Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, April 29, 2016

Cuti-Cuti Penang 2016: Best sangat ke Owl Museum Bukit Bendera tu?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Owl Museum, ini antara tempat yang aku gedik-gedik sangat nak masuk…gedik ya… sebab Nampak macam best bebenor…takpe..takpe..kita masuk dulu ya..then baru tahu kan..heheheh….

Owl Museum ini boleh dikatakan terletak agak atas jugalah dalam kawasan Bukit Bendera ini. 


Ya, untuk ke Owl Museum ini kita perlu menuruni anak tangga di bawah. Kiranya bahagian atas Owl Museum ini di mana terletaknya kawasan kunci-kunci ala2 Kau Kunci Cintaku tu…so di bawahnya adalah Owl Museum.


Ini pula kadar harga tiket untuk masuk ke muzium ini. Ini harga as at 26 Januari 2016 ye.

Tapi sebelum kita explore apa ada dalam kawasan burung hantu ni, jomlah pekena ayaq membasah tekak….di bawah ini ada macam small food court..adalah snack food…dessert semualah….so kami cuba ini…


MAngga dia banyak sungguh..manis pula tu…


Ini pula choc strawberry milk shake…


Kakak as usual sibuk dengan aiskrim dia…

Lepas selesai semua, jom kita masuk tapi sukacita aku ingatkan…janganlah meletakkan harapan yang tinggi…hehehe..aku pun bila keluar barulah faham..ini MUZIUM tau…hahaha..seriously MUZIUM…tapi aku harap dapatlah kiranya pihak pengurusan Owl Museum ini buat penambahbaikan. Jadikanlah muzium ini lebih bersifat interaktif dan menarik. 



Harga tiket yang dikenakan pun bukanlah murah sangat pada aku jika dibandingkan dengan apa yang dihidangkan kepada pengunjung sangatlah tidak berbaloi.



Ini adalah laluan pertama apabila anda memasuki Owl Museum ini. Mostly banyak berlatarbelakang tempat untuk anda bergambar. Tiada burung hantu yang hidup pun di dalam ini hatta seekor…hehhehe….


Sepanjang laluan muzium ini dihiasi dengan patung-patung atau monument burung hantu.


Jom layan gambarlah ya sebab aku pun dah tak tahu apa nak merepek…hahahaha….


Dan ada satu laluan yang memuatkan fakta berkaitan burung hantu….



Aku memang suka burung hantu…so ok jugalah untuk baca…tapi aku bukan hantu tau..naik hantu adalah juga kekadang…muahahah!


Tak agak-agak posing supermodel kakak ni…


Eh..eh..ibu pun tak nak kalah…hehehhe…

Then dah sampai ke penghujung jalan. Tak sampai setengah jam pun untuk tour muzium ni sebab tempatnya taklah besar mana. Kalau u all jenis yang tak suka bergambar..lebih cepat habis.

Marilah bergambar dengan bantal burung hantu…jadilah…..at the end of the journey ada kedai cenderahati yang menjual pelbagai aksesori burung hantu.



Ok..done…hahaha..so u all nilailah sendiri ya...hahhaa...


Kakak dah siap bukak baju okay...hmm..so inilah destinasi akhir kami sebelum turun ke bawah...tapi kalau dah nama gila berposing..surelah ada posing penutup kan...hehehhe... *sila jangan muntah, kami memang over..hehehhe*



Ok, mana plak kami pergi lepas ni…tungguuuu…..



1 comment:

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)