Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Wednesday, January 18, 2017

Jom Terokai Perak: Keindahan Taman Tasik Taiping

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Hello semua…heheehe..tumpang rajin…jomlah kita menulis…so far dah ok dah…ahkak dah boleh adapt dgn alarm hp yang asyik berbunyi sharp 5a.m tu..hehehhe…. mula-mula tu letih jugak rasanya..now dah ok…u can do it babe! Ewah!

Ok, sebelum melalut, nak sambung entry bercuti ke Taiping hari itu. Ye, Taiping. Oh, kalau nak tahu, dulu pernah stay di Taiping dengan warwah Tok Wan dan Opah sampailah ke Tadika…hehehhe…so why not kita ke Taiping.


Taiping merupakan di antara kawasan tadahan hujan yang turut dikenali sebagai Bandar Warisan. Taiping ini mempunyai pelbagai sejarahnya yang tersendiri di mana ianya hanya bermula sebagai sebuah pekan kecil bijih timah hinggalah menjadi ibu negeri pertama di Perak. Nama asalnya actually Klian Pauh. Klian membawa maksud lombong. Bandar Taiping juga merupakan ibu kota bagi daerah Larut, Matang dan Selama.


Salah satu sebab kenapa aku suka ke Taiping adalah Taman Tasik Taiping. Bandar Taiping ini boleh dikatakan terletak di kawasan muka bumi yang tinggi terutamanya di Bahagian Bukit Larut. Faktor Taiping sebagai kawasan tadahan hujan di mana bandar ini menerima purata hujan lebat sebanyak 320 hari setahun menjadikan kawasannya sentiasa lembap dan nyaman terutamanya di sekitar Taman Tasik Taiping ini.


Antara tarikan Taman Tasik Taiping yang aku suka adalah kehijauan pepohon di kiri kanan jalan dengan keunikan dahannya yang menjalar di sepanjang laluan.
Semua pepohon ini ditandai dengan ketinggian 3M. Unik kan..macam seni lukis yang indah pada aku. Kalau tak salah, nama pokok-pokok ini adalah pokok angsana.

Taman Tasik Taiping ini berkeluasan 64 hektar dengan kawasan sekitarnya yang memiliki 10 buah tasik dan kolam yang indah.


Ini pemandangan sangat awal pagi. Sekitar 7.30a.m. Berjogging sambil ambil gambar…hehehe..hidup kena multitasking kan… ahaks! Tapi ada satu area tu, terkejut aku tengah jogging tiba dengar harimau mengaum. Makk aiiii..terus I pecut kalah Watson Nyambek. Nak buat cammana, jogging sorang..Incik Daus dengan Kakak bagi sokongan kat garisan permulaan jer…. *nangis sambil sapu ayaq mata…*


Selain dari keindahan panorama menghijau di sekeliling tasik ini, terdapat perlbagai kemudahan riadah untuk seisi keluarga. Ada trek untuk berjoging serta refleksologi, semuanya dikelilingi oleh tanaman tropika, bunga-bungaan, pokok dan hidupan liar. Untuk kanak-kanak, terdapat gelanggang bermain kasut roda, bot kayuh, dan taman permainan. 


Kalau petang-petang ada sewaan basikal yang boleh naik berdua, berempat semua tu lah. Sayangnya kami tak dapat nak explore waktu petang di Taman Tasik ini sebab musim hujan. Nama pun kawasan tadahan hujan kan…. ;-)


Apa pun, satu aktiviti yang wajib dan berjaya kami buat dekat sini adalah….


HAhhaha…ye, berposing…hehehhe…kakak xmau bergambaq..dia offer nak jadi photographer je…pewwittlahhh..hehehhe…. mekasih kakak….


Nampak tak pokok-pokok atas kepala tu....unik yet creepy...heheheh.....tapi pose tetap pose!

Then mak, angah..brisk walking…. Syok mak dapat jenjalan waktu pagi…. J



Ok, sekian dulu akak bawakan Taman Tasik Taiping utk tatapan anda semua…



next…kita up entry makan-makan plak nak tak??? Yeayyy makannn…. Hehehe..

Sehingga itu, babai… adios!


