Ini kisah weekend yang lalu. Saja berangan romantik, aku dgn Incik Daus menaiki motosikal mau ke Pekan Tg. Rambutan. Dan seperti selalu, setelah separuh jalan kami terpaksa berpatah balik akibat puteri ‘tomeitomeito’ yang akhirnya tertido. Memang tak boleh kena angin langsung…mulalah nak terlentok dan zzzzzzzzzzz…comel sgt, dgn helmet kuning yang masih melekat di kepala. Anak oh anak, boleh bikin hati ceria selalu.
So setelah settle menghantar ‘tomeitomeito’ kami itu pulang dan tinggalkan kejap dengan opahnya, kami pun kembali ke tujuan asal. Sebenarnya nak survey rumah (gilelah, survey umah naik motor, gerenti agent umah tak mau layan nengok dtg pun naik EX5 jerk..hahahah), tp nak ke Pekan Tg dulu nak beli asam keping yang dah abis, nak bikin asam pedas. Hmm..ujung minggu jelah sempat nak asah skill memasak pun, itu pun kalau tak keja. Ohhh pilihanraya, cepatlah dikau datang..dah letih dah ni.
Dah settle sume kt pekan TG tu..tetibe mata ni tertancap hebat kat mak cik jual air tebu la plak kat tepi jalan. Imaginekan, cuaca yang panas, pekena plak air tebu yang dingin meluncur laju ke anak tekak. Pasti hebat bukan? Apa lagi, paksalah Incik Daus berhenti dan pergi beli. Sedapnya….glurppp! Tiba-tiba waktu nak lompat naik sbg pembonceng semula tu, pekan Tg yang lengang jadi hiruk-pikuk sekejap. Ada motosikal besar ala2 peronda menahan laluan keluar dengan bunyi siren yang kuat. “Ohhh, what happened?”, naluri busy body segera berkata-kata. Tunggu punya tunggu, rupanya ada kenderaan yang membawa orang mati dari kaum Cina. Ohhh…ingatkan apa tadi. Dan disebabkan itu juga, aku telah terperangkap dalam satu perbualan dengan ini Uncle Apek..
UNCLE APEK: “Sikalang aaa…mau hidup pun susah, mau mati pun manyak susah. Dulu mau mati, ratus-ratus saja sudah cukup. Ini hari aaa…itu dua tiga ribu pun blum tentu cukup oooo. Mau mintak anak-anak pun susah..hidup diaolang pun susah juga…aiseeyyy”…
AKU: Kaget dan tersenyum sambil angguk2 dan berfikir. “Iyalah Uncle..” jawapan yang terbaik mampu aku beri.
UNCLE APEK: “Sikalang aaa…zaman sudah ubah manyak. Itu dulu saya sini juga besar. Mau main sana sini pun ammma tak pernah susah ati mau cari2. Sikalang aaa..manyak kes budak ilang kena kidnapped suma..manyak takut ooo..”
AKU: Melihat terus keresahan di dalam mata insan emas itu. Terbayang wajah ‘tomeitomeito’ kat umah, dgn wajah anak-anak kecil yang hilang tanpa ditemui kembali. Terfikirkan perasaan seorang ibu apabila kehilangan anak dambaan hati. I could never imagine myself in the situation. Ya, Allah, selamatkanlah anak-anak itu di mana jua mereka berada. Teringat plak wajah bayi yang didera yang diupload ke YOU TUBE tempoh hari. Nauzubilllaaahhhh….aku terkesima dengan perilaku makhluk dunia kini.
Sambil aku terfikir2..Incik Daus melayan Uncle Apek tu berbual.
UNCLE APEK: U olang muda, tentu tak percaya sama cakap saya.
INCIK DAUS: Percaya Uncle, Uncle orang lama, lagi banyak tengok dunia, lagi tau apa beza…
Sambil Uncle Apek itu mengangguk-anggukkan kepala, kami pun minta izin berlalu meneruskan pencarian rumah kami itu…..
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)