Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Saturday, June 2, 2012

Penyusuan Ibu Baik Untuk Bayi Pra-Matang


Sekarang jam menunjukkan angka 5.15 pagi. Kisah apakah aku bersengkang mata di depan komputer riba ku ini. Kalau dulu iyelah, waktu2 gini mmg idea baikkkk punya akan datang..hehehe..dululah, waktu nak kena tulis artikel2 berat, memang aku suka taip pepagi buta gini.

Tapi pagi ni, aku menulis sebab mata tak mau nak lelap kembali. Tadi si kecik ‘tomeitomeito’ kesayangan baru je lepas bangun menyusu. Yep, still breastfeed. Aku pun kagum dgn diri sendiri krn masih ‘GAGAH’melakukannya. Cumanye sekarang xlah breastfeed sekerap dulu. Dan penyusuan pun dah tak eksklusif, sudah mula campur susu formula. Dah nak masuk 2tahun pun, dlm proses untuk trained ‘tomeitomeito’ kami ini untuk mengucapkan sayonara pada alam breastfeeding. Tapi jauh di sudut hati aku, ada juga rasa sedih. Why? Coz I really adore and enjoy the moment of breastfeeding her while she holding my hand. Satu rasukan rasa maha halus yang hadir di dalam diri…

Dek krn mata yg tak mau lelap, jomlah layan mata ini. Terkedip2, tengok ‘tomeitomeito’ dah kembali dgn aksi ‘kuak lentang kekenyangan’ manakala Incik Firdaus tercinta plak sungguh hebat aksi tidurnya, hmm..penatlah katakan baru balik dari kerja luar negerinya selama 4 hari itu. Luar negeri ya, bukan luar negara..hehehe…

‘Penyusuan ibu secara eksklusif’, uisshhh..memang aku tak pernah terfikir mampu melakukannya. Kerana suatu ketika dulu, aku adalah manusia yang ‘sangat gila kerja’, sanggup ‘bertunggu-tangga’ di officelah tahap dedikasinya aku ni. ;-) SEkarang pun tahap dedikasi masih sama u alls… ;-)

Bila ‘tomeitomeito’ was born at her 32 weeks, aku mengambil serius nasihat puan DR.

“Hanya susu ibu yang mampu menjadi imunisasi terbaik untuk semua bayi terutamanya yang lahir pra-matang.”

Itu pesan Paed’s, ini plak kata2 jujur yang mampu membunuh…

“Bayi pra-matang mudah diserang penyakit. Tambahan plak dalam kes anak U yang sorang kembarnya meninggal dunia di dalam perut. Kemungkinan jangkitan kuman akibat mayat kembarnya mampu merebak dan menjangkiti otak anak U yang lahir ini. Kalau ada kecacatan pada sistem saraf otak, itu semua hanya mampu dilihat selepas usianya setahun. Sebabnya, hal berkaitan saraf ini sangat rumit.”

Dush2! Aku kena tembakan yg tepat. Terima kasih DR, maklumat anda sangat bernas sampai aku rasa nak terduduk. Alhamdulillah, atas kekuatan yang Allah berikan kpd aku melalui renungan mata sayu ‘tomeitomeito’ aku gagahkan diri utk mulakan tugas sbg seorang IBU dgn hal yang positif dahulu. Aku nekad untuk menyusukan bayi secara eksklusif. Dengan hati berkobar, selepas 2hari, aku mula perah susu. Lambat sikit sebab aku kan operation. Itu pun the next day lepas operation aku dah gagahkn diri bangun, yakinkan hati je sb tak sabar dah nak p wad paed’s tengok ‘tomeitomeito’ dlm incubator. Ohh, berbalik kisah perah susu tadi, aku diuji..susu tak mau kuar. Toksah kata 10ml, 1ml pun tak sampai. Ada kot beberapa titik. Time tu ‘tomeitomeito’ menyusu pun guna syringe. Disebabkan die lahir pra-matang, dia tak pandai nak breastfeed naturally. Lagipun dia tak boleh kuar dari incubator lama2.

Aku tak putus asa, ikut nasihat nurse. Setiap 4 jam, muka aku dah tersembul kat bilik perahan susu. Naluri keibuan dan emosi yang berkecamuk, aku pun nangislah bagai budak kecik bila melihat perbandingan susu aku dan ibu2 lain di tempat simpanan kat PPUM itu jurangnya sgtlah besar. Alhamdulillah, di PPUM, ada kumpulan penyusuan ibu. Jadi, sorang nurse tu pun ajarlah aku teknik penyusuan yang betul dan cara membantu menggalakkan kehadiran susu melalui urutan dan tuaman. Kata nurse, disebabkan anak aku lahir pra-matang, badan aku sebagai ibu juga belum benar2 ready utk mengeluarkan susu. Justeru, rangsangan adalah perlu, positif, dan jgn berputus-asa. Nurse advise untuk lakukan urutan pada payudara setiap kali sebelum memulakan perahan atau penyusuan ibu. Tuam di sekitar payudara juga amat membantu. Selain nasihat nurse, nasihat org2 tua pun aku ikut dlm membantu memperbanyakkan susu. Contohnya, makan ulam pegaga dan juga lobak putih.

Lain-lain yang aku amalkan:

  1. Makan makan seimbang untuk menjamin kualiti susu.
  2. Minum susu dan air suam yang banyak.
  3. Jauhkan kaffein (yang ni part yg sgt2 susah sb aku adalah coffee addicted ya..). Ini kerana menurut kajian, kaffein boleh mengganggu penghasilan susu.
  4. Sentiasa cuba perah susu setiap 4jam sekurang-kurangnya bagi mengelak susu kurang. (Yes, ini part paling aku struggle terutamanya bila ada tugasan luar. Kdg2 dalam kereta pun boleh jadi port perah susu. Orang bwk satu beg p keja, aku siap 2,3 beg kekadang tu…)
  5. Jangan stress! Ini paling penting…

Apa yg dpt aku katakan, saat menyusukan anak adalah saat paling indah. Saat itu ibarat ubat penenang yang tak mungkin ada tandingannya. Aku sendiri tak pernah terfikir yang aku mampu melakukannya. Aku ingat lg azam utk menyusukan anak sendiri, pernah dpt pelbagai pandangan negatif sesetengah ‘org2 lama dalam keluarga’.Pandangan diberi krn aku org yg bekerja, kalau dlm pantang pun tak ajar susu botol, macam mana nanti bila dah kerja. Alhamdulillah, akhirnya ‘kedegilan’ aku direstui dan akhirnya diberi galakan padu. Mak pun dah sampai pandai cara-cara nak mulakan penyusuan dari susu stok yang ada.

I would never imagine me doing this, but I do it for the sake of my baby. To see her now, healthy and happy, is the best ‘anugerah’ above all. Thank you so much ALLAH…

Al-fatihah juga buat anak yang dirindui....

8 OKTOBER 2010 (2 Hari selepas her born day)

Bapak gigih berusaha..TQ so much!
at her 3-months old, a visit to DR every month

at her 4-months old..wave to the camera

at her 8-months, our first attempt of bringing her for a holiday, at A'Famosa Resort, Malacca
following ibu to work- At Sg Petani


Yeayyy..I am 1!

Saffiya Arissa at her 1 yr & 7 months old
Jalan-jalan
I LOVE her more than myself!

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)