Assalamualaikum dan Salam
Sejahtera….
Dikala semua orang dah maju
ke hadapan dalam bidang pemakanan ini, ahkak baru saja nak berjinak-jinak
mencuba. Kalau nak diikutkan kewujudannya di Ipoh ini dah lama dah. Cuma
sejenis malas nak keluar di hujung minggu. :p
Jadinya ada satu minggu itu,
kami pun keluarlah menujuk ke AEON Klebang disebabkan si kakak mintak nak main
dekat Kids Zoona.
Ya, inilah sejenis hobi anak dara Incik Daus….
Suka sangat dengan sandy art.
Di mana jua yang ada benda alah ni sure dia nak buat.
Lepas satu jam setengah ibu
dengan bapak menjadi mandor tanpa gaji, barulah kami dapat memujuk kakak dari
stop bermain. See, bapak sampai dah tahap bertafakur kat belakang tu..heheheh...Kami layankan aje sebab kakak pun seorang, so better juga dia
main dekat sini dan cuba bersosial dengan kami mengawasi. Bapak akan awasi
lebih sikitlah..hahahha…! Sambil mata terpejam..huhuhu...Ibu biasanya leh curi-curi masa pergi shopping..well,
girl things u know…kind of like that! Ahaks!
Mana ahkak melalut ini, nak
sembang food review termasuk cerita shopping plak..kih..kih..kih.
Jadinya pusinglah kami
menengok Boat Noodles ini. Selalunya ramai, penuh. So aku memanglah malas nak
menunggu. Tapi kali ini, rezeki. Ada tempat kosong. Apa lagi, sepantas kilat
ahkak cop tempat. Pewwittt sangat kan…sure orang ingat kebulur betul orang
ini..hahahah!
As usual, apabila kami makan
di tempat ala pelik sikit dari kedai mamak, maka tugas membuat pesanan menu
akan diserahkan sebulat suara pada aku. Errr..tapi semenjak dah besar ini kakak
sibuk juga nak ambik alih tugas ibu… *terpaksa ibu agihkan kuasa nampak
gayanya…* Bapak as usual, dia percaya pada kebolehan ibu meneka selera
dia..hahaha….
Mangkuknya kecik aje…sebab tu
ada yang leh makan bertingkat-tingkat cam gini….
Ehhh..tu bukan kepunyaan
kami…kami ni sopan santun belaka..makan semangkuk dah cukup… *Ok, itu tipu!*
Ada dua jenis pilihan kuah di
sini iaitu…
Pathumthani – Kuahnya bewarna
hitam (dark soy) dan lebih pedas.
Ayutthaya – Kuahnya bewarna
putih dan rasanya pada aku lebih kepada rasa kuah laksam. Cuma rasa rempah
ratusnya sedikit kuat tapi boleh diterima. Tak pedas langsung.
Kami berdua lebih gemarkan
kuah Pathumthani rasanya… ;p
![]() |
tapi air teh dia i like..... |
Overall, kalau nak dikatakan
sangat wowww…aku rasa oklah, biasa, normal food. Mungkin pendekatan dan
ambience di sini yang memberikan kelainan. Makan sambil santai, macam lega
sangat perasaan. Yang pasti, memang selalunya full house okay….jadinya, kalau
nak singgah makan di Boat Noodles AEON Klebang ni, silalah datang seawal mall
dibuka…hehehhehe…..
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)