Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera…
Salam
Jumaat yang penuh kemuliaan…
Esok
cuti, mesti ramai yang dah tak sabar. Ada yang merancang untuk pulang ke kampong
berpuasa bersama keluarga? Berhati-hati di jalanraya…
Hari
ni nak berkongsi sedikit…
Siapa
tahu ini masjid apa?
Ya,
inilah Masjid Kapitan Keling yang terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling,
George Town. Dikunjungi sewaktu kami ke Pulau Pinang beberapa bulan yang lalu. Mulai
tahun ini aku akan cuba untuk memperbanyakkan lagi kunjungan kami ke masjid-masjid
pada setiap destinasi yang kami kunjungi. Mungkin dapat memberikan info kepada
kawan-kawan yang lain juga selain melatih kakak dan aku juga untuk lebih
menghayati keindahan bersolat di dalam masjid. Jangan salah anggap tau apa yang
aku cakap ni sebab aku pun tak pasti ayat yang bagaimana yang paling
bersesuaian untuk aku terangkan tentang salah satu dari resolusi 2016 aku ini. Semoga
apa yang dikongsikan ini berupaya memberikan manfaat..Insya-Allah…
Masjid
Kapitan Keling ini merupakan di antara masjid yang tertua di Malaysia dan telah
dibina oleh pedagang-pedagang India Muslim sekitar tahun 1800. Meskipun telah
melalui fasa pemulihan dan penambahbaikan, masjid ini masih lagi mengekalkan
ciri senibina lama yang berkaitrapat dengan senibina Islam di India.
Berlatarkan putih dengan kubah berinsipirasikan seni reka Moghul, dua latar
warna yang terus membuatkan mata terasa kemas memandang struktur masjid ini.
Aku tak pandai sangat dengan term-term seni bina ni, tapi memang terasa
keringkasannya membuatkan masjid ini Nampak unik dan tersendiri.
Apa
yang menariknya, masjid ini juga dibuka untuk dilawati oleh pelancong mengikut
ketetapan waktu dan mesti mematuhi peraturan pemakaian yang ditetapkan.
Bagaimanpun, di sini turut disediakan pakaian, macam robes labuh tu sekiranya
ada yang masih dating dengan pakaian kurang sesuai. Apa yang aku perhatikan,
mereka yang ditugaskan memberikan penerangan dan informasi berkaitan masjid ini
sangat peramah dan mesra. Taklah rasa seram sangat kalau banyak soalan nak
tanya kan….hehehe…
Ini
adalah ruang solat wanita…
Menjengah
ke segenap ruang solat utama. Masih bercirikan rona putih dan sangat dijaga
rapi…aku tak ambik banyak gambar sangat kali ini, battery about to die la plak
time ni…huhuhu..Insya-Allah, jika ada peluang dan kesempatan, akan dating lagi
ke sini….
Pernah sampai masjid ni. Suka rekaan luarnya :)
ReplyDeleteSamalah sis... sangat unik dan klasik...
Delete