Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Wednesday, December 9, 2015

Siapa pernah baca tentang Moby Dick?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Aku dengan Incik Daus boleh dikatakan we hardly manage to find time berdua je..berdua dalam erti kata tanpa si kakak…huhuhuhu..sebab selalunya memang jenis tak sampai hati untuk tak bawa kakak. Kalau mula plan kata, nak keluar berdualah…tapi nanti ke satu masa, aku yang akan kalah atau Incik Daus yang akan kalah..hahhaha…ok, sesapa nak kata alaaa…anak sorang je..macam tu la..silakan..i dah belajar untuk buat tak kisah je apa korang nak cakap… mekasih… ;p

Tapi aku akui sebagai pasangan suami isteri, perlu adanya masa berdua. Masa yang you all hanya akan buat aktiviti yang disukai oleh pasangan atau yang disukai bersama. So cammana kami definisikan masa bersama? Kadang-kadang melepak kedai mamak pekena Teh Tarik je consider our quality time. Chit chat tentang kerja masing-masing atau tentang isu negara..eh..eh…negaralah sangat…hahahah!


Macam contoh..jom mulakan hari dengan breakfast sama….kadang-kadang kami akan ambik cuti di hari biasa so that kurang skit rasa bersalah pada kakak..hehehhe…macam bila kami buat keputusan nak tengok filem
Filem ni kalau sesiapa yang familiar dengan novel atau cerita Moby Dick, mesti tahu. One of the reason kami pergi tengok filem ni sebab Moby Dick adalah novel pertama arwah abah hadiahkan kat aku. Masa tu aku kecik lagi, sekolah rendah tak salah aku. Bila dapat novel tu, aku macam…ala…citer apa ni..bosannya…! Iyalah, budak perempuan..mana suka sangat cerita sains fiksyen cam gini…tapi sebabkan arwah abah beli, maka jadinya aku pun baca. Teruja sebab dapat novel omputih u alls… ;p



So petang Ahad lepas, lepas sampai ke Ipoh. Incik Daus dah standby belikan tiket filem yang telah diadaptasi dari kisah Moby Dick ini, In the Heart of the see..so marilah pergi tengok movie. Selamba dengan uniform kerjanya..hehehhe…belasah ajelah!

Menonton filem ini terasa sangat dekat..terasa sangat sentimental…kalau arwah abah ada, boleh ajak tengok sekali… sebab abah yang memperkenalkan aku dengan cerita Moby Dick ni. Overall aku suka filem ni walaupun aku bukanlah penggemar filem sebegini. Sinematografi dia cantik sangat bagi aku yang tak terror sangat ni. Effect dia nampak sangat real. Paling sedih masa dieorang terpaksa mengundi siapa yang terpaksa mati untuk yang lain meneruskan kesinambungan hidup. Kena makan daging kawan sendiri. Sedih sangat, dan kalau kitalah dalam keadaan darurat macam tu, ishhhh..tak taulah cammana.

Sinopsis ringkas dia aku bagi tau le yer..nak tau bebanyak..aku bukan pengulas filem..ahaks! Zaman dulu-dulu, dieorang jana elektrik menggunakan minyak semulajadi yang diperolehi dari dalam serombong ikan paus tu. Ala…yang tempat air dia keluar memancut tu..pernah tengok ikan paus dalam tv kan… ;p Jadinya, mereka memburu ikan paus untuk mendapatkan minyak tu dalam memastikan tempat tinggal mereka dan operasi kerja mereka dapat diteruskan. So belayarlah kapal Essex untuk meneruskan misi. Nampak real sangat bila dieorang turun tangkap ikan paus tu Cuma aku punya logic sense dok terfikirlah jugak kan..punyalah sekawan ikan paus tu..tak terbalik plak bot kecik dieorang tu…hehehhe…malas je Incik Daus nak layan bila aku asyiklah tanya soalan tu ulang-ulang.. ;p

Cuma dieorang berjaya dapat tangkap seekor saja ikan paus yang hasilnya adalah 47 tong minyak paus tu. So dieorang cari lagi tapi tak jumpa sehinggalah membawa mereka jauh ke tengah lautan yang dikatakan dah hampir dengan garisan khatulistiwa. Masa di sinilah yang kapal dieorang kena hentam dengan ikan paus yang besar sepanjang hampir 100 kaki dan bewarna Putih. Orang ingat kewujudan ikan paus tu hanyalah epic rupanya betul. So kat sinilah start kemuncak cerita…dan akhirnya..apa kata akhirnya u all gi tengok sendiri….hahahhaha! Aku sponsor beberapa keping gambar filem ni hasil carian aku dari google ye..kot nak ambik gambor dari movie tu, aku rasa mau aku diiring keluar panggung wayang tu sambil mata ditandakan hitam atau wajah dikaburkan..hahhaa…





Mekasih Mr Google dr page2 yang berkaitan..sy pinjam gambar ya... 

4 comments:

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)