Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera…
Sorrylah
ye semua..lately ni agak sibuk sampai masa pada blog ni terabai skit…maklumlah
nak hujung tahun kan..macam-macamlah bendanya..dan line celcom kat rumah ni
sangatlah hampeh…kena naik tingkat atas baru nak ada line. Tengah nak cari
alternatif masukkan internet atau langgan apa-apa yang patut. Normally weekend
laju skitlah..sebab tumpeng wifi Maxis Incik Daus..hehhee…Maxis laju skit
sini..so malam ni Incik Daus ade..meh kite CSR kan line wifi…hehhehehe….
Ok..topik
penceritaan takda kena-mengena dengan line telefon..hehhee..tapi untuk kita
yang memang jenis suka check macam-macam dekat online..bile line slow..memang
sangatlah stress kan. Rasa macam nak gi panjat Menara telco tu..eh..eh..itu
dusta! Hahahah…
Kali
ni aku nak share tip la..lama dah rasa xshare tip-tip bernas ni… *errr…bernas
ke pun..ahaks!*
Kalau
u all stress kan..u all selalu suka buat apa? Cer share skit….
Macam
aku..ni tip bila aku stress….santai-santai saja tau tips nya..jangan ambik
serius plak tau…tapi sebelum tu meh kita share skit ape tanda-tanda yang memang
kita dilanda stress…
Pernah
tak bila satu waktu dalam kehidupan harian kita, u all merasai satu rasa
seperti di bawah?
- Jantung secara tiba-tiba berdegup laju.
- Pening kepala dan terasa bagaikan menangkap dekat bahagian belakang kepala tu sampai ke leher.
- Otot bahu dengan leher rasa macam lenguh, sakit atau tegang. Apa pun secara rumusannya adalah rasa tidak selesa.
- Sakit belakang.
- Pernafasan semakin laju. Rasa macam tak cukup oksigen tu..aku kadang-kadang kalau stress sangat akan rasa macam ni.
- Badan terasa semacam..nak kata nervous x nervous..dan kadang-kadang berpeluh.
- Perut macam xselesa, rasa memulas tanpa sebab dan adakalanya rasa macam angin menolak dan kadang-kadang sampai ulang alik ke toilet cirit-birit. Tapi bukan sebab salah makan atau keracunan makanan. Ya, kadang-kadang stress sangat-sangat pun cenderung buat kita rasa sakit perut.
Kalau
kita kerap sangat stress dan kita biar aje berpanjangan, stress ni boleh
membuatkan tubuh badan kita lebih lesu dan ia juga akan memberikan kesan pada
imunisasi tubuh. Stress pun tak baik untuk kesihatan jantung, kulit dan juga
cenderung mengganggu sistem pernafasan sehingga kita mudah terkena serangan
asma atau pernah dengar tak ‘panic attack’. Aku pernah je ada kawan masa
sekolah dulu yang mengalami masalah ‘panic attack’ ni. Sampaikan kami ingat dia
kena histeria. So call ambulan jugakla sebab dia dah macam nak putus nafas,
mengerang dan semualah. Memang suspens. Bila dekat emergency ward tu, doktor
kena suruh dia bernafas dengan betul dulu. Macam dieorang ada soh dia bernafas
melalui satu beg plastik tu, and ikut counting. Sampailah dia boleh rileks
balik. Ngeri jugak…
So
kalau u all ada pernah alami situasi macam aku nyatakan di atas dan memang you
all sedar yang u all tengah stress, cepat-cepatlah cari alternatif untuk
hilangkan stress tu ya….macam aku..ni yang aku selalu buat bila aku rasa aku
tengah stress..hehehe…setiap orang berbeza cara tau…so ni cara aku okay…
1. Cari
Kaffein.
Aku
memang penagih kaffein. Tahap kronik kot. Dulu masa kerja lama, lagilah gila
minum kopi. Sebab kerja lama dulu memang perlukan aku selalu berjaga malam dan
mata celik terbuntang besar time-time deadline kan. Sekarang pun masih lagi.
Setiap pagi, at least awal pagi mesti kena secawan kopi dulu. Tapi aku cuba
kurangkanlah sekarang ni. Ntah..bila minum kopi ni rasa syok semacam..macam
alahai nikamatnya kan.
Cabaran aku tentang kaffein ni paling teruk waktu
mengandungkan kakak..Ya-Allah, jenuhlah ni Sembilan bulan not to drink coffee.
