Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, February 23, 2016

Percutian Pulau Langkawi 2015 Part 10: Senarai kemudahan yang ada di Pantai Cenang.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Pantai Cenang adalah kawasan yang paling strategik untuk memilih penginapan jika anda adalah orang sukakan suasana malam yang ‘happening’.

Bagi percutian kali ini, kami memilih dua lokasi penginapan iaitu satu di Pantai Cenang dan satu lagi di Pekan Kuah. Kehidupan malam di Pantai Cenang ni sangat meriah.


Banyak deretan kedai serbanika, kedai baju, kedai jual barangan military, camouflage semua tu lah. Tapi harganya, as usual mahal terutamanya bila musim cuti sekolah, atau hujung tahun. 



Kalau musim sejuk di negara luar, pun barangan di Langkawi ni akan naik berkali ganda. Itu info yang aku dapat dari abang teksi di sini. Bila musim sejuk selalunya mat salleh akan lebih gemar datang bercuti di pantai Langkawi ini. Sun-bathing! Kita pula tak tahan panas…selalu gitulah kan…

So inilah antara pemandangan malam di kawasan Pantai Cenang.




Selain itu, ini antara lain tarikan sepanjang Jalan Utama Pantai Cenang diwaktu malam:


Kedai Makan: Macam-macam kedai dari makanan seafood, masakan Thai, open food court, kedai makanan arab, kedai kebab, kedai burger, street burger, pizza..semua ada.

Shopping Mall: Ada sebuah shopping mall di tengah kawasan Pantai Cenang ini. Saiznya kecil sahaja dalam dua tingkat tak salah aku. Depan mall ini ada Mc Donald, Chatime, The Loaf dan di dalamnya ada Guardian, Maybank ATM dan kedai menjual baju mandi.


Tourist Centre: Di sepanjang laluan utama Pantai Cenang ini juga ada terdapat banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan seperti Island Hoping, Mangrove Tour dan pelbagai lagi. So tak susah kalau nak berjalan tapi tak sewa kenderaan. Ambil sahaja Pakej yang ada. Kalau Island Hoping, harganya di antara RM 30-RM 35. Kalau Mangrove Tour, dalam RM 200 ke atas. Kalau nak sunset dinner ke apa, semuanya adalah. Janji pandai pilih yang terbaik dan berpatutan harganya.


Ok, itu saja info yang aku dapat share setakat ini. Nanti kalau ada lagi yang aku teringat sebagai panduan u alls kalau nak ke sini, aku akan selit2 dalam entry yang lain ya….

Monday, February 22, 2016

Percutian Pulau Langkawi 2015 Part 9: Memborong kain batik di kawasan Beras Terbakar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Siapa yang kalau pergi Langkawi tapi x shopping coklat,pinggan mangkuk atau kain batik, aku rasa aku tabik hormat!! Hehehhee….kalau datang sini tapi xmembeli salah satu benda dari yang aku nyatakan di atas, aku rasa memang bertuahlah…hehehe..aku memang tak boleh sebab darah kaki shopping dah mengalir dalam diri sedari azali..hahahha! Tapi pinggan mangkuk tu taklah this time.

Sebelum keberangkatan pergi..ewah..jomlah kita berposing dulu bersama yang tercinta…




Nengoklah…sekarang nampaknya lebih pandai bermimik muka, jenuh ibu nak mengikut.



As usual kakak, kalau kena angin ke..kena aircond ke…sure mudah sangat melelapkan mata. Lentok di mana jua..tak kisah punya! Anak..oh anak…


Mana lokasi kami hari ini? Ohhh, kami nak ke Kawasan Beras Terbakar yang terletak di Kampung Raja, Mukim Padang Matsirat. Kenapa aku nak ke sini? Adakah sebab aku nak tengok beras terbakar? Hehehhehe..aku nak shopping kain batik sebenarnya. Kalau Beras Terbakar tu, aku dah sedia maklum dari kunjungan aku tahun 2012, dah tinggal sepinggan aje berasnya. Sayang sangat kan…


Tapi bagi menghargai sejarah, kami masuk juga ke situ dan bercerita serba sedikit pada Kakak. Part ni Incik Daus yang take over, dia memang rajin bercerita soal sejarah. Aku asyiklah nak soh dia forward bagi laju..hahahhaa…tapi Sejarah masa SPM aku dapat A tau..eh..eh..ada kena mengena ke? Hahahhaha…


Beras Terbakar ini didakwa adalah lokasi beras dibakar atau kiranya keperluan utama masa itulah, selepas tewasnya Datuk Kerma Wijaya mempertahankan Pulau Langkawi daripada serangan musuh iaitu angkatan tentera Siam. Lepas kekalahan itu, penduduk di Kedah diarahkan mengumpulkan beras di satu kawasan dan membakarnya. Ini bagi mengelakkan keperluan asas penting itu dijadikan sebagai bekalan utama tentera Siam untuk bertapak di Pulau Langkawi. Kisah selanjutnya boleh dibaca di signage yang berada berhampiran dengan kawasan ini. Tapi sayangnya dakwat dia pun dah hampir tak nampak.




Kakak dengan muka bosan sebab tak faham apalah yang Bapak cerita ni..hehehhe…


Settle, ahkak pun apa lagi memulakanlah misi yang dinanti selama ini..hehehhe…


Sepanjang laluan menuju ke rumah atau lokasi Beras Terbakar ini, memang terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai kain batik, kain pelikat, baju kelawar, t-shirt, fridge magnet dan sebagainya. Harga jualan di sini adalah lebih murah berbanding anda beli di Pekan Kuah, terutamanya kain batik dan kain pelikat. Janji, kena pandai tawar. Bab tawar-menawar ni memang bukan bidang kepakaran aku…maka, silalah serahkan pada Incik Daus yang lebih pakar… pewwwiittt!


Naaaahhhhh..inilah hasil borongan aku sepanjang di sini…Itu pun sebab langit mendung hampir nak hujan. So kat bawah ni aku detailskan few je lah ya..aku borong dari dua buah kedai sahaja. Sebab kalau aku masuk lagi banyak kedai, nanti aku naik pening rambang mata segala yang memungkinkan keputusan akhirnya nanti aku tak jadi beli sebab aku dah confuse. Iya, itulah aku...hehhehe..


Cantik tak? Ini macam batik Sarawak, yang ala-ala pua kumbu tu. Aku suka sangat. Harganya 2m, murah sangat..dalam RM 16 sahaja.


Ini pula macam jenis songket tenun, pun murahlah pada aku..dalam RM 18 untuk 2M. Aku memang spesis yang suka beli kain corak macam ni untuk buat baju. Kalau bunga-bunga pun, aku akan go for bunga kecil.



Kain pelikat Incik Daus, harga RM12.

Kain dia ok, tebal juga dan sedap pakai.



Kain batik ini pun sama harganya RM12. Corak macam batik medan kan.

Kalau baju kelawar corak batik-batik klasik pun murah di antara RM20-RM28. Ikut kualiti kain.

Begitulah orang pompuan ni…die borong je dulu…macam mana nak berangkut bawa balik..nantilah ya difikirkan bersama..ya..bila berfikir kena BERSAMA..hahahah!



Babaiiiii ye...