Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Saturday, August 10, 2013

Sebelum Syawal itu.....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Aku nak share secebis kisah..kisah dua hari menjelang Syawal..

Aku : Ke kedai mengambil baju melayu Incik Daus..

Dan Allah hantarkan aku sekelumit kisah yang nyata mampu merentap sanubari aku sebagai manusia, malah sebagai ibu khasnya...

Seorang anak kecil: Mak, adik nak mainan....

Suara yang halus pasti saja mampu mengundang kilasan aku...

Seorang Mak: Nanti ya Dik, nanti bila mak ada duit banyak sikit, mak belikan. Sekarang tak boleh ya sayang..mak nak kena beli benang, buat jahit baju raya adik...

Dan anak kecil itu hanya terdiam, merenung sayu mainan itu..lalu anggukan kecil diberi buat sang ibu...tangannya memaut erat tangan si ibu lantas masuk ke dalam kedai...tanpa bantahan, meski aku kira umurnya mungkin sebaya dengan anakku atau mungkin setahun lebih sahaja bezanya...

Aku: Sebak terasa, terbayang wajah 'kakak' dibirai mata....Ya Allah, sungguh aku syukuri segala nikmat yang kau beri...berikan juga rahmat-Mu pada keluarga ini...dan aku yakin, teramat yakin, rahmat-Mu itu maha pelbagai....Ammmmiiinnn...

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

Ikhlas, 

Erny.Firdaus.Saffiya

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)