Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, August 1, 2013

Iftar @ Papa John...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Come closely my dear frenz, ini nak kasi up story tentang buka puasa Ahad lepas. Actually plan asalnya aku nak ke Penang, konon2 nak ikut Incik Daus ke sanalah..last2 aku demam selsema semua, jadi aku buat keputusan malaslah nak travel, letih plak rasa badan. Akhirnya, just shopping di Ipoh saja…

Dah takde apa sangat pun yang aku nak beli, hanya kasut untuk ‘kakak’ dan kasut untuk Ibunya…hehehe..tapi Incik Daus kata kasut untuk Ibu tu dah tak boleh consider as kasut raya, sebabnya memang kejenye gile beli kasut…tanpa mengira musim kaedahnya…heheheh…tenkiu kerana memahami..hahahah!
Lain2, baju kurung untuk mak dah settle, baju kurung untuk kami berdua pun dah settle, baju melayu Incik Daus tunggu nak ambik…pembikinan kuih raya je tahun ni agak slow. Tak tahulah kenapa, mungkin sebab penat pindah umah kot…

So kisahnya, last Sunday just ke Aeon Sec 18, Ipoh…punyalah payah nak carik kasut si kakak. Jenuh tinggi2 pitching Ibunya ni, sebabkan kakak nak kasut Ben 10, tau tak? Aduiiii, mana boleh, itu kan kasut budak laki, haruslah mendapat bantahan dari aku. Ikutkan Incik Daus, sengih aje…dah anak suka, oklah..no, no, no!

Bising-bising punya bising, last2, ini kasut yang dipilihnya….


Wajah penuh kesukaan dengan kasut rayanya...


Punahlah harapan Ibu nak nengok kasut anaknya yang gurly2 skit…hmmmmm….bayangkanlah nak dipakai dengan kasut raya…tapi aku berjaya gak paksa kakak beli lagi satu kasut yang ke arah pompuan skit, tapi dia iyakan saja tanpa menunjukkan sangat minat mahu mencubanya…haaaiiilllaaahhh anak!

Dalam sibuk2 kami nak carik baju2 tambahan, kakak sibuk nak pergi main tembak-tembak. Sabarjelah wahai hati…siap bila Incik Daus angkut keluar, apa lagi, melalak kuat2lah..sure orang ingat kami pukul anak time tu…lagi dijegil bijik mata Incik Daus tu, lagi kuat pitchingnya…kalah Mariah Carey aku rasa..nak tergelak pun ada…kakak sekarang dalam proses tumbesaran yang sangat aktif. Cepat sangat baju-baju yang ada tak muat pakai. Umur baru nak masuk 3 tahun, saiz baju adalah 5-6 tahun. Tinggi macam Incik Daus jugak…

Petang tu, dah tak tahu dah nak berbuka kat mana. Incik Daus dah line up punyalah banyak jenis air. Segala smoothie la, apalah..dan aku plak tak taulah kenapa nampak muka mamat ni macam melambai-lambai sangat untuk masuk ke dalam restorannya…heheheheh…


Haaa...itulah Papa John...he said, come2 taste my pizza...hehhehe...

So ini adalah di antara menu from the menu book...




Tapi sementara menunggu waktu berbuka, aku tapaukan dulu mini cup cakes ni untuk kakak...kesian plak kat kakak nanti sementara nak tunggu makanan sampai...


Assorted flavor of minu cup cakes, ada mango, strawberry, double choc, cookies monster ngan apa ntah lagi..aku beli dari House of Mini, dekat level 2 tak salah aku, dia macam kiosk tu tapi besar gaklah..selain cup cakes, ada gak mini doughnut.


Jom kakak ambik gambar...tengok mata kakak..dah menghala ke arah the cuppies...heheheh...


Ok, sudah dapat...meh rasa dulu...kakak ni habit dia, kalau makanan baru, dia akan rasa sikit dulu, kat hujung gitu...


Ok, kompem, dia suka...ahaks! ;-)


Eh, eh, mana Incik Daus? Senyap jer..apa bikin tu....????


Inilah yang dikatakan, lelaki..main gamelah..apa lagi..sementara anak duduk senyap kan....


Namun, kedamaian dan kenikmatan bermain game itu takkan Ibu biarkan lama2 sangat...hahahah..statement dengki..hahah...so Ibu hantarkan anak utk segera mengacau..hahahahah!!


Ini tak tau apa motif bergambor cam gini haaaaaa....


Ok, makanan sudah kuar, fresh from the kitchen..hehehehe...jom berbuka...


Pizza regular-texas heat, topping dia skit sangatlah...tak mantaapppp!


Meat Ball Bolognese...oklah...


Bread Stick kat bawah ni...memang sedap, gebu dan lembut, with parmesan cheese dipping sauce...


Wedges



 My Verdict: Pizza dia biasa-biasa sahaja. Taklah sampai ada X-Power…Cuma aku suka bread stick dia, sangat lembut walaupun dah sejuk. Kan ada stick bread yang kalau dah sejuk, mcm keras kan. Dan beef meatball Bolognese dia oklah pada aku.

Tapi spaghetti with alfredo sauce dia, memanglah hebat agaknya pada tekak my kakak, buktinya….

Pinggan Pertama : "Bapak...kak nak aaagiiii..."

Bapak: Apa? (Sambil terbeliak bijik matanya) Kakak nak lagi? Betulke kakak nak lagi ni? (masih dalam nada tak percaya..hahaha)

Kakak: Toi,toi,toi! (betul,betul,betul,sambil ikut gaya Upin Ipin)

Hahahah, lawak sangat. Kakak memang suka spaghetti carbonara, alfredo sauce ni lebih kuranglah. 


Ok, ni pinggan kedua. Ibu plak temankan, sebab bapak plak gi solat. 



Ok, kakak dah abis. Muka kekenyangan. 

Jom kita balik...yeayyyyy!!!



No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)