Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera….
Hari
ini kengkawan sekalian…izinkan hamba menyambung entry hamba yang tertunggak
iaitu Percutian ke Pulau Pinang Januari lepas. Ternyata, hamba semakin
ingat-ingat lupa akan faktanya. Bukan..bukan kerana hamba banyak minum semut
tetapi factor usia barangkali…hehehhe….
Ok, di
antara alasan utama kami memilih ke Penang adalah sebab ini….
Ya…Bukit
Bendera. Mak teringin sangat nak merasai pengalaman naik ke Puncak Bukit
Bendera yang dikatakan telah berwajah baru. Dah lama juga actually tapi kami
yang baru berkesempatan nak pergi.
Jadinya,
awal pagi selepas sarapan di hotel kami pun bergeraklah ke destinasi tujuan.
Mula sekali beratur beli tiket. Aku actually nak beli tiket lane ekspress tapi yang jaga kaunter tu kata xperlu sebab orang tak ramai sangat. Kami pergi kan weekdays dan bukan cuti sekolah. Ya, kakak kena ponteng dua hari…ampunkan kami teacher…hehehhe…
Inilah
kadar harga tiket naik ke Bukit Bendera as at end of January 2016.
Baju
yang kakak pakai tu, dia sendiri yang pilih ya….bukan main lagi taste sekarang….ni
dok bising ulang2 nak kasut heels macam ibu…tapi kakak nak yang ada ribbon kat
atas kasut…sabor jelah….
Posing
lagi seperti biasa…siapalah kami tanpa adegan berposing….
Bukit
Bendera next top model…hahahha….
To the
top we go…weeehhhuuu…
Payah
benar nak dapat gambar yang molek kami bertiga…. Aishhh…
Alhamdulillah..dah
sampai..menikmati pemandangan di Puncak dengan angina sepoi-sepoi Bahasa…jangan
ditanya apakah Bahasa angina itu kerana aku pun tidak tahu…eh..eh..dah macam
pantun…hahaha…
Ini
map…tengok aje…tapi bila jalan..hentam sajalah…
Syok
sangat tengok view dari sini..tapi gayatlah juga….
Ni
kalau siapa kaki skodeng memang elok sangat…besar kan teropongnya..jelas skit
nak skodeng..tak mahal, bayar RM 1 saja. Maka bolehlah anda semua skodeng pemandangan…ya,
pemandangan tau..bukan skodeng benda lain..no..no xbaik okay…
Now,
marilah membakar lemak dan mendaki ke atas….jalan santai saja….lebih kepada
menikmati pemandangan dan bunga-bungaan yang ditanam di sepanjang jalan naik. Tak
ada perubahan yang banyak di sini melainkan kewujudan restoran makan yang baru
dan lebih banyak aktiviti di side road seperti melukis henna, pameran ular dan
sebagainya.
Eh..eh…kengkonon
romantis la ni..hahaha..kasi chancelah..hai lah..bilalah terlaksana impian nak
jalan berdua….nak backpackers macam dulu…huhuhuhu…bila sorang sampai
hati..sorang lagi plak tak sampai hati..gitulah selalunya…
Tak
sampai hati nak tinggalkan budak tomeito ni…hehehhe…
Ya,
masih lagi demam frozen, tak kebah-kebah kaedahnya…hehehhe…
Ok,
rumah frozen ini salah satu tarikan terbaru di sini..tapi kami tak masuk pun
sebab tak sempat dan lepas habis round kakak mula meragam…..
Then
tibalah kami ke sini….
Nak gi
Paris tak tau tahun bila..so silalah kunci cintamu di Pagar Bukit Bendera ni
dulu…hahaha….janji cinta kan…ke janji kunci? Hahahaha…konpius…
Yang
pasti, janji posing…hehhehe..
Ni
plak perasan duduk kat Kerusi Patah Korea… ;p
Ni muka
kakak masih ada senyuman…hehhehe…
Ini plak
muka kakak merajuk sebab ibu asyik posing dengan bapak je…hehhehe….
Mak Ngah pun nak feeling2 juga...kasi chance... ;p
Kemudian
kami solat Zuhur di sebuah masjid yang terletak di puncaknya….
Dan
Incik Daus telah mengambil kesempatan menidurkan diri di bawah pokok itu..ya,
Incik Daus..mana-mana pun dia boleh je nak lelap…
Ok..inilah
tangga yang kena naik untuk sampai ke Masjid tu….
Lepas
kami singgah di Owl Museum…jomlah balik. Entry Owl Museum nanti ya…. Kami turun
dah dekat jam 2pm. Perut pun dah melalak minta diisi….kakak pun dah abis tanggal dah t-shirt luar...panas katanya...bukan main lagi tak tahan panas..kecik bolehla lagi ibu bagi pakai gitu...dah besar xleh tau kakak....
Masa
nak turun ni, bengang plak aku sebab berebut dengan Minah Arab ni..bukan main
kasar lagi tolak. Sabor jelah…tak tau adab betul…dia berebut sebab nak duduk
seat depan sekali…
Kakak
macam ni la…dah meragam, mulalah mintak didukung. Mujur bapaknya sado…hahahha….
bestkan , macam-macam dah sekrang ada kat buki bendera :)
ReplyDeletehehehhe...syok tengok pemandangan dan yes, adalah aktiviti skit kan berbanding dulu...
Delete