Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, February 21, 2013

Apa BAHASA CINTA anda berdua? Janganlah malu...jomlah kongsi.. ;-)


Kalau dulu seiring dan sejalan hingga akhirnya memperakui betapa sehati sejiwanya anda berdua. Namun kini, segalanya menjadi satu episod indah dalam lipatan kenangan. Kesannya, minda terganggu dan anda merasakan anda kehilangan diri anda yang dulu. Ke pejabat, rasa tertekan dan bila pulang ke rumah timbul pula rasa stres yang bukan kepalang! Mengapa tiada lagi riak gembira? Mengapa tiada lagi aura positif? Mana hilangnya? Ewahh, kemain lagi intro...

Memang diakui, adakalanya semakin lama usia perkahwinan semakin sukar untuk pasangan kekalkan sifat romantik, rasa kasih sayang walaupun sekadar rasa ambil berat. Orang tua-tua selalu pesan, tempoh 5 tahun awal perkahwinan dianggap sebagai fasa pertama paling crucial...huh! Aku dan Incik Daus xlama lagi insya-Allah, genaplah 5 tahun itu....alhamdulillah...

So, aku just nak share, apa yang selalu membuatkan pasangan lost rase loving2 ini...kebetulan balik tadi mendengar topik dalam Red.fm...

Anne Sheffield dalam bukunya Depression Fallout: The Impact of Depression on Couples and What You Can Do to Preserve the Bond menyatakan bahawa minda yang terganggu akan mewujudkan rasa depresi di antara pasangan. Gejalanya bermula dengan rasa jauh hati, mudah beremosi, diburu kebimbangan akan ditinggalkan atau sentiasa tidak berpuas hati dengan perhubungan yang terbina. Kesannya akan membuatkan seseorang itu mulai kehilangan minat untuk bekerja atau sudah tidak mahu lagi menikmati aktiviti riadah bersama teman-teman, keluar berdua bersama suami hingga akhirnya langsung hilang minat untuk menikmati perhubungan suami isteri. Tiada lagi rasa sensual yang terbina malah sering dibelenggu rasa rendah diri.

Seterusnya menurut Gary Chapman di dalam bukunya The Five Love Languages: How to Express Heartfelt Commitment to Your Mate, jarang sekali suami dan isteri memahami ‘bahasa cinta’ masing-masing. Pernahkah anda terfikir mengapa apabila usia perkahwinan melewati tempoh lima tahun, belaian manja atau ayat-ayat cinta tidak mampu lagi menjadi ‘getaran’ hebat disanubari? Ini kerana anda berdua kini berbahasa cinta yang berbeza! Kekeliruan akan mula timbul di mana anda semakin tidak memahami antara satu sama lain. Si suami hanya menunjukkan tanda cinta dengan memberikan pendapatan pada keluarga dan si isteri menyangka dengan melayan suami maka sempurnalah ikatan cinta itu. Kesannya, kemurungan, rasa tidak dihargai dan tekanan perasaan melanda jiwa. Bagaimana bagi anda mahu mendidik anak-anak untuk mewujudkan minda yang sihat jika minda anda sendiri celaru?

Kenali BAHASA CINTA kalian berdua…

Terima dia seadanya!

Mahu si dia menjadi seperti mana yang anda inginkan hanya akan mendatangkan rasa tertekan di jiwa. Ya, terutamanya dalam 10 senarai anda yang panjang dan dia hanya mampu memiliki tiga kriteria sahaja. Jadi, belajarlah bertolak ansur dan sentiasa percaya bahawa sebagai pasangan kita perlu saling lengkap melengkapi. Mengadili pasangan anda adalah sifat ego yang akan menjauhkan lagi kalian berdua. Terima kelemahannya dan gunakan kelebihan yang ada pada dirinya untuk membina sebuah perhubungan yang sihat.

Erti sebuah penghargaan

Untuk dihargai, kita perlu belajar untuk menghargai! Pasangan yang tahu menghargai sumbangan masing-masing dalam perhubungan akan membina sebuah ikatan yang kuat. Kesannya, pasangan tersebut akan lebih fokus untuk memikirkan bagaimana memperbaiki hidup dan bijak merancang masa depan. Apabila sebuah ikatan itu kuat, anda akan mampu menerima kegagalan dengan minda yang lebih positif kerana anda tahu anda memiliki seseorang yang sentiasa menyokong anda. Hargailah dan berikan motivasi pada pasangan anda melalui kata-kata dan perbuatan. Ucapkanlah terima kasih walau pada ketika itu dia hanya membantu anda mengangkat baju di jemuran. Mudah bukan?

Jadikan juga kebiasaan untuk mengucup dahi pasangan dan anak-anak sebelum melangkah ke pejabat. Ia akan memberikan rasa gembira pada mereka dan pada diri anda juga agar mampu melangkah dengan matlamat untuk terus membahagiakan insan yang anda sayangi!

