Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, August 23, 2016

UTP Seri Iskandar Half-Marathon 2016...cubaan pertama masuk larian... ;-)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Hari ni nak share sikit apa aktiviti yang aku dan kawan-kawan buat. Aktiviti yang aku rasa agak mengejutkan juga aku mampu buat…hahahha! Memang tak pernah terfikir pun semenjak badan menggebu naik bagaikan kek ni…  

Nak tau tak? Taraaaaa…..


Ye, aku beranikan diri masuk 5km marathon. Bagi yang terror, mesti dengar 5km macam ciput aje senangnya kan. Cuma untuk aku yang peningkatan berat badannya sahaja dah pun over, agak mencabar jugalah.

Kami register last minute, masa tarikh tutup penyertaan. Tak fikir apa pun, macam hebat sangat kan…hahah! Siap register, aku baru terfikir..kasut sukan aku ok x, tracksuit aku muat lagi tak? Haaaa, selamba betullah. Nak tergelak pun ada, tapi belasah je lah! Janji dapat habiskan larian dan tak payah diangkut dengan ambulans. Itu saja yang aku fikir masa tu. Mana taknya, practise pun sekali je..itupun banyak gelak dari berlari..ape hal…hahahah!


Dan banyak posing...hahhaha..
Tapi dua round jugaklah naik turun jalan ni...bapakk cungap! Huhuhuhu...


Alhamdulillah, berjaya juga sudahkan larian. Honestly, aku rasa hari Ahad itu antara yang paling best sekali setelah sekian lama. Rasa segala stress dan sakit hati yang berbuku di hati selama ini terlepas bebas. I felt better and yet determined to become a strong contender.

Ini muka lepas larian. Gila penat, rasa berbaldi peluh yang lama tak dikeluarkan. Alhamdulillah, berjaya tamatkan 7km larian dalam masa 1 jam 10 minit. Tak baik tau urusetia sabotaj, kata 5km….actually 7km…mujur ahkak tak muntah hijau dikkkk…hahhaha…


Muka penuh kebanggaan kami semua bersama Dr. Airil…tapi kami bilis je, hahhaha..Dr. masuk acara 21km. Ntah bilalah agaknya kami nak berlari untuk 21km pula. Aku rasa kalau aku dapat lari 21km, mahu rasa bangga tu berhari-hari, hahahah! Insya-Allah, soon….


Apa pun, aku rasa cukup happy, rasa lepas lari badan segar sangat. Segar sampai ke jam 3a.m aku terkebil-kebil tak boleh tidur. Nasib x terbabas bangun, kalau tak dapat lagi warning letter sebab lewat seminit…upssss…terbabas kata plak, hahahha!

Oklah, to us… perhaps more marathon participation in the future…ewah!

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)