Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, June 3, 2016

Cuti-Cuti Penang 2016: Mee Sotong Hameed sedap meletop!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Rakan-rakan sekalian, hari ini aku nak sambung baki entry percutian ke Pulau Pinang sekitar penghujung Januari yang lalu. Penang, semua orang pun tahu itulah syurga makanan. Kalau ke Penang, tak cuba macam-macam makanan, memang tak sahlah perjalanan anda ke sana. Salah satu dari tempat makan yang kami tuju selepas beria-ia di atas Bukit Bendera, adalah Padang Kota.


Medan Selera Padang Kota ini terletak berhampiran dengan Fort Cornwallis. Kami parking sebelah sini dan jalan kaki sahaja ke situ.


Inilah deretan kedai yang menjual pelbagai jenis makanan. Pilih saja apa yang teringin untuk dimakan.

Salah satu sebab kenapa kami ke sini adalah kerana taaadddaaa….


Ya, kerana nak merasa keenakan Mee Sotong Hameed itu….


Nampak x? Yummylicious kan….

Rasa dia sedap disebabkan ada sambal sotong itu dan mee juga digoreng dengan ramuan khas. Ada rasa macam campuran kacang pun ada. Tapi pedas sedap secukup rasa. Service pun cepat.

Kalau cuba mee goreng sotong ini, jangan lupa dikahwinkan dengan coconut shake..shake..shake u alls! 



Hahahha….Angah dan mak cakap sangat sedap rasanya…sampai leh bawa dalam igauan mimpi…ewah!


Selain itu kami cuba juga rojak, Makan share-share. Kakak ambil set bawal goreng panas dengan nasi putih. Mana ntah gambarnya, aku cari dah tak jumpa. Tapi kuah kari yang dihidang bersama set bawal kakak tu sangat sedap. Orang Penang memang pandai buat kari kan…..

Habis acara makan-makan, acara wajib ada posing-posing. Nak masuk ke Fort Cornwallis ni semua dah xlarat sebab cuaca sangat panas. So posing di luar ajelah.

Acara dimulai dengan posing dari tuan empunya blog…



Diikuti dengan family tuan punya blog…


Dan tidak dilupakan aksi konon romantis dari tuan punya blog dan pasangan..hahhaa…


Sempat juga kakak melihat burung gagak yang punyalah banyak di sekitar kawasan Padang Kota ini. Besar dan menakutkan bila berkumpulan….


Dan diakhiri dengan aksi posing ulang tayang Filem Dilwale dari kami…hahahha….






2 comments:

  1. Terliur tengok mee sotong dan rojak tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap sangat..kuah sotong tu yang sedap..dengan ada rasa kacang2 tu...

      Delete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)