Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, August 23, 2011

Maaf, memaafkan, dimaafkan...kemaafan

Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).



'Maaf' satu ungkapan yang boleh dikatakan sangat 'popular' di kalangan masyarakat kita. Minta maaf, memaafkan dan dimaafkan, sewajarnya kita lakukan setiap hari, setiap malam sebelum kita tidur. Itu yang aku faham time attend satu kursus last year. Tapi kita 'upacara maaf dan memaafkan' adalah upacara hebat penuh airmata di pagi raya. Dan benarkah kemaafan itu ikhlas? Some peoples said, easy to forgive but not to forget! Wooo...apa kes?

Adakah aku ini jenis yang mudah memaafkan? U olls pula macammana? Memohon maaf, sorry, please forgive me, uisshhh..sangat senang nak sebut. Atau adakah sorry seems to be the hardest words, bak kata Elton John dalam lagunya itu. Hmm...susah nak cakap. Kalau dulu, aku benci giler dgn org yang sangat suka mintak maaf. Sikit2 mintak maaf. Sebabnya bagi aku, orang yang suka mintak maaf ni adalah orang yang sangat mudah mengulangi silapnya. Yes, people make mistakes, but do not repeat the same mistakes over and over again!

Tapi sekarang, aku belajar utk menjadi lebih positif. Belajar untuk sentiasa berlapang dada. Mungkin dalam sesetengah situasi, 'Kemaafan mampu menjadi dendam yang terindah'...

 Dan hakikatnya aku sedar bahawasanya iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.

Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud: “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).







No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)