Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, May 5, 2016

Ada Apa dengan CINTA?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….


Ada apa dengan CINTA? Hehehhe…siapa dah tengok filem ni? Ke bukan peminat AADC ni? Oklah..xminat tak mengapa, tiada paksaan. Cuma jangan kecam aku tau sebab aku minat sangat.,..hehehhehe…

Minat tu mula berputik of courselah masa AADC 1 lagi. Time tu aku belajar kat UiTM tak salah. Jadinya boleh dikatakan memang minat sangat. Masa belajar dulu, minat tengok citer jepun yang satu siri sampai 8 DVD tu kan…hahaha…boleh mengadap ni sampai habis.

Alasan minat, sebab feeling jadi CINTA…hahhaa…ok fine, aku propa. Taklah, aku minat sebab actually aku memang penggemar puisi. Aku suka menulis sajak dan dulu rajin juga masuk acara deklamasi sajak. Sajak je la, jangan pula disuruh aku baca syair. Kalau syair, mahu jadi rap macam lagu tema filem Munafik nanti..hahahha!

Selain itu, aku suka warna-warni perasahabatan antara Cinta, Mel, Maureen, Alya dan Karmen. Gila-gila dan sense of belonging tu kuat antara mereka. Susah nak cari persahabatan ikhlas macam tu zaman sekarang ini. Dan aku suka lagu-lagu latar filem itu..siap hafal ok. Memang tiap kali tengok, nangis…then feeling happy balik…sangat terserlah poyonya itu…

So, bila dapat tahu aka nada sequel kedua filem ini, memang awal-awal lagi aku dah cakap aku nak tengok. Percaya tak yang aku dengan Incik Daus memang rare tengok movie cinta2 ni sama-sama…hehehhe…. But we decided to go on our anniversary day. But unfortunately, ada orang tu kena kerja plak dahhhhh…orang cuti dia keja. Maka kami pun pergilah sehari lebih awal.


Ya, mestilah bawa kakak. No worries, untuk tayangan Malaysia adegan kisses dua babak tu semua dah dipotong okay… ;p

Kalau orang tanya aku, mana best? Susah nak bagi jawapan sebab I have crush on this film. Memang suka sangat dengan watak-wataknya yang bersahaja dan mudah membuatkan kita merasa dekat dengan mereka. Cerita AADC 2 ni tak melalut, sangat ringkas dan terus ke tujuan asal iaitu untuk menyatukan dua watak utama Cinta dan Rangga. Kali ni scene puisinya tak banyak tapi chemistry Cinta dan Rangga tu macam kena je... Susun atur cerita lebih matang sesuai dengan semua watak yang dah bekerjaya. Lagu-lagu Melly, masih sangat serasi dengan semua scene dan lebih mencengkam emosi….. especially lagu Ratusan Purnama dengan Jangan Ajak-Ajak Dia tu…feeling2 sangat okay… lagu Susunan lagu AADC1 dulu lebih banyak dan catchy.

Dari segi emosi, aku lebih banyak touching dengan AADC 1..hehehhe…yang AADC 2 ni ada juga tapi taklah teruk2 nangis macam yang pertama. AADC 2 ni lebih santai dan watak Mel tu masih lawak gak, banyak ceriakan keadaan. Overall, rasa happy sangat dapat tengok filem ini. Sebab dekat sangat dengan jiwa…

Hmmm..ulasan Incik Daus…ye, Dilwale version Indonessia…hahahha…ntah apa2 ntah…so dia kata lpas ni nak tengok plak ke Awie dengan Erra reunion plak? Hahaha…sabor ajelah….tapi paling penting dia tak tidur…hahahha!Akhir skali terimalah watak utama filem ini..Cinta & Rangga...




  Bersama anak mereka....hahhaha...lariiiikkkkkk.... ;p 

4 comments:

  1. wahhh...mmg peminat tegar ni...

    makin cantik anak dara u sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhe..ye..sangat tegar... ;p ooo..tq..tq...dah pandai nak bergaya sokmo... ibu dia cry...hahahha

      Delete
  2. bestnya dah tgk rangga n cinta

    ReplyDelete
    Replies
    1. best..terasa macam flash back zaman muda..hahahha

      Delete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)