Tuesday, January 17, 2017

Jom Terokai Perak: Menginap di Hotel Flemington, Taiping

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Selesai dah recap perihal minggu pertama kedua kakak bersekolah….so sekarang barulah boleh sembang-sembang tentang percutian pendek keluarga ‘mini’ kami.
Tahun lepas, memang aku akui kami tak ke mana sangat pun.  Sepanjang tahun dihabiskan dengan siapkan rumah, tunaikan apa yang dah diniat…dan kalut sana kalut sini..hahahha…tup..tup hujung tahun. Mulanya memang tak ada nak plan ke mana sebab menjangkakan Movie Animation Theme Park (MAPS) ini akan siap by July 2016. Jadinya, oklah, bawa kakak ke situ. Apakan daya, tak berjaya disiapkan lagi. Maka ibu mulalah terkial-kial baru nak fikir nak ke mana kita ni….

Oleh kerana sudah berjanji untuk bawa kakak stay di hotel, yang ada swimming pool dan kakak nak tengok haiwan. Ya, itulah pakej permintaan si kecik itu maka ibunya ini pun haruslah akur. Janji harus dikota. Kakak dah bagi berderet A, lagi tak nak tunaikan…kang dia boikot tak mau belajar kang…ibu menangis plak di bucu katil…hahahha…so lepas pecah kepala, siap perbahasan lagi ngan Incik Daus…. Maka kami pilih Taiping. Alasan sebab dekat, dan situ ada Zoo Taiping. Sorry kakak, tak taulah kenapa hujung tahun itu ibu dngan bapak sangat lemau nak pergi jauh-jauh.


So we decided to book our stay at Flemington Hotel Taiping. Lama dah aku teringin nak merasa stay dekat hotel ini sambil feeling-feeling Hindustan dapat bilik mengadap Taman Tasik Taiping…hahahha…over kan!


Total stay kami di sini 3 hari 2 malam. Ini bilik kami...kami booked 3 bilik semuanya sebab Maksu dan sepupu aku joint sekali...


Tak ada plan beria bagai sebab niat hati hanya nak santai-santai saja. Mandi pool, makan, and repeat…hehhehe….


Ini view dari bilik..memang ambil bilik yang mengadap tasik. Subhanallah, cantic sangat kan. Ini view lepas hujan, berkabus…nyaman sangat perasaan.


Hotel ini juga sangat ideal sebab senang nak ke Taman Tasek dan juga dekat nak ke Zoo Taiping. Paling penting, HOTEL INI ADA SWIMMING POOL. Itu bukan requirement ahkak ye dikkk..itu requirement anak ahkak itu…. Dan pool hotel ini terletak di bahagian roof top.


Apabila itu ada matlamat asal, maka kerjanya tiap hari di sini…celik bijik mata…dussshhhhh…terjunnn!!! Nak suruh breakfast dulu pun sikit punya payah.




Breakfast dekat hotel ini biasa-biasa saja. Not too fancy neither too bad. Normal choices of breakfast.



Semua breakfast seawal 7.30 a.m gara-gara budak kecik manja Opah ni nak terjun kolam.





Sebelum ahkak bagi u all menerokai pool hotel ini...ahkak nak bagi tau ahkak berjaya juga memulakan hari dengan berjogging di Taman Tasek Taiping ini...weehuuuu...


So mehlah ahkak bawak meninjau kawasan kolam hotel Flemington ini.


Hotel Flemington ini mempunyai dua buah kolam sahaja. Satu kolam kanak-kanak dan satu lagi kolam dewasa. Gambar di atas adalah kolam kanak-kanak. Yang gambar bawah ini untuk dewasa....



Kolam dewasa sangatlah dalam okay, minimum height 5m kedalaman….tinggallah dua inci je kepala ahkak ni dikkk…adulahai…scary!


Nampak tak kegirangan kakak mandi-manda. Itu sampai kecut pun boleh. Tak kisah punya….




Ibu mulanya tak nak mandi. Acah-acah cecah kaki. Hmmmm tapi akhirnya…







Tu diaaa…siap berphotoshoot bagai…. Underwater, beside the water…semua ada…hahahah! You name it baby..sampai geleng kepala Mak Siah…hahahha….bukan selalu..kih..kih…kih. 

Ini view di sekitar pool...




Bagi sesiapa yang nak stay di Flemington hotel ini, harga bilik kalau mengadap Taman Tasek Taiping di antara 200++. Kalau bilik tak mengadap tasek, dalam 170++.

Ini info tentang hotel Flemington…

Alamat:   1, Jalan Samanea Saman, 34000 Taiping, Perak. 
Tel:            05- 820 7777

So ke mana destinasi kami sepanjang di Taiping? Nanti ya aku share..tak banyak tempat dapat pergi sebab hujung tahun….mendung dan hujan…. J