Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, March 4, 2016

Percutian Pulau Langkawi 2015 Part 13: Makanan sedap-sedap kat Pasar Malam!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

PASAR MALAM di Pekan Kuah adalah di antara tempat kegemaran aku kalau datang ke Pulau Langkawi ni. Kat sini macam-macam ada dan salah satu sebabnya…ada nasi kandar yang best, sedap dan sangat murah berbaloi-baloi. Tapi sila datang awal dan silalah tahan sabar sebab kena beratur okay.

Ok… inilah gerai adik itu…


See…murah kan harganya….pada aku memang berbaloilah sebab lauk dia sedap..nasi dia pun sedap…


Meh..meh..datang dekat ambik bau…ninnnnnnn diaaaaaa….nasi kandaq…


Memanglah nampak ringkas…tapi rasa dia meletop-letop sedap dan sangatlah mengenyangkan….


Ok…pasar malam ni panjang..berjalanlah you all dari hujung ke hujung….sambil terasa semua pun nak beli…tambahan kami yang memang suka sangat makan dan makan ni kan…

Ini plak kuih-muih tradisional…


Aku tak tau nama kuih ni..tetiba aku terlupa plak namanya…aduiiii..ala, macam bingka tapi atas ada bawang goreng. Lemak-lemak sedapt sangat. Satu potong macam tu…dijual dengan harga RM 1. So apa lagi…ahkak borong TIGA…tamak sangat ni…tapi memang sedap…


Ni lagi satu…telur sotong….


Ya Allah…aku ni adalah peminat fanatik telur sotong. Yang real telur sotong. Sebab selalu kalau kat kedai sekarang suka sangat tipu..telur sotong tapi dia bagi yang depan telur tu je..itu xsedap sangat…get what I mean wahai peminat telur sotong? Hehehhe…

Telur sotong kedai kakak ni memang sedap..sedap sangat. Dan memang pure telur sotong. Satu polystyrene kecil tu RM5, berbaloi sebab kakak tu letak penuh. Sotong goreng tepung dia pun sedap juga. Tak macam cucur, sebab dia rangup macam tempura.

Pasar malam Pulau Langkawi ni dibuka setiap hari RABU dan SABTU. 


Aku pergi hari SABTU. Lokasi dia dekat dengan jambatan di Pekan Kuah. Tapi kalau you all nak cari, pasar malam ni betul-betul sebelah dengan MY Hotel. My Hotel ni bangunan dia tinggi, so boleh nampak dari jalan utama. Seberang jalan pula ada De Baron Hotel.


So kalau ke sini dan anda peminat Local Street Food macam kami..jangan lupa singgah okay…



Dah..kakak nak balik sambil makan gula-gula kapas..kakak nak kaler pink..hahaha..ok, babai!

Thursday, March 3, 2016

Percutian Pulau Langkawi Part 12: Taman Lagenda & Dataran Helang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Seriously, dasar kaki jalan kan…selagi ada tempat yang boleh singgah…abis semua nak singgah kan. 

Actually, Taman Lagenda ni, accidently terjumpa je on our way back from Dataran Helang. Ye, ye..aku tau..Dataran Helang tu bukan ada apa sangat melainkan seekor burung helang gergasi yang tercongok di situ..sampaikan kakak siap tanya aku penuh sinis… “Ibu, ibu kata kita nak pergi tengok helang…this is not helang ibu…ini BATU”, hahahhaha…can u imagine macam mana sengkak perutnya Incik Daus nak tahan gelak..bukan gelakkan anak tapi gelakkan akulah…aduiiiii… yes kakak, this is not helang, a real helang..this is batu or put it in a nice way, Mercu Tanda of Pulau Langkawi okay….


Susah payah buat PR mintak orang ambikkan gambar kami satu family. So terpaksa pose skema..hahhaha..malu2 miawwww…

Then ni bila kakak berposing bersama bapak..


Ini plak yang terjadi bila ibu dan kakak berposing..barulah sweet like candy…ewah!


Melihat ke laut luas, Subhanallah….


Inilah antara pemandangan yang paling dirindui..sunset…


Selesai di sini, masa nak balik itulah ternampak signboard ini…


So ape lagi..stop pak supir stop…no actually sendiri bawak sendirilah stopkan diri sendiri…hehehhe….

Sewaktu kami sampai di sini hari pun dah lewat. Jadinya kami tidak berkesempatan untuk explore tempat ini dengan berhabis-habisan.

Ada peta di luar kawasan dan sedikit penerangan mengenai tempat ni…



Taman Lagenda Langkawi ini sebenarnya terletak berhampiran dengan Pelabuhan Kuah (Kuah Jetty) dan telah mula dibuka dari tahun 1996 lagi. Konsepnya lebih kepada ‘open air garden museum’ dan menempatkan kira-kira 17 buah monumen. 

So ini antara monument di bahagian terawal pintu masuk.



Pose okay..jangan xpose…



Ini pula laluan masuk ke dalam kawasan taman yang menempatkan lebih banyak monument lain. 

Kakak sibuk nak buat aksi lompat bintang...hehhee..pengaruh ibu la tu... ;p


Idea di sebalik mewujudkan seperti taman adalah untuk menawarkan taman rekreasi kepada penduduk dan pelancong yang boleh datang ke sini untuk menikmati hamparan luas taman-taman berlandskap dengan pokok buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan banyak yang tempatan ke pulau, mempunyai berkelah keluarga dan mempelajari banyak legenda pulau yang kini berkait rapat dengan banyak tarikan pelancong dan tempat.

Bagi yang ingin menghayati lagenda Langkawi di dalam konsep taman…bolehlah ke sini ya..tapi datang awal pagilah, tak panas sangat…

Waktu Operasi: 9.00 a.m – 7.00 p.m (dibuka setiap hari)

Kemasukan adalah PERCUMA.