Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, August 11, 2011

Kisah Ramadhan Bersamamu...

Alllooowww fans... (uissshhh..aderker? hihii..) smalam akhirnya diri ini tewas jugak..bukan tewas akibat pertarungan lumba lari 4x100m tetapi akibat flu yang mengganas. Ditambah plak ngan cuaca yang tak menentu mendatangkan rasa perit di anak tekak. Cuba bertahan dari ahad hari tu, tapi adooi...gagal! Lagi hebat sebab tak cukup tido, maklumlah my 'tomei tomeito' itu mungkin berasa bahang malam, so every hour akan bangun menagih BF. Maka digagahkanlah diriku yg sudah tak berapa gagah ini untuk bangun BF. Akhirnya smalam, lepas sahur, telan ubat, subuh..then I'm gone...At 7.30a.m terasa tangan2 halus menepuk2 muka sambil merengek2..aduss.. "Sayang tidur nak..ibu tak larat sangat ni..ibu tak sihat"..adakah dia akan faham? warggg...ditampar2nye lagi wajah ibunya yg tak berapa mulus ni..hingga akhirnya her opah come to the rescue..see the jam, cuba bangun nak g office..owwhhh...gempakah ini, berputar2..sume dah nampak double2 jerk..end up, I fall pengsan at my lovely bed..sampai ke 11.45a.m. Huh! Berat sungguh penangan 'TIDAK MENDAPATKAN REHAT YANG CUKUP' ini..so text my boss...I made up my mind, EL.

Errr...itu baru intro, intro yg takda kena-mengena langsung dengan tajuk syarahan yang bakal dibawakan oleh 'Cik Teru Teru Bozu' kita pada hari ini. Malam semalam as we watched 'Bersamamu'..hati terkedu sayu melihatkan penderitaan seorang ibu tunggal yang ditinggalkan suami selepas kakinya dipotonng 7tahun lalu akibat diabetis. Ditinggalkan dengan 2org anak lelaki. Apa yang sangat meninggalkan kesan dihati adalah keinginan mereka untuk menikmati ayam goreng KFC. Tiba2 rasa emosi, mungkin penangan 3 series..hihihi..Uppss sori..selingan only! ;p

Cuba bayangkan seumur hidup mereka, itu yang paling diimpikan..KFC. Kita? KFC tu ibarat makanan hujung minggu kalau tak keterlaluan dikatakan. Musim2 bulan Ramadhan ini, cuba dikira berapa banyak yang kita membazir? Tengok itu selera, tengok ini terliur..semuanya nak. Tapi masuk tak semuanya ke dalam perut? And I learn my lesson from that. Beli sekadar yang nak makan, biarlah orang nampak kita berbelanja macam orang kemut a.k.a tangkai jering. I don't care. Dari membazir masuk ke incik tong sampah, lagilah kesian kan. Sebaiknya lagi masaklah apa yang kita nak makan. Lebih jimat, lebih terjamin tahap keselamatannya supaya takda yang akan berakhir dengan keracunan makanan.

Amalan membazir ini amat dilarang Allah hingga orang yang membazir itu disamakan dengan saudara syaitan. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya” (Surah al-Isra', ayat 27).


Ini tip berbuka cara sihat dari 'Cik Teru Teru Bozu'.. (my twinny sis..hahaha...)

1. Berbuka puasa dengan kuih saja sudah mencukupi sebenarnya. Kuih manis seperti tepung talam, pulut seri muka juga mengandungi kalori yang tinggi. Begitu juga dengan murtabak. Cer check kiraan kalorinya:

Lepat Ubi ( 1 ketul) = 177 kcal
Lepat Pisang ( 1 ketul) = 190 kcal
Ketayap ( 1 ketul) = 140 kcal
Tepung Pelita ( 1 biji) = 101.3 kcal
Pulut Seri Muka ( 1 ketul) = 192.2 kcal
Koci Pulut Hitam ( 1 ketul) = 163.6 kcal

Hmmm...cer total up anggaran kalori anda tiap kali lepas berbuka...so don't surprise2 if your body weight increasing this fasting month..itu baru makanan pembuka selera jer tuh..

2. Banyakkan minum air walaupun di bulan puasa. Pastikan anda minum anggaran 2@3 gelas sewaktu bersahur dan begitu juga selepas waktu berbuka. Sebaiknya peruntukkan 1 gelas susu untuk diminum ketika bersahur dan sebelum tidur.

3. Buah-buahan jangan dilupa. Kurma juga sangat berkhasiat. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gula semulajadinya 50 hingga 57% glukosa. Kandungan gula semulajadi ini mampu memberikan tenaga segera kepada tubuh dan disebabkan itulah kita disunatkan untuk berbuka dengan sebiji buah kurma.

4. Jaga kuantiti makanan yang anda ambil. Jangan makan mengikut nafsu. Anda perlu faham yang anda tidak banyak melakukan aktiviti berat di waktu malam, jadi untuk apa kalori berlebihan itu.

Dan Cik Teru Teru Bozu tahu anda akan berkata " Ala..setahun sekali je nak merasa makan itu ini, lagi2 nak fikir diet seimbang." Ermm..sometime me too being trapped in this kind of thinking. Akan tetapi...marilah kita beringat2 sebelum terkena..I ingatkan U untuk mengingatkan I pada diri sendiri juga.. ;-)

Sekian... (tunduk skit sambil silang kaki..sila2lah clap2.. hihihi)



No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)