Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Monday, July 9, 2012

Di mana letaknya aku?

Assalamualaikum sumer..

Kali ni nak share sesuatu yang agak serius skit..heheh.. Eh bukan, bukanlah sangat serius umpama nak membahaskan 'Theory of the Big Bang'..tidak sama sekali! ;-)

Kisahnya begini, pagi tadi aku ada meeting. Ya, semenjak berkerja di tempat baru ni, aku pun naik confuse, kerja aku adalah bekerja atau menghadiri meeting semata2? Hehehe..dulu aku slalu beranggapan, orang yg selalu meeting ni adalah orang yang pandai bercakap dan memberikan idea tetapi bab pelaksanaan keja, ermm...payah nak komen! Makin lama aku plak yang naik takut sebab aku mula sedar yang aku selalu sangat kena attend meeting. Maka bertanya aku pada diri sendiri, mampukah aku untuk laksanakan dengan jayanya semua yang aku 'meeting' kan itu? Hmm..anyway, itu bukan akar umbi cerita kali ini, tapi sekadar aku tertarik dengan ayat spontan Tuan Pengerusi Sidang Mesyuarat ini hari..ujarnya..

"Kalaulah diterima setiap lontaran pendapat dari mereka yang bersidang di kedai kopi, maka saya yakin yang matlamat Wawasan 2020 itu mudah untuk kita capai, malah mungkin lebih awal dari jangkaan."

Aku terkesima malah terpanggil untuk mencerna ayat ini kerana lama jugak aku tidak dihadapkan dengan ayat berunsur kritis seperti ini. Ini adalah ayat spontan dari tuan pengerusi itu apabila memberikan pesan bahawa kadang-kadang sebagai ketua, kita perlu juga mendengar idea atau pandangan orang bawah kerana merekalah yang sebenarnya yang banyak membuat kerja asas untuk membangunkan sesuatu yang bersifat kukuh dan tinggi. Idea staff mungkin kedengaran mudah dan simple tetapi idea staff itulah yang kebanyakannya bersifat rasional kerana mereka memberikan pendapat hasil dari pemerhatian terhadap kerja yang mereka lakukan. Ini pula konsep yang diberikan sebagai contoh;

'BOTTOM UP CONCEPT'

Konsep yang memberikan peluang untuk staff didengari di mana idea untuk membangunkan sesebuah syarikat perlu bermula dari akar umbi. Kalau kita meletakkan penanda aras di antara 'kuli' dengan 'boss', sampaikan yang bergelar 'kuli' itu langsung tak boleh nak suarakan pendapat, maka 90% sesebuah syarikat itu tak mungkin ada pelbagai usaha inovasi di dalamnya. Hmm, aku setuju dengan pandangan yang diberi. Dan pada aku sebagai seorang ketua, cara kita meminta dan melayan staff akan menjadi 'vice versa'..Itulah penanda aras yang sebenar dalam hubungan di antara majikan dan pekerja atau boss dan staff...semua bergantung kepada sikap atau lebih tepat lagi yang dikatakan 'Kepimpinan Melalui Teladan'.

Dan ini pulak pesan mak aku;

" Bila berada di atas, jangan pernah lupa apa rasanya bila berada di bawah. Berbudi bahasa dan hormat orang, tak kisahlah apa pun kedudukan orang itu."

Ini pula yang aku pegang;

"Tunjukkan rasa hormat dan sikap yang positif jika kita nak dihormati kembali. Staff yang cemerlang atau sebaliknya adalah cerminan sikap ketua itu sendiri."

Yes, agreed or not, ketua adalah orang yang perlu bertanggungjawab atas jatuh bangunnya sesebuah organisasi itu.


AKU: Masih bertatih...



No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)