Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, March 17, 2009

For all women that i care...

8hb MARCH 2009 - INTERNATIONAL WOMEN'S DAY

Untung @ tidak jadi wanita? Hebat atau tidak jadi wanita?

Apa agaknya diminda? Untung?

Bos aku pernah cakap: Untung jadi wanita sebab jiwa lebih kental sebenarnya dari lelaki walau kekadang penuh emosi. Kitaran hidup sebagai wanita itu hanya lengkap bila kita lahir, jadi anak gadis, kemudian kahwin dan bergelar isteri, peroleh zuriat dan sempurna digelar ibu.

Ada kawan aku cakap: Bestlah jadi wanita sebab kita boleh selalu shopping dan pastinya baju, kasut untuk wanita ini banyak pilihan dan jauh lebih murah dari barangan lelaki.

Aku: Wanita itu memang kental sebenarnya dan ujian paling besar yang diberikan pada kita adalah kekuatan menghadapi sakitnya bersalin. Sakit selain dari itu termasukler 'sakit hati' bagi aku akan jadi isu kecil jer..aku raseler although belum lagi merasai pengalaman itu..tapi insya-allah..

So, sedikit info untuk wanita yang aku dapat hasil interview aku dengan Dr. Fairuz Asyikin dari DEMC..info yang mungkin anda malu untuk bertanya sendiri..

15 tip penjagaan bahagian intimmu...

INTRO: Meskipun letaknya tersembunyi malah organ dalamannya juga hampir tidak terlihat dek pandangan kasar namun penjagaannya tidak harus diabaikan. Bahagian intim anda merangkumi organ reproduktif seperti vulva (kemaluan), vagina (faraj), pangkal rahim dan rahim secara umumnya dan perlu sering diberi perhatian ekstra.

Mengapa perlu jagaan ekstra?

Semua wanita dalam usia reproduktif ada lelehan dari faraj yang berupa lendir jernih hasil rembesan kelenjar-kelenjar pada serviks dan kuantitinya berubah-ubah sepanjang kitaran haid bergantung pada paras estrogen dalam darah. Lelehan normal bertambah sekitar waktu subur (ovulasi), semasa mengadakan hubungan seks dan semasa tekanan atau selepas senaman

Faraj atau vagina merupakan pintu masuk ke saluran reproduktif. Ia kaya dengan flora dan mempunyai persekitaran berasidik yang mempunyai nilai pH semulajadi sekitar 3.5.
Antara isu yang kerap dialami wanita adalah berkaitan lelehan dari faraj sama ada normal dan abnormal, jangkitan saluran reproduktif bawah dan jangkitan saluran reproduktif atas. Jika dibiarkan berlarutan tanpa jagaan khusus, ia akan mengundang pada jangkitan bakteria, kulat, protozoa dan virus. Jangkitan ini bukan sahaja mendatangkan mudarat malah turut menjejaskan kualiti hidup anda.

Sehubungan itu, langkah penjagaan alat kelamin yang sempurna perlu anda lakukan. Apa yang perlu anda lakukan adalah:-


ü Bersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau air besar, seelok-eloknya menggunakan air.
ü Elakkan menyabun atau menyapu gel mandian pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit atau gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.
ü Elak daripada sering mengamalkan douching iaitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria lactobacilli dari faraj disamping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.
ü Selepas menggunakan tandas, sapu dari bahagian depan ke belakang bagi mengelakkan penyebaran bakteria pada vagina.
ü Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah media yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarnya.
ü Bulu atau rerambut halus pada sekitar bahagian intim anda hendaklah selalu ditrim agar jangkitan kutu pubis tidak berlaku. Anda tidak digalakkan menggunakan pisau cukur sebaliknya memadai menggunakan gunting. Pastikan kebersihan gunting tersebut dan jangan sesekali berkongsi meskipun dengan pasangan anda. Bulu di sekitar bahagian intim ini tidak perlu dihilangkan sama sekali kerana ia mempunyai fungsi untuk membantu mengekalkan suhu alat kelamin anda.
ü Jika anda mengalami masalah lendiran yang berlebihan khususnya saat subur, penggunaan panty liner dibolehkan tetapi hendaklah dari jenis yang nipis dan tidak disertai haruman (scented). Ini kerana, bauan dan haruman ini juga memungkinkan keradangan berlaku khususnya untuk wanita yang sensitif.
ü Tukar panty liner anda pada jarak masa tiga hingga empat jam sekali.
ü Pasangan suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan yang optima.
ü Pakai seluar dalam daripada material kain kapas dan elak memakai seluar dalam yang lembap serta ketat.
ü Tukar pakaian dalam anda setiap hari.
ü Pastikan pakaian dalam dibilas sebersih-bersihnya daripada bahan cucian.
ü Wanita yang menghidap penyakit seperti kencing manis tidak terkawal juga mempunyai risiko tinggi mengalami jangkitan kulat dan masalah ini hilang apabila paras gula dalam darah terkawal.
ü Apabila mengalami jangkitan, segera jalani pemeriksaan. Pemeriksaan membabitkan soal selidik sejarah jangkitan faraj atau penyakit jangkitan kelamin, ujian rahim atau pH lelehan vagina.
ü Hindari pemakaian bedak pada organ kewanitaan dengan tujuan agar vagina harum dan kering sepanjang hari. Bedak memiliki partikel-partikel halus yang mudah terselip disana-sini dan akhirnya mengundang bakteria merebak lebih dalam.

TERAPI RAWATAN SEMULAJADI

Cucian Air Garam

Bahan-bahan:

½ liter air
1 sudu besar garam

Larutkan keduanya dan lakukan tiga kali sehari sebagai agen pembersih bahagian intim anda.

Cucian Yogurt

Bahan-bahan:

1 cawan yogurt asli

Cuci bahagian intim anda menggunakan yogurt dan kemudian bilas menggunakan air bersih. Cucian ini mampu membantu menghapuskan perkembangan ‘fungal jahat’ pada bahagian intim anda. Lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)