Wahhhh..naik ‘gerek’ la plak…


Ibu dengan bapak pun nak jugak feeling romantik kengkonon….ahaks!



Cer tengok kakak….xmenahan berlakon lap peluh…

Kemudian kita pun sampailah di zon terakhir…waktu kami sampai ni masih ada kerja penambahbaikan sedang dilakukan..so mungkin lepas ni Zon 3 ni lebih maju lagi ruangan bergambor dia..hehehe…






Kawasan rumah terbalik ni…



So abis dah lawatan kami…nanti kita share mana kami makan plaklah ye…

Jumpa lagi nanti..tatatititututu….



No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)