Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Yuuuuhhuuuu!!!! Menulis di pagi hari di tengah ibu kota...ya, sekarang sedang menaip sambil panorama jendela direntangi bangunan2 dan deruman kenderaan. Broom...brooommm...dari tengah malam semalam lagi. Aduiii, tak tahu nak cari jalan balik umah agaknya bebudak ni.
Actually, semalam attend wedding Emy, dah 2 bulan diberikan tarikh. Tahu dan faham akan kesibukan kakaknya ini. Alhamdulillah, syiok dapat jumpa kawan2...bercerita, bergossip..hehehe..other than diamonds..gossiping is also part of gals life..tapi gossip ttg diri sendiri saja...no worries!!! ;p
Kenapa masih di 'Kay-EL'? Hmmmm...ada urusan utk tahun hadapan..insya ALLAH...
Tapi itu bukan topik kita hari ini ya kengkawan...semalam temankan My Saffiya tengok kisah Upin Ipin. Ÿerrr...begitulah selalunya, asyik Upin Ipin..sampaikan tido ngigaukan Ipin..Ipin..hmmm, itulah pengaruhnya!!!
Kisahnya, 'Cari dan Simpan'.. ruang lingkup kisah yang mudah, tetapi punya teladan..betapa anak-anak sekarang wajar didedahkan akan susahnya mencari duit dan amalan menabung. Aku masih ingat lagi sewaktu kecil, abah bukakan akaun tabung haji..dulu RM10 je dah boleh buka akaun. Then kalau ada yang masih ingat (errrr,kpd sesiapa yang lahir sezaman dengan saya la ye..3 series..heheheh),ingat tak tabung unta bank rakyat..dulu memanglah popular...
Pssssttt..nak tau tak, sehingga sekarang amalan menabung itu masih aku amalkan..suka sangat simpan syiling esp syiling 50 sen..yalah, kita ni kadang-kadang kalau nak dengan ikhlas hatinya ke bank dan menyimpan segedebuk duit bernilai RM200 hingga RM300,memanglah terasa makkk aiii, banyaknya. Macam mana nak beli baju baru, ermmm, maskara dah nak abis...ermmmm, kasut baru..and the list go on and on...jadi menyimpan duit syiling ini,walaupun kelihatan sedikit tetapi bak kata pepatah, yang sedikit itulah yang bakal membukit! Bak aku yang menabung dalam botol susu besar (tabung lama..hehehehe)...inilah hasilnya....
Insya-Allah, amalan ini bakal diperturunkan..... ;p
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)