So ex-bos aku hadiahkan aku biji kopi…dia kata kalau ketagih sangat..ko cium
jelah bijik kopi tu…hahahah…baiklah…! Menjadi habaq hang…. ;p
Hahhaha..xtaulah
habit ni…kalau stress aku ni mesti nak makan. So jangan terpedaya kalau tengok
badan aku mengembang tu..no..no..no! Itu bukan tanda suka hati…tapi tu tanda
sakit hati okay! So ubatnya..aku akan mulalah mengidam benda yang merepek
bagai…sebagai contoh..nak makan kek la…nak makan
coklatla..aiskrimla..fuhhhh..semuanya berupaya menambah berkilo-kilo lemak ke
tubuh badan..hahhaa..kalau coklat..suka sangat cadburry zip tu…atau fruits and
nut..leh bikin lega tau!
Aku pernah je..stress sangatla konon..aku leh je tersadai kat Secret Recipe sorang-sorang, pi order chocolate lava…pehhhh..sedap sangatla..menengok coklat cair tu…fuyoooo…ok..aku terliur dah… gulp!
Aku pernah je..stress sangatla konon..aku leh je tersadai kat Secret Recipe sorang-sorang, pi order chocolate lava…pehhhh..sedap sangatla..menengok coklat cair tu…fuyoooo…ok..aku terliur dah… gulp!
Aku
kalau datang angin gila..boleh je aku marathon tengok wayang. Dulu masa bujang
selalu sangat buat. Aku leh tengok 3 filem in a row. Masuk keluar, masuk keluar
cinema sambil perut kembung makan pop corn..hehehhe…. Tapi kalau stress aku
suka tengok cerita yang light atau romantic comedy ke….leh
feeling-feeling…kalau citer sedih pun ok gak..leh nangis konon sebabkan
cerita..hahah…best gak tu…
Ok..dulu
ini adalah antara terapi aku untuk hilangkan stress..berlari sampai basah kuyup..balik..minum
air panas…dan leh rasa lega yang amat…tidur pun rasa sedap sangat…tp semenjak
dah bertukar status dari slim kepada errrrr…hahhaha..ngeri nak mention…maka
berlari tu xmungkinlah kan. Kena la berjalan laju je dulu…. So nil ah
aktivitinya bila ada masa. Aku nak try displinkan diri balik, sebab tak nak
kena marah dengan abang tall, dark and ensem…hahahha…
Lagipun
apabila kita berlari, kita akan memaksa tubuh untuk memberika tenaga tambahan
sekaligus memberikan kita masa untuk fokus kepada kaedah pernafasan. Berlari
juga boleh membantu otak merembeskan hormon secara semulajadi yang berupaya
memperbaiki kualiti mood kita.
Bila aku buat entry ni kan…barulah aku perasan yang betapa banyaknya minat aku yang dah jarang sempat aku buat. Di antaranya adalah membaca. So now..aku dah kembali cuba cari masa untuk membaca dan mostly trend sekarang banyak buku yang bersifat santai dengan menggunakan pendekatan communication writing. Maksudnya gaya percakapan dan penceritaan yang direct. Currently ada baca buku Mat Lutfi ni.
Dia dah keluarkan buku kedua, tapi aku baru nak berjinak-jinak baca buku yang pertama. Teruk kan keciciran keretapi….
Aku
tak tau nak describe macam mana pada aku memasak tu dapat digambarkan sebagai
satu ketengangan. Seronok sgt memasak dan kemudia dapat jamu orang makan
masakan kita. Aku sangat suka the enjoyment of pergi pasar dan jadi histeria menengok
ikan-ikan yang segar. Masak, makan..layan tv..then zzzzzzzzzzz…… ;-)
7. Bercuti
‘We
travel not to escape life, but for life not to escape us…’ so travel sebanyak
mungkin… sebab dgn itu aje kita dapat melihat pelbagai keindahan budaya dan
negara orang. Dulu masa bujang aku memang suka sangat backpack sb jimat dan
lebih mencabar. Cumanya bila kahwin dan dapat kakak, aktiviti tu terbatas atas
masalah kakak kena selalu g medical check up dan sebagainya. Dan since kakak
dah besar, aku macam nak aktif berjalan kembali…hehhehe…sementara belum
mengandung lagi kan..ye..kadang-kadang asyik diasak dengan soalan bila nak
mengandung pun boleh bikin stress tau….so baik kita jangan fikirkan sangat.
Tapi aku percaya kalau kita tenangkan fikiran, Insya-Allah..ada tu nanti
rezeki…aaammmiiinnn….
Aku
sejenis yang suka berjalan sambil mencatat nota tentang percutian tu. Dan aku
sejenis yang gigih plotting peta tempat-tempat menarik nak pergi. So
Insya-Allah…dapat mengurangkan risiko sesat di tempat orang..heheheh…Cuma buat
masa ni kami just bercuti di dalam negara dulu…kaki dah menggedik jugak nak
melangkah bertapak-tapak ni…hehehhehe….
8. Menulis
Menulis.
