Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Wednesday, December 14, 2016

Jom Makan Best di Kepala Batas Penang: Daging bakar harimau menangis....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Disember, boleh dikatakan musim sibuk ibu bapa bawa anak bercuti ke sana sini. As for us, this year macam teruk sikit sebab tak tahu kenapa tak plan beria. Aku pun tak berapa sihat, asyik demam malam. Cuma untuk kakak, Insya-Allah, next two weeks kita cuti-cuti ya….. tahun ini banyak buat penyusunan dan pengurusan semula asset…ewah, bunyi macam harta juta-juta…hahhaha…tak adalah sangat…Cuma kena settlekan banyak hal juga sebab next year bakal menjadi the toughest year ever!

Ok, seperti yang diketahui betapa aku dan makanan adalah sangat sinonim khususnya apabila dilanda stress, hehehhe…jadinya marilah kita up entry tentang tempat makan best bagi menghiburkan hati yang sedang gundah-gulana… :p

Daging Harimau Menangis! Ya, pernah makan tak? Baiklah cepat pergi makan, jangan biarkan harimau melahap seorang sampai menangis teresak-esak…hahahha! Actually, Restoran Ikan Bakar Din adalah di antara kedai makan tengahari yang selalu kami kunjungi setiap kali menghala ke Penang. Restoran ini terletak di dalam kawasan Kepala Batas Penang dan aku pernah juga menulis mengenainya di entry ini……RESTORAN IKAN BAKAR DIN KEPALA BATAS PENANG

Kunjungan kali ini agak hampa sebab kari telur ikan yang aku suka itu tidak ada..tak ada stok..yang ada hanyalah kari telur ikan jenis ini…


Alhamdulillah, karinya sangat sedap walaupun Nampak taklah pekat sangat tapi memang berasa segala rempah sehinggakan tangan tu boleh berbau sampai esoklah..hahhaha…over tak aku punya description…. Hehehhehe…

Ok, as always…this is the number one menu here…..


Daging bakar harimau menangis…harganya dalam RM 8 sekeping..so nanti dia akan potong-potong, hiris nipis-nipis…. Sedap2 lemak manis lembut rasa dia….
Inilah menu kami secara total…banyak kan…hahahha…what diet? Ahaks!


Bagi yang nak ke sini, silalah waze…datang awal kalau nak senang dapat tempat duduk. Menu dia sangatlah macam-macam sehingga rasa tak tahu nak pilih yang mana…. Ada gulai kari kawah, sup daging seperiuk besar..ulam2, kerabu2…macam-macamlah lagi….

Restoran Ikan Bakar Din
6735, Jalan Butterworth,
Kampung Permatang Manggis,
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia

Waktu Operasi: 11a.m- 4.00 p.m


Saturday, December 10, 2016

Donut Paling Sedap, Lembut, Gebu dan murah di Ipoh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Orang kata, barang baik kena kongsi..jangan simpan sorang..heheh..

So hari ini aku nak share di mana nak dapatkan donut gebu dan sedap di Ipoh ini. 

Lokasinya adalah seperti berikut:

Kisya Bakery

Alamat:              No. 20, Jalan Greentown 1, Greentown Nova,, 30450 Ipoh, Malaysia
Waktu Perniagaan:  10a.m – 7.00 p.m
No. Tel:                       012-5188501(Puan Zakina Mohamad Zohaidi)


Nampak tak kakak dan Opah berjalan penuh keterujaan menuju ke Kisya Bakery itu… ok, kalau ditanya landmark, lokasi kedai ini terletak satu row dengan Butik Ariani dan Butik Ratu, di seberang jalan pula adalah UniKL.

Inilah donut yang sangat best itu…


Gambar ini aku ambil dari FB Kisya Bakery sebab aku tak sempat nak ambil gambar proper…hehehhe…


Inilah gambar dari dalam plastik sebelum donut ini selamat menuju ke perut…heheheh…

Besar dan gebu kan..dan harganya adalah sangat-sangat berpatutan…Hanya RM 1 sahaja untuk sebiji donut ini.

Selain dari size biasa ini, anda juga boleh memilih untuk beli dalam saize comel-comel begini…


Harga 1 cucuk pun masih sama iaitu RM 1.

Donut inilah yang kami tempah untuk birthday kakak hari itu. Bagusnya, donut ini tetap lembut walaupun setelah dua hari. Gulanya juga masih kekal jika disimpan dalam bekas dengan elok.

Selain dari donut, mak sangat menggemari egg tart Kisya Bakery ini.


Mak kata rasanya sangat sedap..lemak elok dan tak muak makan. Aku tak boleh nak komen sebab aku tak makan egg tart. :p

Jadinya, bagi yang teringin nak rasa donut best ini bolehlah ke Kisya Bakery. Better datang awal sebab cepat sangat habisnya. Masa aku datang ini kedai baru dibuka tapi dah ada yang beratur memborong donut berbungkus-bungkus.

Ok u alls…tatatititutu…dan selamat berhujung minggu!