Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Monday, April 4, 2016

Cuti-Cuti Penang 2016: Penginapan di Rainbow Paradise Beach Resort & Hotel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Baiklah..hari ini marilah kita cuba sambung entry kami bercuti ke Penang Januari baru ni. 



Yeayyy…bila dah melepasi Jambatan Pulau Pinang ini, terasa hati semakin berkocak-kocak keriangan…



Kunjungan kali ini kami memlilih untuk stay di Rainbow Paradise Beach Resort & Hotel yang lokasinya terletak di Tanjung Bungah. Alasan memilih hotel ini sebab aku selalu bila ke Batu Ferrringhi ternampak hotel ini yang punyalah tinggi di tepi jalan. Jadi macam nak cubalah stay. Kedua, sebab sebelum ni asyik stay di Batu Ferringhi je kan. Hotel ini juga mudah kerana lokasinya yang berada di pertengahan jalan. Kalau nak ke Georgetown pun dekat, kalau nak ke Batu Ferringhi pun senang. Jadi lebih sesuai untuk kami yang nak berjalan.


See, tinggi kan..20 tingkat tak salah aku..ke lebih…hehehhe….

Aku request nak bilik yang view laut, dan actually aku request untuk inter-connected room, tapi dah tak available. So kami stay di dua bilik ni.

1 DELUXE STUDIO SUITE (KING SIZE BED)
1 DELUXE STUDIO SUITE (TWIN BED)

Kami stay untuk 3 hari 2 malam dengan total estimation cost bagi kedua bilik dalam RM 800 ++.

Masa mula check in, terkejut juga sebab ingatkan bilik hotel. Rupanya dia macam style apartment sikit.

Masuk-masuk saja dah nampak ni haaaaa…



So memang luas kan..kalau bawak periuk semua dah boleh memasak dah. Sama saja bilik aku dengan mak, keduanya disediakan kawasan luas dengan kitchen cabinet.



Ni bilik mak…




Toilet dia ok, kebersihan bilik pun ok. Tapi perabut dia memang lamalah. Rasanya hotel ini perlu refurbished kot…sebab lokasi dia pun strategik dah…




Ni pula bilik kami. Cuba tengok siapa yang dah tersadai di atas katil?




Hmmmm..bukan main lagi kakak..memang kalau check-in hotel, memang kakaklah yang akan rasmikan.



Ini pula view dari bilik kami. Subhanallah…suka sangat…




Balcony dia pun luas. Ada meja bulat dengan dua kerusi, so bolehlah santai minum kopi petang hari..heheheh…



Hotel ini secara keseluruhan, not bad. 




Aksi Jerangkung Comel dalam almari..hahaha..boleh jadi kakak ni..dalam almari pun dia nak pose...

Ada akses ke pantai dengan pelbagai aktiviti. Ini di antaranya…




Cuma yang xbestnya sebab sepanjang kami di sini…TV rosak. Berkali call customer service, jawapan dia asyiklah tengah repair. Sampai ke time nak check-out pun xjuga elok. Frust sungguh! Mujurlah banyak masa di luar.

Disebabkan aku kata ape tadi..ada akses ke pantai kan..so jangan haraplah kakak tu nak duduk diam saja di bilik. Yang lebih buat dia tak nak duduk diam sebab dari bilik kami boleh nampak swimming pool..maka..ermmm....nak mandi..nak mandi..nak mandi..adeyyy...







Jadinya, hari pertama tu hanya chill di hotel sajalah. Malas nak ke mana. Esok baru kita jalan sampai lebam..hehehhe...

Pemandangan awal pagi dari bilik kami....



Penginapan di sini juga dilengkapkan dengan pakej sarapan pagi. Pemilihan makanan dia, taklah banyak sangat tapi cukup merangkumi pelbagai pilihan dari makanan tempatan dan juga American Breakfast. Di sini ramai juga foreigner tourist yang stay.

Ini antara menu yang kami ambil…





Omelette dia sedap..cheesy gitu…I Like…hehehhee…

Makanan di sini mempunyai pengiktirafan sijil HALAL. Itu yang penting...valid sampai Ogos 2017. 



Bagi yang nak stay di sini...ini alamatnya...

Rainbow Paradise Beach Resort 
Alamat: 527, Jalan Tanjung Bungah, 11200 George Town
Phone:04-899 9999

4 comments:

  1. bilik ok dah..tapi sayang tv lak rosak ye...kalau anak2 saya tu sure ngamuk tv rosak sebab dorang sebelum tido mesti nak layan tv dulu sambil makan megi...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...geram sungguh masa tu...call tiap hari berkali-kali asyik jwb..sedang repair....huh..tu je la yang spoiled...

      Delete
  2. Replies
    1. Sorry sis..baru sempat reply..wifi dia ok...tv dia je aritu problem smpai ke check out...

      Delete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)