Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Wednesday, May 4, 2016

Jom Makan Best di Penang: Kari Ikan terbaik dengan murtabak sedap, tebal, penuh isi di Restoran Hameediyah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Bila ke Penang..memang tak sahlah kan kalau tak pekena nasi kandaq kuah kari yang kalau cuci tangan tiga hari pun masih bau tu kan..hehhehe.,…kalau ke Penang memanglah hobi kami sekeluarga adalah dengan mencuba pelbagai jenis makanan….err..rasanya bukan sekadar di Penang sahaja…di mana-mana jua memang kami setia dengan tagline ‘Jalan-Jalan Cari Makan’.

Line Clear, Nasi Kandar beratur di antara yang famous di Penang. Tapi kali ini aku rasa lebih selesa untuk bawa mak mencuba Nasi Kandar di Restoran Hameediah yang terletak di Lebuh Campbell. 


Alamat penuh dia…

Restoran Hameediya, No. 184, Campbell Street, Penang.

Restoran ini terletak di dua lot bangunan kedai ini. Depan kedai pertama, dia buat tempat masak murtabak. 



So u all jalan dalam dua kedai ke hadapan dan boleh duduk di restoran yang dilengkapi penghawa dingin. Bersih juga tempat dia.

Cuma waktu kami sampai ni dah agak lewat, dalam kul 3p.m. Jadi, pilihan pun tak banyak sangat. So ini saja yang kami ambil…


Ok..INI SAJA tau..hahaha 


Daging masak rempah/masak hitam…memang sedap dan daging dia lembut.


Tapi aku paling suka kari ikan dia..pehhhhhhhhh….sedap melampau! Nak ambik kepala ikan malangnya dah habis. Kalau kari kepala ikan sepinggan tu di antara RM 20-RM 80 harganya. Takpelah, isi ikan pun bolehlah. 



Dah cuci tangan dengan sabun wangi pun masih boleh bau kuah kari dia. Masa makan tu tak Nampak pekat sangat tapi sedap berasa.


Ini aku xpernah lagi jumpa tapi Incik Daus tau aje…cabai makan macam ni jelah, ala gaul buat ulam.


Nasi kandar ini bukan lunch time manakala nasi kandar lain tu bukak malam. Cuma di sini suasana lebih selesa dan aku rasa lebih sedap berbanding Nasi Kandar Line Clear tu. Ini tekak akulah. Tiba aku terliur weiii... *nangis tutup mata*

Selain dari nasi kandar, di sini juga sangat popular dengan kesedapan Murtabak. 


So apa lagi, jomlah cuba. Kami pilih murtabak daging dan murtabak kambing. Aku tak makan kambing, itu untuk Incik Daus.


Murtabak dia sangat tebal dan boleh cicah dengan kuah kari. Isi dalam dia mewah dan sesuailah pada aku dengan harganya. Kalau mutabak ayam dan daging, harganya RM 5 sebiji, kalau murtabak kambing, mahal sikit tapi aku tak ingat lah plak. 

Jadi kesimpulannya, bolehlah anda mencuba makanan di Restoran Hameediyah ini. Kalau nak bawa parents, pada aku di sini lebih sesuai dan selesa. Oklah..ermmm..esok nak pi makan mana plak weiiiii? Tunggu naaaa... ;-) 

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)