Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, June 14, 2013

Tempat Menarik di Cameron Highlands: Cameron Bharat Plantation @ Cameron Valley

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dalam perjalanan turun, kami singgah plak di sini...saja nak menikmati minum petang... (alasan untuk pujuk Incik Daus berhenti dan singgah..hehehhe)




Seperti yang aku katakan sebelum ni, pilihan makanan dia lebih banyak berbanding apa yang ditawarkan di Boh Centre, Sg Palas.


Kakak yang sudah lentok terlena kat bahu bapak..gerak macam mana pun dah tak mau jaga...


Aku order Lemongrass Tea... rasenye memang umppphhhh...aku suke2...ayaq Incik Daus tak payahlah tayang..sebab die nak teh o ais jer..heheheheh...



Memandangkan kakak sedang lena diulit intan, aku pun menjalankan agenda shopping di Cameron Valley Shop yang menawarkan pelbagai jenis teh dengan pelbagai perisa...kalau dari segi bandingan harga, teh di sini adalah lebih murah berbanding Boh..


Ini antara dua tea specialty yang aku borong...RM 20+++ sekotak, actual price, aku dah tak ingat...ampunn...ade lagi pilihan lain macam Ginger Tea, Spices Tea..dan ada satu campuran teh yang masyarakat India suka minum tu...aku pun sudah lupe namenye..itu harganya mahal skitla...

Kalau teh yang perisa strawberry, manggo sume tu, murahlah dalam RM 8.90 sekotak..lebih kurang RM1-2 lebih murah berbanding yang dijual dipasaraya kat sinilah..


Aku borong gak teh botol kat bawah ni..ada dua perisa iaitu Mangga dan Strawberi...satu botol RM2..cantik plak aku rase botol die..rasenye pun ok, especially diminum sejuk..



Ohhhh, our kakak dah terjaga dari tidur...masih 'mamai' lagi ni...


 Bagi aku, untuk mereka yang bawa mak ayah yang dah berumur, Cameron Bharat ini adalah ladang teh yang sesuai dikunjungi sebab dia kat tepi jalan otw turun tu.. (ikut jalan Simpang Pulai)..sebab nak ke ladang ni, tak perlu naik tangga tinggi-tinggi..kat tepi cafe dia tu jer..senang...



Nampak tak tudung aku yang dah ada bintik2 putih tu...itu adalah air hujan..menandakan bumi Cameron dilimpahi hujan...dan hujan jugaklah yang mengiringi perjalanan turun kami...


Tatatititutu Cameron..Insya-Allah, ada rezeki kami datang lagi.....


No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)