Sekarang jam menunjukkan angka 5.15 pagi. Kisah apakah aku
bersengkang mata di depan komputer riba ku ini. Kalau dulu iyelah, waktu2 gini
mmg idea baikkkk punya akan datang..hehehe..dululah, waktu nak kena tulis
artikel2 berat, memang aku suka taip pepagi buta gini.
Tapi pagi ni, aku menulis sebab mata tak mau nak lelap
kembali. Tadi si kecik ‘tomeitomeito’ kesayangan baru je lepas bangun menyusu.
Yep, still breastfeed. Aku pun kagum dgn diri sendiri krn masih
‘GAGAH’melakukannya. Cumanye sekarang xlah breastfeed sekerap dulu. Dan
penyusuan pun dah tak eksklusif, sudah mula campur susu formula. Dah nak masuk
2tahun pun, dlm proses untuk trained ‘tomeitomeito’ kami ini untuk mengucapkan
sayonara pada alam breastfeeding. Tapi jauh di sudut hati aku, ada juga rasa
sedih. Why? Coz I really adore and enjoy the moment of breastfeeding her while
she holding my hand. Satu rasukan rasa maha halus yang hadir di dalam diri…
Dek krn mata yg tak mau lelap, jomlah layan mata ini.
Terkedip2, tengok ‘tomeitomeito’ dah kembali dgn aksi ‘kuak lentang
kekenyangan’ manakala Incik Firdaus tercinta plak sungguh hebat aksi tidurnya,
hmm..penatlah katakan baru balik dari kerja luar negerinya selama 4 hari itu.
Luar negeri ya, bukan luar negara..hehehe…
‘Penyusuan ibu secara eksklusif’, uisshhh..memang aku tak
pernah terfikir mampu melakukannya. Kerana suatu ketika dulu, aku adalah
manusia yang ‘sangat gila kerja’, sanggup ‘bertunggu-tangga’ di officelah tahap
dedikasinya aku ni. ;-) SEkarang pun tahap dedikasi masih sama u alls… ;-)
Bila ‘tomeitomeito’ was born at her 32 weeks, aku mengambil
serius nasihat puan DR.
“Hanya susu ibu yang mampu menjadi imunisasi terbaik untuk
semua bayi terutamanya yang lahir pra-matang.”
Itu pesan Paed’s, ini plak kata2 jujur yang mampu membunuh…
“Bayi pra-matang mudah diserang penyakit. Tambahan plak
dalam kes anak U yang sorang kembarnya meninggal dunia di dalam perut.
Kemungkinan jangkitan kuman akibat mayat kembarnya mampu merebak dan
menjangkiti otak anak U yang lahir ini. Kalau ada kecacatan pada sistem saraf
otak, itu semua hanya mampu dilihat selepas usianya setahun. Sebabnya, hal
berkaitan saraf ini sangat rumit.”
Dush2! Aku kena tembakan yg tepat. Terima kasih DR, maklumat
anda sangat bernas sampai aku rasa nak terduduk. Alhamdulillah, atas kekuatan
yang Allah berikan kpd aku melalui renungan mata sayu ‘tomeitomeito’ aku
gagahkan diri utk mulakan tugas sbg seorang IBU dgn hal yang positif dahulu.
Aku nekad untuk menyusukan bayi secara eksklusif. Dengan hati berkobar, selepas
2hari, aku mula perah susu. Lambat sikit sebab aku kan
operation. Itu pun the next day lepas operation aku dah gagahkn diri bangun,
yakinkan hati je sb tak sabar dah nak p wad paed’s tengok ‘tomeitomeito’ dlm
incubator. Ohh, berbalik kisah perah susu tadi, aku diuji..susu tak mau kuar.
Toksah kata 10ml, 1ml pun tak sampai. Ada
kot beberapa titik. Time tu ‘tomeitomeito’ menyusu pun guna syringe. Disebabkan
die lahir pra-matang, dia tak pandai nak breastfeed naturally. Lagipun dia tak
boleh kuar dari incubator lama2.
Aku tak putus asa, ikut nasihat nurse. Setiap 4 jam, muka
aku dah tersembul kat bilik perahan susu. Naluri keibuan dan emosi yang
berkecamuk, aku pun nangislah bagai budak kecik bila melihat perbandingan susu
aku dan ibu2 lain di tempat simpanan kat PPUM itu jurangnya sgtlah besar.
Alhamdulillah, di PPUM, ada kumpulan penyusuan ibu. Jadi, sorang nurse tu pun
ajarlah aku teknik penyusuan yang betul dan cara membantu menggalakkan
kehadiran susu melalui urutan dan tuaman. Kata nurse, disebabkan anak aku lahir
pra-matang, badan aku sebagai ibu juga belum benar2 ready utk mengeluarkan
susu. Justeru, rangsangan adalah perlu, positif, dan jgn berputus-asa. Nurse
advise untuk lakukan urutan pada payudara setiap kali sebelum memulakan perahan
atau penyusuan ibu. Tuam di sekitar payudara juga amat membantu. Selain nasihat
nurse, nasihat org2 tua pun aku ikut dlm membantu memperbanyakkan susu.
Contohnya, makan ulam pegaga dan juga lobak putih.
Lain-lain yang aku amalkan:
- Makan
makan seimbang untuk menjamin kualiti susu.
- Minum
susu dan air suam yang banyak.
- Jauhkan
kaffein (yang ni part yg sgt2 susah sb aku adalah coffee addicted ya..).
Ini kerana menurut kajian, kaffein boleh mengganggu penghasilan susu.
- Sentiasa
cuba perah
susu setiap 4jam sekurang-kurangnya bagi mengelak susu kurang. (Yes, ini
part paling aku struggle terutamanya bila ada tugasan luar. Kdg2 dalam
kereta pun boleh jadi port perah susu. Orang bwk satu beg p keja, aku siap
2,3 beg kekadang tu…)
- Jangan
stress! Ini paling penting…
Apa yg dpt aku katakan, saat menyusukan anak adalah saat
paling indah. Saat itu ibarat ubat penenang yang tak mungkin ada tandingannya.
Aku sendiri tak pernah terfikir yang aku mampu melakukannya. Aku ingat lg azam
utk menyusukan anak sendiri, pernah dpt pelbagai pandangan negatif sesetengah
‘org2 lama dalam keluarga’.Pandangan diberi krn aku org yg bekerja, kalau dlm
pantang pun tak ajar susu botol, macam mana nanti bila dah kerja.
Alhamdulillah, akhirnya ‘kedegilan’ aku direstui dan akhirnya diberi galakan
padu. Mak pun dah sampai pandai cara-cara nak mulakan penyusuan dari susu stok
yang ada.
I would never imagine me doing this, but I do it for the
sake of my baby. To see her now, healthy and happy, is the best ‘anugerah’
above all. Thank you so much ALLAH…
Al-fatihah juga buat anak yang dirindui....
 |
8 OKTOBER 2010 (2 Hari selepas her born day) |
 |
Bapak gigih berusaha..TQ so much! |
 |
at her 3-months old, a visit to DR every month |
 |
at her 4-months old..wave to the camera |
 |
at her 8-months, our first attempt of bringing her for a holiday, at A'Famosa Resort, Malacca |
 |
following ibu to work- At Sg Petani |