Salam Jumaat kita..kejap je dah jumaat kan..cepat sungguh masa berlalu sekarang ni.
Ok..ni nak share satu lagi citer birthday ahkak..hehhehe..janganlah marah ek..kasi chancelah tuan punya blog nak perasan diva sambut harijadi ngan selebriti..hahhaha... *sila sediakan baldi sendiri jika rasa nak vomit...ahaks! *
Kisahnya..office aku ada buat sambutan harijadi kakitangan beserta dengan tazkirah. So kali ni dijemputnya PU Yeop. Topik yang diperbincangkan kali ini adalah tentang bahaya lidah. Lidah ni satu je, tapi bahaya dia Masya-Allah...
Muka siap sedia nak mendengar tazkirah.... semua bebaik je kan..hihihihihi... paling baik tu yg senyum paling lebar tu...ahaks!
Since hari Jumaat yang mulia ini, mehlah aku share serba sedikit intipati tazkirah yang sempat aku salin notanya...
"Orang yang paling gagah adalah orang yang mampu mengawal marah."
Begitulah mukadimah PU Yeop yang dipetik dari Sabda Rasulullah S.A.W mengikut Riwayat Bukhari dan Muslim.
Ini kerana bila kita marah, kita seringkali gagal mengawal bicara kita. Masa tu mulalah segala perkataan pun keluar. Lebih buruk lagi yang jenis kalau naik darah suka sangat nak maki hamun kan. So jangan ingat orang yang suka cari pasal..konon suka mempertahankan diri..apa omputeh kata..being loud gitu..adalah orang yang kuat...rupanya mengikut Rasullullah..adalah sebaliknya. Jadi lepas ni jom kita jadi orang yang gagah okay...Insya-Allah...
Sedikit cerita yang dikongsi oleh PU Yeop adalah berkenaan nasihat Luqman al-Hakim yang diceritakan di dalam Surah Luqman. Hati & Lidah, itulah di antara dua komponen utama yang perlu menjadi baik untuk membantu kita membentuk personaliti yang baik. PU Yeop share dengan kami cerita tuan Luqman yang mengarahkan beliau menyembelih seekor kambing dan membawakannya dua bahagian daging yang terbaik dari kambing itu. Luqman membawa hati dan lidah. Begitu juga ketika berikutnya di mana tuan Luqman ini mengarahkannya untuk membawa dua bahagian yang paling tidak elok dari seekor kambing ini dan masih Luqman membawa pulang hati dan lidah. Begitulah ironinya di mana hati dan lidah ini berupaya menjadi anggota tubuh yang terbaik dan terburuk, mengikut apa corak yang kita mahukan.
Sesuailah dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud :
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
Seandainya hati dan lidah kita ini tidak dipelihara, maka gugurlah semua amalan baik kita. So iktibar pada diri, pesan untuk diri sendiri juga...untuk mulakan langkah bercakap yang baik-baik. Insya-Allah, semua akan menjadi baik-baik.
Ok..itulah serba sedikit ilmu dan pesanan yang dapat aku kongsikan..nak citer lebih2..aku tak pandai sangat... budak baru belajar..ewah,,,
Lepas Tazkirah...PU Yeop bacakan doa kesyukuran sempena kami-kami yang 'sudah matang' umurnya..hahhaha..tapi still..aku tetap nak announce aku yg paling muda antara yang bertiga ini...hehehehe...
Baby-baby October..errrrrr....tang mana yang baby tu..biarlah rahsia...hahahhah!
Ok..sedikit bangga di situ sebab tak payah kongsi potong kek ngan sesiapa...feeling like a diva..kih..kih..kih...errr..bukan kek actually pavlova...tu je yang xbest sebab kena potong 'kek' yang aku xsuka makan...why..why pavlova...nape tak cheese cake ke..atau nuttella cake ke..hihiihihi..demand xagak....sure kena maki kalau ada yang baca ni..eh..eh..xleh maki..dosa..jaga lidah kita..ingat..ingat..Selamat beramal... peace! ;-)
Haaaaa...nampak x...bab over memang aku win...i suka je burfday sama dengan guys..senang skit nak over shadow sebab dua jejaka kat sebelah aku tu pemalu orangnya..hahahah...
Apa pun..tq all for the wishes and thoughts..aku janji aku tak hapdate dah citer besday aku sampailah Oktober 2016 nanti okay...hehehhe..
Tatatititutu....
selamat hari lahir
ReplyDelete