Aku sangat suka menulis dan disebabkan minat itu jugalah aku belajar pun bidang
yang berkaitan malah kerja pun sama. So kerja aku sekarang ni xmemerlukan aku
menulis secara sepenuh masa. Jadinya aku divert ke menulis blog. Tak bolehleh
nak tinggal..memang suka menulis..suka berceloteh. So aku suggestkan kalau yang
jenis stress tapi tak suka share masalah dengan orang, apa kata u all try
menulis macam diari ke. Iyalah, kalau luahan itu bersifat personal..aku tak
galakkan sangatlah luahkan dalam blog atau menerusi status FB ke twitter ke
yang macam-macam sangat. Might as well keep it to yourself kan. Kalau tak pun,
cuba tulis luahan tu dan terbangkan aje atau koyakkan aje lepas tu.
Cubalah..boleh rasa lega juga.
9. Balik rumah peluk yang
tersayang…
Ini
pada aku ubat paling mujarab malah kelegaan yang dirasakan tu sangat best.
Meluangkan masa dengan keluarga juga adalah antara aktiviti yang aku sangat
inginkan kalau stress di tempat kerja. Dapat gelak-gelak dan mendengar si kakak
ni bersembang pun dah syok. Budak-budak selalunya penceritaan mereka kan jujur.
Jadinya aku suka spend time ajak kakak g main ke, atau ajak kakak mengeteh
ke…dan borak-borak kosong. Satu lagi jadikan habit untuk peluk insan yang kita
sayang sebelum tidur. By saying I love you, you felt way much better. Tidur pun
lena…hehehe…
Meh
aku share sedikit info yang aku dapat ni….
Neuroeconomist
Paul Zak, also known as "Dr. Love," recommends at least eight hugs a
day to be happier and enjoy better relationships.1 Psychotherapist Virginia
Satir also famously said:2
"We
need 4 hugs a day for survival. We need 8 hugs a day for maintenance. We need
12 hugs a day for growth."
So,
jadikan hugging as a MUST in your daily life…peluk yang muhrim aje..jangan yang
cintan cintun tu pun nak berpeluk jugak..ahkak rotan karang!!!
10. Letakkan ALLAH dalam
segala hal…
Ok,
tip nombor 10 ni adalah tunjang utama pada kita semua. Bagi yang Muslim,
apabila kita pelihara hubungan kita dengan Allah…Insya-Allah, segala urusan
kita akan dipermudahkan. Aku xnaklah bicara yang seakan menghalusi memandangkan
aku kurang arif, masih bertatih. Tapi aku rasai dari pengalaman sendiri. Bila
kita belajar sedikit demi sedikit untuk memperbaiki diri dan mendekatkan diri
dengan Allah…aku mulai rasa lebih aman..tenang dan lapang. Ingat selalu, kalau
stress…mengadulah apa sahaja dengan ALLAH..bukan sahaja rasa lega..malah segala
aduan kita tu, menjadi satu rahsia yang tak akan bocor sampai bila-bila. Kalau
kita cerita masalah kita dengan orang…kadang-kadang jadi lagi stress kan..bila
rahsia tu bocor ke pengetahuan orang lain…..
Bila kita berupaya lapangkan hati..tenangkan minda..Insya-Allah..kehidupan akan lebih ceria.... macam kami...yipppiiiieeeee...
11. Keluar dari kebiasaan....
Dalam erti kata yang lain..sesekali moh kite buat perangai gila-gila. Seperti contoh, lakukan aktiviti yang spontan atau yang 'surprise dengan sahabat anda. Ketawa dan memberikan ruang kebebasan pada diri adakalanya mampu menepis segala rasa stress yang kita alami.
Carilah kawan yang berupaya memberi aura positif kepada kita. Kawan-kawan yang penuh dengan 'kelulusan Ph.d' tu jauhkan saja. Nanti bukan lagi aman damai...lagi stress! ;p
Akhir sekali dari empunya blog...selamat menceriakan hari anda... :-)
11. Keluar dari kebiasaan....
Dalam erti kata yang lain..sesekali moh kite buat perangai gila-gila. Seperti contoh, lakukan aktiviti yang spontan atau yang 'surprise dengan sahabat anda. Ketawa dan memberikan ruang kebebasan pada diri adakalanya mampu menepis segala rasa stress yang kita alami.
Carilah kawan yang berupaya memberi aura positif kepada kita. Kawan-kawan yang penuh dengan 'kelulusan Ph.d' tu jauhkan saja. Nanti bukan lagi aman damai...lagi stress! ;p
Akhir sekali dari empunya blog...selamat menceriakan hari anda... :-)
terbaik :)
ReplyDeletesaja share...mekasih anum.. ;-)
Deletebila kita stress.. kita apa ?? ya.. kita makan ngeh3..
ReplyDeletehahhahaha..yang itu yang betulnyaaaa....maaaakkkkaaaannn...kih..kih..kih
Delete