Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Wednesday, November 25, 2015

Belajar berinovasi di PWTC....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Ya Allah..serius rindu sangat nak menulis dan blogwalking. Tapi lately sangat sibuk…alhamdulillah, pada aku kesibukan itu satu nikmat. Sibuk juga membiasakan diri dengan position baru aku sekarang…yer bertukar bidang tugas tapi masih lagi dalam syarikat yang sama. Mulanya rasa agak down jugak sebab terpaksa meninggalkan kerjaya comm. yang aku sangat suka. Tapi bila aku duduk bertenang..selepas tiga hari..then I felt like..yes, why not? This is new, so let’s learn. Life is on-going experiment. The moment the experiment ends, life ends. So in order to feel alive, I took this challenge! Walau aku tahu, banyak yang harus aku explore dan buat benda-benda yang bukan minat aku tapi bila aku dah kaji sedalamnya skot tugas baru ini..Insya-Allah, aku rasa I have many to offer..ewah….

So sebagai penggerak pertama kepada langkah aku tu..jom kuar dan pi cari ilmu. Kadang-kadang by observing apa orang buat..kita akan dapat idea…like tinggggg…mentol pun bernyala..heheheh…




Eh..eh…sebelum belajor..jomla makan dulu…barulah cepat skit tangkap pelajarannya..hahhaa..alasan sangat..kate jela memang hobi suka makan… ;p Dim Sum..ohhhh how would I resist kan……


Actually aku datang ke KL ni last week untuk attend MOSTI Commercialisation Conference & Exhibition 2015. Masa ni KL tengah havoc dgn polis sana sinilah sebab kan Barrack Obama nak mai Malaysia time ni.

Meh selfie seframe sebelum mula pecahkan otak nak memaham dan pura2 macam korporat sangat …hehehhe…



Sesi dimulakan dengan Keynotes Address Oleh Ybhg. Datuk Paduka Dr. Ahmad Ibrahim dan diikuti sesi pertama yang menggabungkan menggabungkan Mr. Mark Rozario, CEO YIM Malaysia, Mr. Mohd NIzam Abdul Razak dari Animonsta Studio..ye..yang buat Boboiboy tu…dan juga Mr. Wing K. Lee dari YTL Comm. Dieorang ni semua ni CEO, Director, founder la bagaikan jawatannya.


 Meh cari mana aku..hahahha..tu yg tudung oren tu..stage tu rotation stage ye..kesian speaker semua menahan diri dari muntah agaknye..hahhaa…


Overall, aku xdelah nak citer panjang-panjang sangat…kang nampak macam dah transform blog aku ni jadi ilmiah benor kan…dua hari duduk dan mendengar perkongsian pendapat dieorang ni…bolehlah aku rumuskan..perkataan INNOVATION tu sekarang ni bukan semata-mata bergantung kepada penghasilan sesuatu benda yang teknikal gila atau semuanya nak melibatkan teknologi..coding bagai..tapi now we are heading to the innovation yang simple atau lebih kepada humanising innovation. Benda yang simple. Macam contoh nak ajar cammana org nak recycle things. Yep, sekarang ni banyak focusing on the green economy jugak. Bumi dah makin tua, orang2 bumi plak selalu lupa diri asyikla kotorkan bumi kan. The simplest thing macam contoh buat kompang guna x-tray film. Benda yang simple tapi kita xnampak. An innovator bukan sekadar perlu fokus benda yang besar-besar aje. Untuk menjadi innovator, kita perlu mahirkan diri dengan 6 cores of design thinking iaitu, empathy, define, ideate, prototype and test. So stop calling yourself as an innovator selagi u all tak test idea tu. Satu lagi yang aku kena inject kat mind ni..semua speaker asyik ulang benda yang sama…EMPATI tu penting sebab kalau x, kita akan jadi innovator yang SYOK SENDIRI. Ok..noted! hehehhe…



Best gak perkongsian dari Nizam ni..the inventor of Boboiboy..dan adodooooo..hehhehehe...aku dah hafal nama watak dia sebab kakak suka melayan citer ni... ahaks! 




To recap this awesome two days of conference is actually a speech by COO YIM, aku re-phrase as below…

Elderly people have lots of wisdom..from the oldest you have an idea to innovate…

Kesimpulannya, jangan pandang GEN-X tu sebelah mata okay…walau kekadang dieorang asyik pangkah je..tapi banyak ilmu kita leh dapat dan kita boleh buat penambahbaikan. So we kind of need each other here…dan GEN-X plak harus belajar mendengar dan kemudian sama-sama mencuba melakukan sesuatu yang baru. Errrr..aku muda lagi..gen Alpha baru..hahahha… *sambil lari-lari nak kuar main konda-kondi..hehhehe*

Then sempatlah jenjalan melawat exhibition.



Itulah Director YTL…aku pun ngekor jelah..hahahha…



NI basikal elektrik..sekarang kan trend semua suka naik beskal..aku dah puas dah dulu gi sekolah menengah naik basikal..siap ada bakul lagi basikal tu..hahhahah…siap gi pasar dulu pun naik basikal. Masa tu rasa seronok sangat dah. Sekarang ni cuba soh aku naik basikal dari rumah ke pasar…mau agaknya mintak nafas..hahahha…

Malam tu..gi rilekskan minda makan-makan dekat Sunway Putra Mall tu..bagus mall tu sekarang..ala yang dulu The Mall atau Yohan tu kan…dah cantik. Nak seberang pun dah ada jejambat siap ada escalator lagi..bagus…hahhaha..dasar kurang rajin nak mendaki tangga kan..heheheh….



Aku suka konsep food court dia..dia buat macam street food concept…so kami makan kat penang malam tu..hehehhee…




Makan pie tee ngan mee udang… ;-) Alhamdulillah….

Apa pun ahkak rasa ahkak dah start bersemangat utk merancang..Ya Allah, semoga dipermudahkan segala urusan…Aamminnn Ya Rabb….



Meh kita akhiri sesi conference kita dengan kopi ais kaw dan sagu gula Melaka…then let’s balik to where my heart belong….



Ok..babai geng...


2 comments:

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)