Sentiasa bermurah hati…

Adakah hati anda akan berbunga bahagia apabila suami anda pulang dengan membawa hadiah istimewa sebagai kejutan? Adakah cincin perkahwinan menjadi aset paling berharga buat anda? Jika ini adalah sifat anda maka bagi anda pemberian suami adalah satu hal yang penting untuk anda berasa dicintai. Anda pula sebagai suami, cuba hayati riak wajah si isteri saat anda melakukan semua ini. Jika gembiranya bukan kepalang, maka itulah ‘bahasa cinta’ isterimu. Hakikatnya, isteri anda tidak memerlukan hadiah yang mahal. Kalau anda hanya memetik bunga di laman dan menghadiahkannya sebagai kejutan, itu sahaja sudah membuatkan dia merasakan betapa romantisnya anda. Jika tidak berkesempatan, peluklah isteri anda setiap kali pulang dari kerja. Ini kerana pelukan mesra dari suami mampu membuatkan keletihan si isteri menguruskan rumahtangga lenyap tanpa dipinta.

Beri sokongan dan galakan

Fahami pasangan anda dengan rasa kasih dan empati. Rasai apa yang dilalui pasangan anda terutamanya ketika dia sedang menghadapi dugaan dalam hidupnya. Masalah dia adalah masalah anda juga. Jadikan diri anda pendengar yang setia. Individu yang berasa dirinya tidak diperlukan akan lebih cenderung untuk mengalami kemurungan dan tekanan jiwa jika dibiarkan berpanjangan.

Bergurau senda membawa bahagia!

Mengapa perlu malu untuk terus mengusik manja pasangan anda meskipun usia perkahwinan sudah melewati 10 tahun? Bergurau dan mengusiklah kerana ketawa yang lahir dari kebahagiaan itu mampu melembutkan hati dan menenangkan minda. Pasangan yang sentiasa ketawa bersama akan melalui fasa perhubungan yang sihat hingga mampu menangani setiap masalah dengan berhemah. Jika pasangan anda suka ketawa, maka wujudkanlah sebuah hubungan mesra melalui lawak spontan yang bersahaja. Mungkin itu ‘bahasa romantis’ yang didambakannya!

Kualiti masa bersama

Jika emosi anda mudah terganggu dan berasa sunyi saat suami tiada di rumah atau bekerja di luar kawasan, maka ‘bahasa cinta’ yang perlu anda cari adalah kualiti masa bersama.

Menghabiskan waktu bersama bukanlah hanya sekadar makan atau menonton televisyen bersama sebaliknya harus fokus pada satu sama lain. Contohnya, berbual tentang apa yang berlaku dalam hidup masing-masing. Luangkan masa untuk melakukan aktiviti yang menghubungkan anda berdua secara langsung seperti solat bersama, berbasikal bersama atau berkhemah.

Zahirkan rasa kasih melalui perbuatan…

Jika anda masih belajar untuk membuang ego demi melafazkan ‘Aku cinta padamu..’, apa kata lakukan perkara kecil ini terlebih dahulu. Hulurkan bantuan pada pasangan anda saat die berhempas-pulas melakukan kerja rumah. Jika anda suami, bantulah isteri mengangkat baju, mengelap lantai atau membuang sampah. Bagi isteri, bantulah suami berkebun atau sediakan secawan kopi saat dia leka membaca buku. Beban kerja rumah pun berkurangan malah hati pun semakin gembira.

Kuasa sentuhan…

Jika anda suka bila isteri anda membelai rambut anda maka anda gemarkan sentuhan lembut. Ada ketikanya hubungan seksual bukanlah agenda utama sebagai luahan cinta yang anda inginkan dalam hubungan suami isteri sebaliknya sekadar sentuhan lembut. Berbuallah dengan pasangan anda sambil anda memeluk bahunya. Percayalah, ia mampu meredakan tekanan yang anda alami seharian di tempat kerja.

Kemaafan dendan yang terindah!

Belajar untuk memaafkan pasangan anda mampu menghilangkan kesakitan dan ketegangan jiwa yang dialami. Ia membantu membentuk ruang bagi anda berdua untuk belajar bertolak-ansur malah ada ketikanya mampu mencambahkan lagi rasa cinta. Jika anda mahu diberi peluang, mengapa tidak memberikan ruang?

SOLAT, bahasa cinta terunggul!

Solat atau bersembahyang bersama mampu mewujudkan ikatan spiritual yang kukuh di antara anda dan pasangan. Ia mampu mengalirkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana Allah. Waktu berdoa adalah waktu di mana anda berdua menetapkan matlamat yang sama dalam perhubungan. Jadi, gunakanlah waktu ini untuk menyatakan yang ikhlas dari hati. Belajarlah memohon dan memaafkan setiap kesalahan antara satu sama lain setiap hari supaya hidup anda lebih positif setiap waktu.


'KEPOYOAN ' sebegini juga kadangkala sangat2 diperlukan untuk tambah 'perisa'...hehehhe...



No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)