Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, October 29, 2015

Pusing-Pusing Pekan Lumut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Weehuuu..masih berkisahkan jalan-jalan santai di Lumut. Habis je mandi-manda, sengaja ajak pusing-pusing pecan Lumut. Rugilah kalau datang sini tak singgah beli segala mak nenek ikan bilis, ikan masin dan sebagainya. Produk hasil laut katanye… ;-)

Pekan Lumut ni actually taklah besar sangat. Nak kata membangun sangat pun xjugak. Biasa-biasa saja. Di sini lehlah kalau nak tengok kapal besar-besar. Then ada jugaklah macam Medan Selera, ada KFC dan banyak kedai-kedai menjual barangan hasil laut dan pakaian serta cenderahati.

Nampak Mr Cendol..jomlah kita layan kejap…




Kakak dengan Opah…bukan main sukalah..jalan sakan..memang kaki jalan budak kecik ni..heheheh…


Eh..eh..empunya blog pun suka gak..ahhahah…haruslah..agak-agak si anak ikut perangai siapa pun kan…

Ni la cendolnya..tapi aku nak buat pengakuan ni…rasa dia xsedap…semua ramuan macam belum habis dinyahbekukan dengan sempurna..ko rasa lagi macam santan frozen semua..nampak dan rasanya sangat tak fresh. Order cendol pulut..sejuk sangat pulut dia dan keras. Ohhh kecewa sangat…


Antara hasil borongan...ni kira skitlah jugak sebab ada separuh dah bagi mak..ada bagi maklong..ni yg untuk rumah sendiri punya....memang ntah..aku ni memang kaki memborong benda-benda macam ni kot..hahhaha!


Haaaa...ingat lagi tak dengan sejenis jajan zaman kecik-kecik ni? Kacang Tumbuk....yeayyyyy.... lama dah xmakan kan....peberet jajan mak ni....

Ok..tu je pun jenjalan pekan Lumut...xdalah havoc sangat..cuma malam havoc skitla..ade kedai makan yg mengadap laut tu..die buat style customer leh layan karaoke..so sesiapa yang nak, bolehlah...

Ok geng...jumpa lagi ye..tatatititutu!

4 comments:

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)